Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2021 01:04 PM
Muhammad Ehsan lemas di New Zealand, selamat dikebumikan
Januari 19, 2021 @ 2:24pm
Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria
KUALA LUMPUR: Allahyarham Muhammad Ehsan Zakaria yang meninggal dunia akibat lemas ketika beriadah bersama beberapa rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand pada 15 Januari lalu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Green Island Cemetery, Dunedin hari ini.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam kenyataan hari ini, merakamkan penghargaan kepada komuniti Malaysia dan Islam tempatan termasuk Otago Muslim Association, yang menghulurkan pelbagai sokongan dan bantuan bagi melancarkan pelbagai urusan berkaitan, khususnya dalam aspek pengurusan dan pengebumian jenazah.
"Sekali lagi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman," menurut kenyataan itu.
Muhammad Ehsan, 24, adalah bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Auckland. – BERNAMA
|