CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 5

[Tempatan] Banjir termenung di Segamat. Surut lepas dua hingga tiga minggu

[Copy link]
Post time 16-1-2021 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk resah banjir termenung surut selepas dua hingga tiga minggu
Oleh Ahmad Ismail - Januari 16, 2021 @ 2:58pm


SEGAMAT: Penduduk Kampung Seberang Batu Badak di sini, 'termenung' memikirkan kediaman mereka masih digenangi air susulan banjir baru-baru ini.

Ini kerana setiap kali banjir melanda, mereka terpaksa menunggu dua atau tiga minggu untuk banjir termenung surut sepenuhnya.

Seorang penduduk, Fendy Iskandar, 20, berkata rumahnya mudah dilanda banjir setiap kali Sungai Muar melimpah selepas hujan lebat.

Walaupun banjir yang melanda kawasan itu baru-baru ini pulih, kawasan rumahnya masih digenangi air setinggi 0.3 meter.

"Kawasan ini paling awal dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir dan dalam masa sama paling lambat pulang kerana air termenung.

"Keadaan ini banyak menimbulkan kesulitan kerana perlu menunggu lama sebelum air surut sepenuhnya," katanya.

Malah katanya, banjir termenung juga menyebabkan ada penduduk terpaksa terus tinggal di PPS.

Seorang lagi penduduk, Maheran Adon, 78, berkata banjir termenung akan mengambil masa lebih lama untuk surut sekiranya berlaku air pasang di Sungai Muar.

"Saya sudah bersihkan bahagian dalam rumah selepas air surut beberapa hari lalu tetapi halaman rumah masih ada bahagian yang digenangi air dan jika air sungai melimpah rumah saya akan banjir lagi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada sesiapa nak buat/beli rumah....... kaji feng-shui dulu.  Ini bukan agama......tapi berdasarkan logic fakta.  Contoh: rumah bukan terletak disimpang jalan.  Logik dia: Mungkin ada kereta terbabas dan melanggar penghuni rumah.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah tepi sungai cantik tapi bila musim hujan memang tak lena tidur. Akak pernahlah sewa rumah di hulu klang, balik kerja meleleh air mata tengok rumah dipenuhi lumpur dengan barang2 rosak. Memang simpati sangat sangat pada mangsa banjir apalagi yang tenggelam habis. Semoga mereka kuat dah tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 04:35 PM | Show all posts
Seorang lagi penduduk, Maheran Adon, 78, berkata banjir termenung akan mengambil masa lebih lama untuk surut sekiranya berlaku air pasang di Sungai Muar.


air sungai ni macam laut ka makcik ada pasang surut

Segamat tu tengah2 selatan semenanjung kot jauh dari laut



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 05:59 PM | Show all posts
semoga dipermuadahkan semua urusan mangsa2 banjir.. dah surut nanti kena cuci rumah, tgk brg2 letrik yg rosak, mana nak kena ganti baru lagi... moga murah rezeki mereka semua..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 02:58 PM | Show all posts
little_sis replied at 16-1-2021 05:59 PM
semoga dipermuadahkan semua urusan mangsa2 banjir.. dah surut nanti kena cuci rumah, tgk brg2 letrik ...

xpe. MP segamat timb menteri wilayah. boleh kerahkan dbkl untuk salurkan bantuan ke segamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059846 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list