CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4232|Reply: 20

Anak Nourul Wahab Depp alami sleepwalking.Hampir jatuh dari tingkat 20.Korang pe

  [Copy link]
Post time 19-1-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GANGGUAN tidur berjalan atau somnabulism (sleepwalking) adalah keadaan gangguan tidur di mana seseorang bangun dan berjalan ketika tidur.

Gangguan ini tidak hanya berlaku dengan gerakan berjalan sahaja, mereka yang sedang tidur, kemudian bangun dan duduk di tempat tidur dan melihat sekeliling bilik mereka dalam keadaan yang tidak sepenuhnya sedar juga termasuk dalam gejala gangguan tidur berjalan ini.

Secara amnya, gangguan tidur berjalan berlaku pada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun

Walau bagaimanapun, gangguan berjalan kaki boleh mempengaruhi sesiapa sahaja, termasuk orang dewasa dan warga emas.

Begitulah yang terjadi terhadap anak kepada penyanyi, Nourul Wahab Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab ini.

Menerusi posting di Twitter miliknya, anaknya ketiganya mengalami gangguan tersebut yang sangat menakutkan.

Siapa yang ada anak suka sleep walking? May be masa saya kecik saya lagu tu. La ni jadi kat anak nombor tiga. Dia punya sleep walking semalam menakutkan.

“Nak bukak tingkap and says “i wanna go out!” Nasib ngam-ngan masuk bilik dan nasib tingkap cermin tu dah child lock! Tingkat 20 anak oi!,” tulisnya.

Menurut, Nourul pernah suatu ketika lalu anak hilang ketika tidur.

“Ada sekali tu, jam 2 pagi, bangkit pi (bangun pergi) check bilik depa, (2 boys sleep together); Raphael tak dak. Cari satu rumah. Pintu kunci. Semua kunci. Cari bawah katil dan bawah bench semua tak ada.

“Suspense sat. Sekali dia masuk bilik maid tidur sebelah katil. Eh eh semacam eh!

“Mak pak dah panik. Mama diala yang lebih panik. Raphael ni memang sesuatu. Tu la banyak lagi main game. Semalam tiga kali ulang tengok dia. Risau melampau dah ni. Nak keluar ikut tingkap! Kena hang pagi ni. Mama takleh tidur. Dahlah kena bangun 5.30 pagi,” katanya.
Kata Nourul, kejadian yang berlaku malam tadi sangat mengerikan.

“Memang malam tadi jam 10.30-11.00 malam berlaku. Kena check selalu. Haaa… buat tak lena semalam mama dia. Risau itu ini. Habis tiga Qul dan ayat Kursi sembur ke muka dia,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pelbagai reaksi;

Putera Durian – Berjalan ketika tidur ini juga boleh diwarisi oleh keturunan. Kalau dahulu semasa muda, si ayah atau ibu pernah mengalami masalah berjalan ketika tidur, kemungkinan besar si anak pun akan mengalami masalah yang sama.

TehSidik – Pernahlah dulu time study, kawan sebilik tanya semalam pergi mana, kite boleh lak kate pergi mana… sebab dia tengok kita bangun buka pintu keluar tapi dia tak tegur.

Maria Mariana – Takutnya kak selalu sleep walk macam tu. Dulu mak saya pun pernah cakap saya sleep walk tapi saya tak walk, ada orang angkat saya masuk bilik sebelah sebab saya tak pernah tinggalkan bantal busuk, lepastu ada benda ketuk tingkap rumah ‘jadi’ abah saya minta masuk rumah.

Sumber Twitter Nourul Wahab

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Biase la ank no 2
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama raphael teruihhhh teringat kat ninja turtle ...hikhikhik
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat masa sekolah asrama form 2 masa tu, budak form 1 ni tetiba masuk kelas prep kitorg. Dia lalu celah pintu dekat papan hitam yg jd sempadan antara kelas.. pastu selamba je duduk tampat yg kosong.. kitorg yg dlm kelas pandang sesama sendiri je.. dan itu la pertama kali aku tahu yg ada org boleh berjalan masa tido..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak bongsu aku ni pun kadang sleepwalking...ngigau dan bejalan..ada yg paling baru time pkp..lepas solat tinggal dia n abng kt rumah..kami gi kedai...balik abang dia tjk bideo abang dia kejut terus dia bgn solat n kiblat arah mana ntah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 19-1-2021 11:52 PM
Teringat masa sekolah asrama form 2 masa tu, budak form 1 ni tetiba masuk kelas prep kitorg. Dia lal ...

