CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1693|Reply: 3

Usah Pertikai Gila

[Copy link]
Post time 16-1-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Kaka janjikan elemen kejutan dalam persembahan lagu Gila nanti.


Harian Metro

Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

WALAUPUN Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) ditunda, kehangatan serta debaran malam anugerah berprestij tetap dirasakan lebih-lebih lagi oleh barisan artis yang akan tampil membuat persembahan.

Bagaimanapun, masih ada suara-suara yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati tatkala lagu kegemaran masing-masing tidak layak berjuang di pentas AJL35.

Lebih parah, ada juga yang mempertikai keputusan juri profesional dan menganggap sesetengah lagu yang bakal dipertandingkan tidak layak antaranya lagu Gila yang dinyanyikan Kaka Azraff, Loca B dan Noki K-Clique.

Kaka berkata, sebagai penyanyi, dia menghormati dan meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan pencinta muzik tanah air.

"Kami menghormati pendapat orang lain. Apabila lagu Gila diumumkan layak, saya sebagai penyanyi bersyukur kerana ini adalah satu pencapaian.

Namun, pasukan kami pun tak pernah bersembang atau berbincang mengenai perkara ini," katanya.

Bagi Noki yang juga komposer lagu ini, dia tidak menolak hakikat bahawa lagu ini mungkin tidak difahami semua orang.

"Lagu ini ada maksudnya yang tersendiri. Mungkin orang tak faham apa maksud yang tersirat dalam lagu ini. Kalau mereka faham, saya yakin, mereka pasti boleh menerima kehadiran lagu ini," katanya.

Mengulas mengenai persediaan menuju AJL35, Kaka tidak boleh berkongsi terlalu banyak mengenai kejutan yang bakal ditampilkan.

"Saya tak boleh kongsikan terlalu banyak mengenai kejutan yang akan kami lakukan. Yang pasti, kami nak bawa penonton untuk masuk ke dunia yang berbeza menerusi persembahan kami," katanya.

Selain Noki, lagu Gila juga turut mendapat sentuhan Loca serta Ezra Kong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu baru berapa minggu dlm carta.. ehh tiberrr dpt masuk sfmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Layan je lagu ni..best
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 01:29 AM | Show all posts
anugerah malaysia biasa la dik... masalahnya anugerah oversea tu pun level2 gitu jugak...
oscar dengan emmy je pun yang kekonon pilih yang terbaik jah... lain2 macam kids choice awards... tahi choice awards... semua tu sama level je dengan anugerah malaysia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.420962 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list