Beberapa persembahan termasuk di Singapura terpaksa ditangguhkan, begitu juga projek membabitkan video muzik tergendala membuatkan perjalanan kerjaya Bunga Isme agak terjejas. - Foto IG Bunga Isme
KUALA LUMPUR: Bukan hanya kerjaya seni dan pelajaran terjejas, malah kesihatan mental penyanyi rap, Bunga Isme sedikit terganggu disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebelum ini, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari pernah tular selepas video menyanyi rap sambil mengenakan sepasang baju kurung muncul dalam artikel The New York Times, manakala Bloomberg pula memainkan video nyanyiannya.
Gadis kelahiran Slim River, Perak yang mula mencuri tumpuan selepas muncul dalam video YouTube 16 Baris bersama Joe Flizzow itu berkata, pelaksanaan PKP tidak hanya menjejaskan kerjaya seni, malah pelajarannya, tahun lalu.
"Beberapa persembahan termasuk di Singapura terpaksa ditangguhkan, begitu juga projek membabitkan video muzik turut tergendala. Akhirnya, terpaksa melakukannya secara dalam talian.
"Tak dinafikan, fasa PKP menyebabkan kerjaya nyanyian terjejas. Tetapi, kini semuanya serba canggih apabila boleh memilih bekerja secara dalam talian.
"Sepatutnya, saya terbabit dalam video muzik Aizat Amdan, tetapi disebabkan PKP, kami terpaksa menghasilkan secara dalam talian. Rakaman lagu juga tidak boleh dilakukan, jadi hasil pendapatan nyanyian memang terjejas.
"Nasib baik saya membuat ulasan produk menerusi laman Instagram (IG). Jadi, saya memperoleh punca pendapatan. Saya percaya setiap kesulitan pasti ada penyelesaiannya, biarpun agak tertekan terpaksa menempuh fasa PKP," katanya kepada BH Online.
Penuntut jurusan Diploma Pentadbiran Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, Negeri Sembilan itu berkata, kesihatan mental sedikit terganggu ketika fasa PKP.
"Lebih lagi, saya terpaksa mengikuti pengajian secara dalam talian. Bagaimanapun, lama-kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan norma baharu ini," katanya yang sempat merekodkan single baharu berjudul 300 saat sebelum PKP dikuat kuasa semula.
Mengulas kerjaya lakonan, Bunga yang pernah membintangi supertele, Aku Bunga arahan Kabir Bhatia berkata, dia meminati bidang lakonan dan akan cuba menyeimbangkan antara lakonan, nyanyian dan pengajian.
Selain supertele Aku Bunga, Bunga juga bakal muncul dalam drama Holiday Haji Tom yang menampilkan pelakon Jalil Hamid, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Bunga berkata, dia tidak mempunyai kelab peminat kerana malu dan rasa tidak layak untuk memilikinya.
Namun, katanya, selepas namanya berjaya menembusi senarai pencalonan Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33), dia mula menubuhkan kelab yang dikenali sebagai De Orked Fams.
"Saya selesa menggelarkan peminat sebagai 'fams club' berbanding fan club. Ini kerana saya tidak mahu hubungan dengan peminat sekadar hubungan artis bersama peminat. Sebaliknya, saya mahu silaturahim yang terjalin seperti hubungan keluarga dan kawan.
"Sebelum ini, saya tidak yakin memiliki kelab peminat. Tetapi, saya terharu mereka memberikan komitmen tinggi selepas tertubuhnya kelab peminat," katanya.
Post time 17-1-2021 01:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
takpe la dik, kau tangguh ke tak tangguh ke tetap di whooareyusss kan walopon nama kau ada dalam 16 Baris........tak payah nak terjejas sangat la since kau pon bukan keluar tibi sangat pon kan, kalau takat income kau berkurang seribu dua je bersyukur la sebab masih boleh menyanyi walopon online.......airline staff tu beribu2 terus hilang gaji sebulan, belum sektor pelancongan lagi, grab+taxi driver kat airport/border.....so, ko x payah la nk komplen sangat....
Post time 17-1-2021 01:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Akak suka bunga ni, first covered muslim woman yg rap katanya, tp maaf ye dik Waheeda tu dah lama rap lagu apa akak tak ingat kena check balik. Kalau tak bertudung tu lagi la ramai kan dr zaman 90an dah ada agaknya