CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10417|Reply: 143

[Tempatan] Menteri, TKM Pulau Pinang kecam Kedah batal cuti Thaipusam. #37, MB Kedah jawab

  [Copy link]
Post time 21-1-2021 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-1-2021 06:25 AM

Menteri, TKM Pulau Pinang kecam Kedah batal cuti Thaipusam

https://www.malaysiakini.com/news/559808

Diterbitkan 21 Jan 2021, 8:42 am



Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mengecam kerajaan Kedah yang membatalkan cuti umum Thaipusam yang sepatutnya disambut pada 28 Jan ini.

Dalam dua kenyataan berbeza dikeluarkan semalam, Saravanan dan Ramasamy berkata dengan pembatalan sambutan perayaan berkaitan Thaipusam kerana Covid-19 bukan bermakna tiada keperluan untuk cuti umum.

Kata Saravanan, penganut Hindu di Malaysia jelas marah dan kecewa dengan pengumuman dibuat Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) kerana ia perayaan yang disambut penganut Hindu berasaskan kepada kalendar agama itu.

"Hanya kerana kita tak pergi ke kuil ia tidak bermakna kita tak meraikannya di rumah," katanya.

Tambahan pula kata Saravanan Thaipusam bukan untuk melawat rakan-rakan dan keluarga sebaliknya suatu hari untuk kami menumpukan masa untuk dewa Muruga melalui amalan tertentu.

"Walaupun tahun ini orang Hindu tidak dibenarkan ke kuil, kami boleh melakukan amalan di rumah dan buat apa yang patut untuk menunaikan nazar kami," katanya.

Timbalan presiden MIC itu juga mengakui penentuan cuti umum untuk Thaipusam adalah hak prerogatif kerajaan negeri.

Pun begitu katanya sebagai sebuah parti kerajaan PAS patut mendapatkan pandangan wakil orang India di peringkat persekutuan sebelum membuat keputusan berkenaan.

Gagal faham logik sederhana

Semalam media melaporkan Kedah membuat keputusan untuk membatalkan cuti umum sempena Thaipusam tahun ini kerana semua aktiviti bersempena perayaan itu tidak dibenarkan selaras dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Tidak ada cuti peristiwa. Oleh kerana tidak ada perayaan tahun ini, tidak ada cuti umum,” kata Sanusi.

Untuk rekod Thaipusam merupakan cuti peristiwa untuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor. Bagaimanapun negeri lain tidak membatalkan cuti berkenaan walaupun larangan sambutan itu turut dikenakan di negeri terbabit.

Kata Saravanan MIC tidak pernah dirujuk oleh Kedah sebelum keputusan itu dibuat dan parti itu tidak akan membenarkan pembatalan itu dibuat.


M Saravanan

Menurutnya langkah diambil Kedah itu menjejaskan peluang Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang kerana banyak kawasan di negeri itu mempunyai jumlah pengundi dalam kalangan beragama Hindu yang besar.

Di sebalik larangan yang ditetapkan kerajaan, acara di kuil masih boleh dijalankan tetapi dengan jumlah kehadiran terhad. Perarakan kavadi pula tidak dibenarkan sama sekali.

Sementara itu Ramasamy berkata walaupun pelbagai bentuk perayaan dibatalkan, ia tetap tidak menafikan kepentingan Thaipusam.

"Thaipusam tidak terbatal dengan adanya pembatalan sambutan, sebaliknya akan tetap dirayakan secara terkawal di rumah. Malangnya Sanusi gagal memahami logik yang sederhana.

"Dia tidak memiliki kefahaman untuk memisahkan antara pembatalan acara yang berkaitan dengan Thaipusam dengan cuti sempena acara tersebut.

"Pandemik ini hanya membatalkan acara yang berkaitan dengan Thaipusam, tetapi bukan kepentingan festival keagamaan itu sendiri.

"Justeru mengapa dia harus membatalkan cuti atau cuti sempena Thaipusam? Ini bukan urusan dia,” kata Ramasamy.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa kau batal cuti umum Pulok... Ini seumpama kau batalkan cuti raya sebab takleh raya kerna covid. Kau sekolah takkkkk??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn selangor pun batal dah ler
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 21-1-2021 08:59 AM
Jgn selangor pun batal dah ler

Selangor plg byk cuti daaaaaa
Rakyat berbilang kaum tmsk pati keh3
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa.. mb pn cuti tetap cuti. Kenapa batal suka2 hati.sakit apa plak mb kedah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:17 AM | Show all posts
Karang kaum lain demand cuti Raya posa, raya haji, nuzul quran utk kensel jugak apa yg hg rasa nnt?

MB hampeh tak pikiaq panjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2021 09:19 AM | Show all posts
tindakan yg baik dr kedah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa batal cuti umum. Aku yg tak sambut thaipusam pun marah

Patutnya cuma batalkan sebarang perarakan pada hari Thaipusam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 09:33 AM | Show all posts
Dah nape batal cutinya.
Kalau cuti2 ni, semua kaum suka.
Walaupon tak sambut perayaan ituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Diktator MB ni. Cuti umum pun nak kacau
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:53 AM | Show all posts
Kalau nak pastikan tak ada sambutan perayaan tak perlulah sampai batalkan cuti umum pasti akan ada bantahan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:55 AM | Show all posts
MB Kedah ni memang sejenis bodo eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm tu cny nanti cuti cancel jgk tak? kot selangor kl pkp lg

apa lah nak cancel2 cuti umum, naknya melibatkan keagamaan, bukan isu sensitif ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang orang makin faham maksud cuti umum kan? It's not about tak pergi kerja.

Tak silap aku sebelum ni Thaipusam hanya cuti certain negeri ja tapi Najib yang made it national kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo la dia ni. Tau renyeh saja kulu kilir
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon walaun lantik Sanusi sbg presiden parti isele.. ini la pemimpin yg berani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
x patut la dia buat gini..btw, baru tau, rupanya thaipusam tu cuma cuti peristiwa je kat kedah,penang n selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
perayaan.jangan la buat macam tu.kita islam pon ada raya puasa, raya haji, maulidur rasul
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
aku prefer raya haji at least govt bagi cuti 3hari start dari hari arafah smpi 11zulhijjah. boleh kensel cuti awal muharam n maulidur rasul,nuzul quran/awal ramadhan. utk ganti tambahan cuti 2hari.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:54 AM | Show all posts
bodo mb kedah ni..kat msia ni yg nampak thaipusam lg meriah drpd deepavali..kesianlah depa kalo x dapat cuti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.182491 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list