Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
8214
View
124
Reply

Kahwin Dengan Lelaki Nigeria, Anak Semua Balun Tempoyak!

[Copy link]

Author: CARI-MAL       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-1-2021 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Berkahwin pasangan berlainan negara semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran memandangkan suami dan isteri mempunyai latar belakang berbeza.


Pastinya aspek seperti budaya, adat resam dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menjadi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan.


Namun, itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini yang mencuri perhatian ramai gara-gara video TikTok 'cabaran' berbahasa Melayu menjadi tular sejak dua hari lalu.








Gelagat Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa Melayu membuat netizen kagum apabila kedua-duanya 'lulus' cabaran berkenaan.


Malah, netizen juga memuji dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan.


Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Noor Habibah berkata, video itu dikongsikan di aplikasi berkenaan selepas mendapat satu pertanyaan daripada netizen mengenai sama ada dia mendapat halangan daripada keluarga apabila memilih untuk berkahwin dengan lelaki asing.

"Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang, jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka viral dan ini kali pertama video jadi begitu hit," ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.








Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian."Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa. Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.

"Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan. Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.

"Anak sulung berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa? Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.

"Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya, saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya," ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.


Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu, malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak.

"Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria. Anak-anak suka dua-dua jenis makanan," ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin.


Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan, Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka.

"Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka. Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada netizen mengenai video yang viral baru-baru ni.

"Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami... mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi," ujarnya.




  



Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan.

"Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya. Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun.

"Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia. Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati," katanya lagi.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 20-1-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kulit hitam ni, kahwin la dengan korea, melayu, kokesen, jepun... Semua anak2 akan ikut genes dia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:38 PM | Show all posts
MissVixen replied at 20-1-2021 12:34 PM
Orang kulit hitam ni, kahwin la dengan korea, melayu, kokesen, jepun... Semua anak2 akan ikut genes  ...

gene dorang ni kuat                  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Very nice ya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank2 dia langsung xde muke kemelayuan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan anak aku pun ada sorang mak gi kawen ngan org kulit hitam. Gene bapa dia memang kuat. Semua anak ikut bapak punya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka je tengok kahwin campur yg proper dan aman bahagia camni..semoga Allah rahmati kalian sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:06 PM | Show all posts
Semua anak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:18 PM | Show all posts
andartu taknak kawin org negro?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:19 PM | Show all posts
kalau andartu minat, bleh cari org congo..


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rikuren replied at 19-1-2021 09:38 PM
gene dorang ni kuat

Kan... Genes kuat betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
shop_girl replied at 19-1-2021 09:55 PM
Aku suka je tengok kahwin campur yg proper dan aman bahagia camni..semoga Allah rahmati kalian sekel ...

Kan...nampak lelaki ni,   jenis lelaki negro yg bertanggungjawab ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:23 PM | Show all posts
kuat betul dna ayah dia. pe2pun dh baiki baka melayu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:24 PM | Show all posts
tapi mujur hanak2 ok jugak herlokkk kejadian....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:25 PM | Show all posts
Cantik anak nak dia tak gelap walaupun ibu berbangsa Melayu.

Anak kepada anak kawan saya berkahwin dengan niger ..anak dia 99% sepriti niger walaupun granny dia chinese dan grandad dia english.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:29 PM | Show all posts
ifanonline replied at 20-1-2021 05:18 AM
andartu taknak kawin org negro?

tersedakkkk tengok DP cuols! hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:29 PM | Show all posts
cantik rambut... anak2 sheols
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia akan fokus pada apa yang yg asing di mata mereka hence orang melayu akan nampak budak2 ni muka negro. Balik Nigeria orang sana akan kata budak2 ni muka asia. Dua2 bias.

Tu juga sebab kenapa kat negara omputih a quarter black is black.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen: Orang kulit hitam ni, kahwin la dengan korea, melayu, kokesen, jepun... Semua anak2 akan ikut genes dia.


Kau mesti tak pernah tengok orang putih kahwin orang kulit hitam tapi anak jadi kulit putih. Aku percaya, kalau gene seseorang tu lebuh juat maka dia akan ikut gene tu tak kira la kalau dia afrika ke atau india. Tak dinafikan orang india dan afrika memang mempunyai gene yang kuat. Tapi baru2 ni ada la aku tengok beberapa selebriti hollywood dan sukan yang kahwin orang kulit hitam dapat anak kulit putih cuma rambut atau bibir tu ada ikut sikit gene orang kulit hitam. Pak cik sedara aku pun ada kahwin anak mami hitam manis tapi salah sorang anak dia tu ikut kulit dia yang putih dan yang 3 orang ikut kulit mak dia hahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list