CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2947|Reply: 27

[Tempatan] Meneladani cara New Zealand kawal jangkitan wabak

  [Copy link]
Post time 21-1-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Selepas setahun COVID-19 bermula, jumlah kes kini melebihi 91 juta dengan anggaran dua kematian bagi setiap 100 jangkitan. Hampir setiap negara mencatatkan penguncupan ekonomi. Pakar ekonomi berpendapat, pemulihan ekonomi negara bergantung keupayaan mengawal pandemik.

Namun, dua negara dilihat menunjukkan tanda pemulihan baik, iaitu New Zealand dan Taiwan.

Taiwan berpengalaman membendung sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada 2003 dan H1N1 (2009). New Zealand pula seperti kebanyakan negara lain kali pertama mengharungi ancaman pandemik.

Justeru, New Zealand negara terbaik untuk diperhalusi strategi kawalan sebagai panduan buat Malaysia.

Dua tunjang tindakan menghadapi pandemik ialah pengurusan biosekuriti dan komunikasi. Biosekuriti ialah rancangan dan amalan mengekang tularan penyakit berjangkit, dilaksanakan serentak mengikut model swiss cheese pengurusan risiko bagi mengurangkan kesan kegagalan mana-mana rancangan atau amalan.

Masyarakat Malaysia sedia maklum empat amalan biosekuriti, iaitu menjaga kebersihan tangan, menggunakan pelitup muka, penjarakan fizikal dan merekod sejarah pergerakan.

New Zealand memperkenalkan amalan biosekuriti kelima, iaitu kekal di rumah apabila tidak sihat. Justeru, negara itu berjaya menghentikan jangkitan komuniti seawal Oktober tahun lalu.

New Zealand menilaikan empat tahap risiko jangkitan dengan tahap keempat mewakili risiko jangkitan tertinggi. Ia dibuat bersandarkan dua perkara pokok, iaitu aktiviti kelangsungan hidup dan unit selamat kehidupan.

Aktiviti kelangsungan hidup terbahagi kepada aktiviti asasi dan selain aktiviti asasi. Aktiviti asasi merujuk pembekalan dan perolehan keperluan asas, kesihatan serta utiliti.

Unit selamat kehidupan pula merujuk kepada individu membentuk satu unit isi rumah atau gelembung isi rumah.

Kedua-dua perkara ini paksi rancangan strategi kawalan di setiap tahap risiko. Strategi di tahap risiko keempat paling ketat melalui penutupan menyeluruh ataupun perintah berkurung.

Strategi digunakan dalam tahap risiko pertama hingga ketiga adalah sama, tetapi dengan ketegaran berbeza. Contohnya, perkumpulan ialah norma kebanyakan aktiviti seperti bekerja, persekolahan atau rekreasi.

Penjarakan fizikal pula strategi berkumpul secara selamat untuk ketiga-tiga tahap risiko. Bagaimanapun, penjarakan akan diperketatkan melalui kaedah mengehadkan bilangan individu apabila risiko meningkat.

Penjarakan fizikal mutlak ialah strategi paling tegar apabila risiko di tahap tertinggi. Ketika ini, perkumpulan tidak lagi dibenarkan dan semua aktiviti terhad kepada asasi.

Contoh lain, interaksi sosial ialah norma kehidupan bermasyarakat dengan individu tidak dikenali boleh saling berjumpa ketika urusan harian seperti rekreasi dan membeli-belah.

Ketika tahap risiko pertama dan kedua, semua aktiviti berjalan dengan penjarakan fizikal. Namun, apabila risiko meningkat, penjarakan fizikal diberatkan dan semua aktiviti terarah menghalang pertembungan unit gelembung isi rumah.

Keutamaan diberikan kepada aktiviti di rumah dan transaksi tanpa sentuh seperti pandu lalu serta layan diri. Strategi ini diperkukuhkan dengan mengehadkan kawasan aktiviti.

Tahap risiko membentuk ruang lingkup menentukan jenis strategi kawalan. Pengecaman akan mengelakkan keadaan kurang atau salah strategi yang menyebabkan amalan biosekuriti tidak berkesan.

Strategi biosekuriti perlu disampaikan secara berkesan kepada orang ramai, mengambil kira rencam situasi dan latar belakang.

Strategi biosekuriti New Zealand disampaikan tanpa menekankan spesifikasi terikat aktiviti, kawasan atau masa. Ia dikhuatiri mengehadkan kebolehlaksanaan secara meluas.

Contohnya, penetapan saiz radius kawasan sebagai kawalan pergerakan tidak praktikal. Penetapan saiz radius kawasan, walaupun tidak menghalang capaian keperluan asasi di bandar raya, berkemungkinan mendatangkan masalah bagi perkampungan kecil.

Masa juga tidak digunakan sebagai strategi kawalan kerana ia boleh bertentangan matlamat penjarakan dan pengurangan bilangan individu. Komunikasi strategi biosekuriti lebih menegaskan pencapaian matlamat penjarakan dan pengurangan bilangan, berbanding cara ia dicapai.

