CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13167|Reply: 160

[Tempatan] ‘Kalau pasar malam tak buka dalam 3 bulan, kami kumpul depan pejabat PM’

  [Copy link]
Post time 15-1-2021 06:58 PM | Show all posts |Read mode
‘Kalau pasar malam tak buka dalam 3 bulan, kami kumpul depan pejabat PM’

https://www.malaysiakini.com/news/559130

M Fakhrull Halim

Diterbitkan 15 Jan 2021, 6:50 pm



Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan membenarkan golongan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, sekiranya peniaga masih tak dibenarkan berniaga dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dia dan peniaga-peniaga pasar malam akan berkumpul di hadapan pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka.

“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.

“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan pejabat perdana menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.

“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya dalam sidang media di Semenyih, Selangor.

Sekiranya peniaga pasar malam - termasuk bazar malam - memang tidak akan dibenarkan untuk berniaga sepanjang PKP, Ridzuan mencadangkan kerajaan memberikan pampasan buat mereka yang kehilangan punca pendapatan.

Sidang media itu turut disertai pengerusi persatuan peniaga-peniaga kecil Selangor, Nozhar Che Nor yang mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti PKP kali pertama dahulu diguna pakai kali ini.

Katanya, penyelaras dan peniaga pasar malam berjaya mematuhi SOP - seperti mengasingkan jalan keluar dan masuk, memeriksa suhu, memastikan pemakaian pelitup muka dan pensanitasi tangan - sehingga tidak ada kluster pasar malam tercetus dalam jangkitan Covid-19.

Kerajaan mengumumkan PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan sehingga 26 Jan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Negeri-negeri lain pula terlibat dalam PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP), berdasarkan kadar jangkitan negeri masing-masing.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, operasi pasar malam dan bazar malam adalah tidak dibenarkan sepanjang PKP 2.0.

Sementara itu, seorang peniaga pasar malam, Fadzil Abdul Aziz, memohon kerajaan mempertimbangkan kemelut dihadapi peniaga pasar malam, dan memberi jaminan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sekiranya mereka dibenarkan berniaga semula, seperti yang telah dibuktikan semasa pelaksanaan PKP sebelum ini.

Meskipun mengakui dalam musim Covid-19 ini, pendapatannya terjejas gara-gara bilangan pengunjung jatuh merudum, setidak-tidaknya, katanya, mereka boleh meneruskan hidup untuk menanggung keluarga dan komitmen berbanding tidak berniaga langsung.

“Kalau tuan-tuan tak boleh bantu kami dari segi kewangan, bagilah kami sendiri mencari rezeki kami. Janganlah tutup jalan kami.

“Saya harap pihak-pihak berkenaan, tolonglah, berilah kerjasama. Berilah kelapangan bagi pihak kami untuk meniaga balik. Kami pun ada banyak perkara nak kena selesai,” kata peniaga laksa dan mi jawa sejak 30 tahun lalu, yang sebelum ini berniaga pasar malam di Kajang.

PKP mula dilaksanakan kali pertama pada 18 Mac tahn lalu, sebelum dilongarkan secara berperingkat menerusi PKPB dan PKPP.

Tahun lalu, dalam PKP 1.0, pasar malam dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Jun, dalam fasa PKPP yang bermula 10 Jun 2020, dengan syarat mematuhi SOP ketat yang disediakan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan peniaga psr malam
Yg dlm mall tu boleh lak buka sdgkn byk kes kat mall
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:47 PM | Show all posts
Buka saja

Biarkan buka

tapi didik masyarakat cukup-cukup bahawa corona kini di celah ,corok tempat ,,,merata.

Letak banner " pasar malam yang anda  masuk sekarang in adalah kawasan  merah corona,  at your own risk, swab test kit RM 500/seorang (bayar sendiri), kos rawatan rm2000 tanggung sendiri atau lebih murah adalah lebih baik mati".

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukak tapi tak de orang nak pegi, tak guna jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kerajaan melayan semua tuntutan siap sedia la berpkp untuk tempoh yang lebih lama.
Lahanat dan laknat golongan kaki komplen,tak puas hati,tak boleh patuh arahan kerajaan
Korang semua mrmang sial menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 15-1-2021 07:47 PM
Buka saja

Biarkan buka

Muahhh dik nah.. bernas sgt cadangan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 15-1-2021 07:47 PM
Buka saja

Biarkan buka

itu yang sangat perlu skg...sedangkan skg ni pun covid ni sikit2 dikata tak betul, di ada2kan..masuk pasar dkt situ berhimpit sesama sendiri..mentality mcm indon..dikata bodo, marah pula...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko buka pun tp org takut nk pergi....nanti ko melalak lg ckp rugi pulak.....arrrghhhh semua serba x kena....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-1-2021 08:40 PM

Stakat ni belum ada kluster pasar malam
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 15-1-2021 07:47 PM
Buka saja

Biarkan buka

Aku sokongggg
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
‘Kalau pasar malam tak buka dalam 3 bulan, kami kumpul depan pejabat PM’

Silakan le...tapi berapa org nk berkumpul tu?
Jaga jarak, SOP ikut betul2. Jgn nanti kena hencap satu Mesia pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau buat delivery tak untung ke? psr malam kat tmpt iols ni dah start on balik wa grup yg buat ms pkp 1 ritu. start meniaga dah pun.

yg mamak marah katup kedai pkl 8
yg psr mlm nak gathering plak depan ofis pm
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:42 PM | Show all posts
arasham replied at 15-1-2021 08:31 PM
Muahhh dik nah.. bernas sgt cadangan ini

Muahhhhhhhhhhhhh.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:43 PM | Show all posts
darkness replied at 15-1-2021 08:33 PM
itu yang sangat perlu skg...sedangkan skg ni pun covid ni sikit2 dikata tak betul ...

setuju !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:43 PM | Show all posts

                    
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasar malam bukak dgn sop.gerai kena jarak jarak la.laluan keluar masuk satu arah je...boleh semua asal kerajaan buat sop.kesian la diorg..nak makan apa kalau pkp berlanjutan....bukit ditarah macam di  lojing pon habis..inikan pula duit simpanan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 15-1-2021 07:47 PM
Buka saja

Biarkan buka

Setuju. Lantak korg la nak bukak. Kos apa semua tanggung sdri. Suka hati korang la bukak pasar malam ke pasar siang ke. Kerajaan buat apa semua tak betul. Suka hati lah korg. Aku setuju sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:13 PM | Show all posts
putericahaya999 replied at 15-1-2021 11:25 AM
Kasihan peniaga psr malam
Yg dlm mall tu boleh lak buka sdgkn byk kes kat mall

Setuju tu, buka sahaja pasar malam ni, nak compare dengan mall yang kebanyakkan kes from there, kasihan kepada peniaga-peniaga ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ke gi putrajaya nak lepak depan rumah PM tu..terus ada rb nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah setahun tak gi pasar malam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.160651 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list