Iols xpnh jumpa lg setakat ni so nk tau mata dia tutup ke buka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2021 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kimsa-ra replied at 20-1-2021 01:46 AM
Iols xpnh jumpa lg setakat ni so nk tau mata dia tutup ke buka?

X igt la pulak tapi kalau x silap mata buka, sebab dia x langgar pun papan hitam (ruang kat bawah papan hitam tu yg dia lalu).. lepas dh lalu tu dia duduk kat salah satu meja kosong dan sambung tido..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 07:49 AM | Show all posts
xcukup kasih-sayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes budak sekolah sleepwalked tengah malam kt asrama n jatuh. Meninggal. Dia demam masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
adik aku yg no 3 pon sleepwalking , dia pernah bukak pintu depan rumah .. seb baik bapak aku tak tido lgi sbb tgk bola .. dia yg bawak adik aku masuk ...

adik aku yg no2 plak sleep talking ... ntah la mende2 dia cakap ...

yang aku plak ... sleep laughing
mak aku pon tak tau apa masalah anak anak dia
especially aku laa ... dia ngan bapak aku sampai bangun p kat tepi aku .. ingatkan aku ckp kat fon sambil gelak... rupanya tido ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah bapak I sleepwalking time dia dah sakit kanser ..selalu I dengar dia keluar bilik turun bawah Naik balik..ternampak pun penah, dia turun bawah ke hall main2 kunci kete, rumah yg gantung kat dinding then naik balik. Lama2 Tu Baru my mum ckp dia sleepwalking...sakit pun boleh trigger utk benda ni jadi agaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadek kaka penah mamai2 bgn tidur p jln smpi dpn pintu utama sliding door buka seluar dan kench time tu dia mati2 ingt dia kench dlm toilet Masa umur 7thn la tp nyer... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kecik2 dulu pernah janji dgn kawan2 nk jog pagi2. pukul 12 mlm terjaga terus g mandi. mak iols suh tidur balik br kul 12. esknya mak iols ckp iols mengigau. tp iols rasa iols cuma tlampau excited waktu tu tp malam2 lain pn iols mmg kuat ngigau pn. masuk asrama malu aih kt kawan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik akak prnh gini sorg, pkl 2/3 pagi bangun, pintu tak berselak cuma kunci kt door knob jah. Selamba panggil mak. Mak tiri iols masa tu shift kt spital. Nasib sempat tarik masuk dlm rmh. Dh la area rumah tu dlm kem atas bukit yg selalu org kata ada penampakan. Kalu kot ada penampakan syukur hijabku tertutup
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
blythes replied at 20-1-2021 10:49 AM
Ada kes budak sekolah sleepwalked tengah malam kt asrama n jatuh. Meninggal. Dia demam masa tu

Prnh nmpk video nih. Tinggi pulak bloknya tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 06:37 PM | Show all posts
Bahaya betul kalau ada yang jenis macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 20-1-2021 04:19 AM
Arwah bapak I sleepwalking time dia dah sakit kanser ..selalu I dengar dia keluar bilik turun bawah  ...

betul. arwah adik ipar i pun sleepwalking dan jadi kerap sebelum dia bedridden. turun bawah naik atas turun balik. yg peliknya tak langgar apa2 pulak masa berjalan tu. masa bedridden pulak kerap bercakap dalam tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah sekali zaman sekolah menengah, pagi bangun2 atas lantai tepi pintu bedroom, sakit gilaaa kepala, terus demam. Nasib tak berjaya keluar pintu. Mak aku bawak jumpa doktor, doktor cakap maybe stress.. terus mak aku bawak pergi piknik pantai.. tapi sekali tu je lah, takde dah... Kut...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 20-1-2021 06:09 AM
X igt la pulak tapi kalau x silap mata buka, sebab dia x langgar pun papan hitam (ruang kat bawah  ...

Ok tq sis. Terjawab juga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu sleepwalking.. Tgh2 malam bangun buka pintu..yg pelik, x langgar dinding
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.099506 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list