CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 923|Reply: 0

[Tempatan] Ummah Terengganu serbu pasar raya

[Copy link]
Post time 20-1-2021 03:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2021 11:57 AM

PKP di Terengganu, orang ramai serbu pasar raya

Oleh Zaid Salim - Januari 19, 2021 @ 4:15pmbhnews@bh.com.my


Pengumuman pelaksanaan PKP di Terengganu bermula Jumaat ini mencetuskan pembelian panik. - Foto NSTP/ZaidSalim




KUALA TERENGGANU: Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri termasuk Terengganu selama 14 hari bermula Jumaat ini menyebabkan beberapa pasar raya di sini diserbu orang ramai sejak petang tadi.

Tinjauan di Sabasun Hyperruncit mendapati orang ramai beratur panjang bagi urusan pembayaran di 12 kaunter yang disediakan di pasar raya berkenaan, malah perlu menunggu giliran untuk mendapatkan troli.

Rata-rata pengguna memberi alasan sama iaitu tidak mahu keluar ke pasar raya berulang kali apabila PKP dilaksanakan, Jumaat ini.
Pengurus Sabasun Hyperruncit, Mohd Azuan Sa'ad berkata, pihaknya tidak menyangka berlaku belian panik susulan pengumuman itu PKP.

Katanya, berdasarkan kehadiran pengunjung malam ini, pihaknya mengambil keputusan untuk melaksanakan prosedur operasi standard lebih ketat bermula esok bagi mengelak kesesakan.

"Berdasarkan keadaan malam ini, tidak mustahil jumlah pengunjung melebihi pada hari biasa dan kita akan memperketatkan jumlah kemasukan dalam satu-satu masa bagi mengelak kesesakan," katanya


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/778006/pkp-di-terengganu-orang-ramai-serbu-pasar-raya



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055171 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list