CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4909|Reply: 40

'Syukur Masih Ada Wang Simpanan, Masih Mampu Bertahan' - Zaiton Sameon

[Copy link]
Post time 18-1-2021 05:30 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon,64, bersyukur dia masih mampu bertahan meneruskan kehidupan harian dengan bekalan wang simpanannya.


Zaiton dihubungi berkata meski jumlah wang simpanannya itu tidaklah begitu banyak dan kini semakin merosot, namun dia dapat bertahan lagi.


"Saya pun tak tahu sampai berapa lama lagi bekalan wang simpanan itu dapat digunakan berterusan, tetapi harapnya semoga krisis pandemik Covid-19 ini segera berakhir.


"Sebagai penyanyi, saya rindu untuk membuat persembahan dan selagi ada rezeki, saya takkan meninggalkan kerjaya ini kerana nyanyian sudah sebati dengan saya," katanya kepada Harian Metro.


Jika sebelum ini, Zaiton memaklumkan wang simpanannya dikumpul hasil persembahan menyanyi, berniaga rendang dan minyak wangi, namun kini semua itu 'terhenti' seketika.


"Buat masa sekarang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya hanya duduk di rumah sahaja. Usia pun makin emas, dan saya tumpu sepenuhnya pada amal ibadat.


"Nak buat apa lagi pada ketika dah tak boleh keluar bekerja sekarang. Saya pun individu berisiko kerana faktor usia, jika keluar rumah. Jadi, untuk keselamatan duduklah di rumah dan tingkatkan amalan untuk bekalan diri," katanya.


Menurut Zaiton, dia bagaimanapun berkesempatan membuat dua persembahan nyanyian di Melaka, sekitar Oktober tahun lalu. Katanya, dapatlah juga rezeki ketika itu untuk menampung wang simpanan.


Mengenai perjalanan kerjaya, Zaiton berkata dia sepatutnya sudah merakamkan dua lagu baharu hasil ciptaan komposer Allahyarham A Ali, pada tahun lalu tetapi, tidak kesampaian.


"Dua karya daripada arwah untuk saya iaitu lagu solo dan duet itu sudah disiapkannya, namun kami tidak sempat bekerjasama untuk proses rakaman kerana Covid-19 dan arwah meninggal dunia pada 21 November, tahun lalu," katanya.


Menurut Zaiton lagi, jika ada rezeki dia berharap dapat merakamkan dua lagu berkenaan selepas PKP ini dan krisis Covid-19 berakhir. Ujarnya, kena tunggu keadaan semasa kembali membaik.







Sumber : HarianMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 05:41 PM | Show all posts

cantik kak eton dalam gambar ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu fenomena betul sheol kan. Siap datang dewan masyarakat daerah akak huntok perform. Penoh orang. Akak hada pi tapi tak enjoy pun sebab awal 90an dulu baru tahap 1 mana la minat kak Eton. Lain la kot if Exist yang datang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:38 PM | Show all posts
cantiknya kalah rita rudiani
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semoga murah rezeki kak Eton.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia duk ngan sape sekarang ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
jap jer dgor lagu menaruh harapan..tup2...dah 64 umor dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 06:59 PM | Show all posts
syukur...sekurang2nya dia pandai simpan duit dan mampu bertahan wlpon tak popular skrng ni. all the best kak eton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni mmg jenis cermat kot..masa tgh meletup dulu pun dia siap beli rumah utk arwah anak dia kan.. penyanyi Shima lagi byk tahun bertahan meletup dari Zaiton ni, tapi nampak mcm lagi susah..tapi xtau la sebab Shima dulu salah pilih suami ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dia dalam gambo nih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik di usia almost 70
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:33 PM | Show all posts
wowwww byk duit dia dulu sampai skrg mampu berjimat
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sokongan utk beliau betul2 pulih, sora sedap
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
“Kini aku sendiri..kini masih sendiri, hadapiii hidupp iniii”.. hah gicheww
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
All the best eton
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 18-1-2021 07:00 PM
dia ni mmg jenis cermat kot..masa tgh meletup dulu pun dia siap beli rumah utk arwah anak dia kan..  ...

Shima terkejut sikit dengan keadaan dia. Harap adalah rezeki untuk dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2021 11:11 PM | Show all posts
nariz replied at 18-1-2021 08:59 PM
Cantik di usia almost 70

Iol pun ada pndpt yg sma, cntik je muka deyol.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah sgt tumpang happy dgn kehidupan kak eton skrg. Dulu2 masa sheols mcm lost dan hilang ingatan, meols pnh terdetik dlm hati Allah sbnrnya sayangkan kak eton sbb tu dia tarik nikmat dan bagi musibah utk bersihkan kak eton siap2. Kak eton dalam 10 tahun kebelakangan ni nampak jauh lagi sihat dan berseri lebih2 lagi sejak berhijab. Nampak betul2 bercahaya air muka dia berbanding 20 tahun pertama selepas sheols kemalangan ngeri thn 1990. Moga Allah merahmati kehidupan kak eton sampai bila2. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..lega dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 12:18 AM | Show all posts
So happy to see her like this.  I mean, kakEton dalam keadaan sejahtera mcm ni.  Saya doa kan kakEton sentiasa sejahtera.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.156924 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list