CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1458|Reply: 3

Baru Sebulan Dibersihkan, Tasik Kotor Semula

[Copy link]
Post time 21-1-2021 08:19 AM | Show all posts |Read mode

Bangkai ikan dilihat terapung dalam tasik di Taman Tasik Metropolitan. (Gambar Twitter)


FMT

PETALING JAYA: Tasik di Taman Tasik Metropolitan, Kepong tercemar lagi hanya sebulan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenakan kompaun terhadap pemaju hartanah kerana mencemarkannya.

Ahli Parlimen MP Lim Lip Eng berkata, air tasik kini “hitam, bukan biru seperti sepatutnya.”

“Tercemar lagi. Ada bangkai ikan dan baunya busuk,” kata ahli DAP itu di Twitter dengan turut memaparkan gambar serta video lokasi itu.

Lim berkata, ini bukan kali pertama beliau mengadu mengenai hal itu.

“Tolonglah ambil tindakan tegas dan segera.”

Bulan lalu, DBKL mengkompaun sebuah pemaju hartanah selepas mendapati air tasik itu tercemar dipercayai akibat kerja pembinaan dilakukan di sebelahnya.

DBKL juga berkata pihaknya mencampakkan bebola lumpur ke dalam tasik itu setiap hari untuk mengawal tahap amonia dan mengurai enap cemar atau kelodak di dalam air.

Pihak berkuasa tempatan itu juga mempertimbangkan membina air pancut untuk memperbaiki tahap oksigen dalam tasik itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 09:34 AM | Show all posts
Lalu kat situ pon seram.

Pembinaan dekat sangat.
Risau sis kot pape jatuh atas kepala nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak pegi. Mcmana boleh ada apartment sebelah tu? Lepas ni jd mcm tasik permaisuri tu parking tasik utk public jadi parking apartment.

Elok2 dulu parking banyak utk public skrg ni yg duduk apartment tu yg conquer parking
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:07 PM | Show all posts
Ditanahair bab maintainance selalu fail sedih melihatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051107 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list