Penilaian tahap risiko jangkitan secara tidak langsung merencanakan implikasi strategi kawalan terhadap usaha kelangsungan hidup. Contohnya, arahan 'kekal di rumah apabila tidak sihat' akan menjejaskan keupayaan individu bergaji harian.

Lantaran itu, strategi biosekuriti New Zealand turut memperuntukkan sokongan hidup untuk individu, kumpulan kemasyarakatan, pemilik perniagaan, malah warga asing terkandas.

Ruang aduan disertakan bagi mengelakkan penindasan yang akan menyukarkan usaha kawalan, seperti diskriminasi latar belakang, penindasan hak penggajian, pemberhentian tidak berhemah dan hak tempat kerja selamat.

Melihat ke belakang, New Zealand berjaya menghentikan jangkitan komuniti dalam tempoh tujuh minggu perintah berkurung. Peruntukan sokongan dan ruang bersuara membantu kepatuhan strategi.

Semua maklumat strategi, sokongan dan aduan dicapai daripada satu laman web. Mengambil iktibar ini, Malaysia masih boleh menambah baik strategi sedia ada supaya ia mudah diguna pakai.

Dr Saleha Shahar

Penulis adalah Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Biorisk Profesional

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar...jangkitan-wabak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa je penduduk...senang nak kawal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:49 PM | Show all posts
Jika penduduk mengabaikan SOP sama juga kesannya, tetapi tahniah diucapkan kepada kedua-dua negara tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:54 PM | Show all posts
tahniah kome...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia style. Sendiri gubal sop, sendiri langgar
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:00 PM | Show all posts
netizen2 dia ada tak membongak kebangga kulu kilir?? tanya je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara pulau senang nak control..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:08 PM | Show all posts
jalfa replied at 21-1-2021 12:32 PM
Berapa je penduduk...senang nak kawal.

khenn kaka... nak2 negara pulau yang jauh... pati pun tak boleh nak menyelam naik tongkang masuk....

kat antartika tu lagi lah takde kes... takde babi berkutik pun...

dalam gua tempurung pun takde kes...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 01:17 PM | Show all posts
otai_g replied at 21-1-2021 12:57 PM
Msia style. Sendiri gubal sop, sendiri langgar

hah..setuju..menteri sendiri x jaga sop, then nak blame rakyat. Masa mula-mula dulu ok je,angka covid pun menurun, mencanak naik naik lps pru sabah..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah setahun pun gomen masih gagal merangka strategi untuk jangka masa panjang, takkan 2 3 tahun nak pkp bxdxh
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 21-1-2021 01:08 PM
khenn kaka... nak2 negara pulau yang jauh... pati pun tak boleh nak menyelam naik tongkang masuk.. ...

Kannn.. Tau takpa
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:01 PM | Show all posts
Kat sana Mmg ikut sop x kira rakyat marhaen n menteri
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:36 PM | Show all posts
Malaysia kan masih dalam proses 'mengkaji'.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
selyusi replied at 21-1-2021 01:27 PM
Dah setahun pun gomen masih gagal merangka strategi untuk jangka masa panjang, takkan 2 3 tahun nak  ...

tiap kali PC mail dok cakap 'akan' , 'sedang' kaji... lepas tue SOP caca marba..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 07:19 PM | Show all posts
NZ x der pati dr pinoy dan indon mcm kat sabah tu...penduduk pun x padat..lembu lagi byk dr org..senang la nak control....lagipun NZ awal2 x bagi masuk kan pelancong dr negara berwabak pd peringkat awal....msia ni sia alu2kan lagi demi sektor pelancongan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 07:35 PM | Show all posts
Lifestyle mereka tak sama macam sini.  Sana lebih ramai suka berada dirumah.  Tak macam disini asal cuti je semua gigih nak bercuti2 Malaysia gigih nak balik kampung juga tiap2 hujung minggu apa tah lagi kalau ada cuti panjang atau cuti sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 21-1-2021 07:35 PM
Lifestyle mereka tak sama macam sini.  Sana lebih ramai suka berada dirumah.  Tak macam disini asal  ...

Gigih juga berkumpul saudara mara family day.. Padahal di hari2 biasa memgumpat sesama sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la budaya malaysi ni suka berjalan, melepak bagai. Diorg blk kg pun waktu krismas je kot tu pun kalo blk la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 21-1-2021 07:46 PM
Gigih juga berkumpul saudara mara family day.. Padahal di hari2 biasa memgumpat sesama sendiri.... ...

Haha betul tu...kdg tak mau join gathering pun diumpat jgk...serba tak kena mulut org kg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 21-1-2021 02:36 PM
Malaysia kan masih dalam proses 'mengkaji'.

Haipppp, ni nk troll Artuditu ke ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094232 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list