View: 7709|Reply: 47
|
[Tempatan]
Cadang pinda Akta 355, hukuman lebih berat untuk LGBT. Anda bersetuju atau tida
[Copy link]
|
|
Cadang pinda Akta 355, hukuman lebih berat untuk LGBT
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/665773/cadang-pinda-akta-355-hukuman-lebih-berat-untuk-lgbt
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2021 @ 11:47 AM
Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
AHMAD Marzuk mengagihkan sumbangan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Food Bank oleh JAWI. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim.
Kota Bharu: Kerajaan bercadang meminda Akta 355 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, pendekatan itu juga diharap mampu memberi kesan kepada golongan berkenaan.
"Kita tidak menolak kemungkinan untuk membuat pindaan daripada kadar hukuman sedia ada supaya hukuman itu lebih memberi kesan kepada mereka.
"Setakat ini di bawah Akta 355, hukuman yang dikenakan adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.
"Pindaan itu perlu bagi menangani salah laku golongan berkenaan. Namun, buat masa ini, kita mengguna pakai enakmen sedia ada," katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Food Bank oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini.
Pada masa sama, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya sudah mengarahkan agensi agama dan penguat kuasa agama negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu yang berkelakuan tidak sopan selain berpakaian kontra dengan jantina.
"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini bahawa maksiat daripada LGBT itu, kita tidak izinkan mereka berkelakuan seperti itu.
"Individu yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan juga diminta membuat laporan supaya tindakan tegas boleh diambil termasuk proses pendakwaan.
"Untuk kes berkenaan, tumpuan kita lebih kepada Lembah Klang berbanding negeri lain seperti Kelantan kelihatan tidak begitu ketara," katanya.
Ditanya berhubung hasil siasatan perkahwinan wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique dengan kapten pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Katanya, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat lengkap berhubung isu berkenaan.
"Saya juga tidak pasti sama ada wanita berkenaan sudah pulang ke Malaysia atau belum.
"Namun, ketika kes ini kecoh, keluarga wanita berkenaan berusaha untuk membawa pulang segera wanita berkenaan," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lobai tak mau ambil tindakan kepada wanita berpakaian lelaki ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong saja.. Ada menyalak dah.. Tapi yg menyalak tu mmg terkenal suka fitnah.. Pernah fitnah aku kononnya bangla beli ic dan secara langsung fitnah JPN terima rasuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Habislah malaysia dicop melakukan penindasan terhadap kaum lgbtsampah, terus disuruh boikot produk keluaran malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
LGBT punca kesialan di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
lgbt ialah pemakan daging manusia yang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
macam setuju... tapi untuk apa hukuman ni?
yang mencetus ketenteraman awam tu macam si susu sejat tu...
berpakaian wanita dan mencemarkan maruah wanita lagi2 selamber pergi mekah pakai telekung...
yang takat membontot membontot ni iols takleh nak komen lebih sebab bukannya theyols buat dekat public pun... kalau ada hukuman or undang2 pun boleh je nyorok2 buat bawah katil... check in hotel pun boleh... bukan sape tau pun kalau takde orang report...
ni yang memanjang dok live tayang puki... tayang bontot pelesu...
mencarut2... yang ni la kena bagi hukuman berat |
|
|
|
|
|
|
|
sokong saja?
...ke sokong sajat?
sedih tgk pendekar ruu355 yg dulu kemain lantang di padang merbok.
sejak 'DAPAT KUASA' skang diam menikus. kentut pon sepit tak bagi bunyi.
...ada ramai yg takcaya menteri undang2 hari nih datangnya dari parti dapig.
|
|
|
|
|
|
|
|
bangcak replied at 19-1-2021 01:45 PM
sokong saja?
...ke sokong sajat?
Lor.. Ada pulak menyalak sana sini.. Sakit hati la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara ni sebenarnya terkait dengan perasaan, idealisme, inner drive dan pegangan diri. Susah nak perbetulkan dgn denda. Kalau dapat kesan dari awal, mungkin boleh walaupun macam sukar. Once dah terjebak dgn perlakuan tak bermoral, hanya kesedaran sendiri je kot yg boleh bawa ke jalan yg betul semula.
Bila ada denda2 ni, lagi la menebal sikap nak protes, melawan. Akan makin kuat ukhwah depa2 yg sejenis ni melalui NGO2, group2 liberal, dan bAhlul politik nak tumpang mileage..
Nak sokong atau melawan akta ni, aku no komen la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 19-1-2021 01:21 PM
LGBT punca kesialan di malaysia
Kesialan yg menyebabkan andartu2 makin bertambah.. sial LGBT |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lattehazelnut at 19-1-2021 04:07 PM
Hahhaahahahahahaha.. kelantan tak ketara? Yang sekolah pondok, tahfiz sume da cek x?
mosus pun senang cari pelanggan guna app grinder..
Untuk kes berkenaan, tumpuan kita lebih kepada Lembah Klang berbanding negeri lain seperti Kelantan kelihatan tidak begitu ketara," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak sebagai peminat lelaki akan vote setuju jugak sebab akak nak blend in dengan golongan2 normal lagi suci ineyyyyy, dekkk..... kohkohkohkohkoh. |
|
|
|
|
|
|
|
ish.. giler.. giler tak setuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wai bi mangkuk ni baru cadang nak pinda? Lebai kelarah ini macam..pinda lah undang2 or akta2 yg kamu kata tak selaras dengan agama islam..pastu tungganglah agama islam tu sepuas puasnya..kalau tak boleh nak buat pindaan undang2 atau akta, wai bi boleh salahkan DAP....ingat, salahkan DAP hatta wai bi rasa sakit perut nak berak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman lebih berat untuk perlakuan LGBT in public atau pun hukuman lebih berat kepada LGBT for being LGBT?
Tak sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
LGBT bertambah...andartu bertambah...apa nak jadi malaysia ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hak nk pinda akta ni xder isu, mmg ianya adalah HAK PEMERINTAH....
Cuma jadi isu bila dulu bkn main mengelupur salahkan kerajaan2 terdahulu (BN dan Pee Esh) kononnya mesra LGBT dan juga berguling2 nk perketatkan undang2 yg sedia digunapakai...
Tiba2 bila dah jadi kerajaan tahu plak akta sedia ada tu mencukupi, dan mungkin bolrh dikemaskini dari semasa ke semasa, xder keperluan mendesak pun sampai nglupo guling2 mcm dulu tu, saja nk jadi isu utk tuduh kerajaan terdahulu (BN dan Pee Esh) x islamik....tu jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|