Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6543
View
169
Reply

[Tempatan] Ibu terdesak mencuri kerana anak demam dapat bantuan. #19, Curi ubat untuk anak

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-1-2021 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 21-1-2021 06:28 AM

Ibu terdesak curi kerana anak demam dapat bantuan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/666503/ibu-terdesak-curi-kerana-anak-demam-dapat-bantuan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 1:02 PM

Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


NIK Ezanee (kiri) menyampaikan bantuan makanan daripada JKM serta bantuan lain.  FOTO ihsan IPD Petaling Jaya

Kuala Lumpur: Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan cecair penyejuk untuk mengubati demam anaknya.

Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri pelekat penyejuk badan, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan 'Koolfever' sebab anaknya demam.

"Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

"Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada 'kool fever' untuk anak demam," katanya kepada wanita itu.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.

"PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh 'brain' (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.

"Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus Covid-19," katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu.


Polis sampaikan derma pada ibu mencuri kerana anak lapar, sakit


https://www.malaysiakini.com/news/559854

Diterbitkan 21 Jan 2021, 1:04 pm



Polis Petaling Jaya menyampaikan derma kepada kepada seorang ibu miskin yang ditangkap mencuri makanan dan ubat untuk anaknya yang demam.

[Berita penuh akan menyusul]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-1-2021 01:31 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan..
sedeynya baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul gak kan? Drpd mencuri, pegi je balai polis tu ckp terus terang sy xde duit, anak demam, sy rasa nak pegi mencuri.. mesti polis tu tolong kan? Setakat kool fever tu, mesti adanya lah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam masa yg sama ada yg tak berhati perut tanya ada ke yg mati kebuluran masa covid...
Semoga kita semua lebih prihatin dan tak oentingkn diri sendiri bila kita masih diberi rezeki yg secukupnya olh tuhan..yg mati tetap mati, yg masih hidup perlu teruskn hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih kan, ini baru satu kisah, beribu ribu lagi kisah di luar sana, moga kita semua syukur dan menginsafi diri
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangis i baca..mak sgup buat apa sja demi anak
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
simpati pada puan ni.. kalau takde cool fever pun takpe, boleh buat sponging pakai kain biasa pun inshaAllah boleh sejukkan badan. Panadol pun rasanya lebih membantu untuk turunkan panas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecewa dgn diri sendiri baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah budak tu mana??
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:52 PM | Show all posts
Allahuakhbar..moga dipermudahkan semuanya..harapnya lps ni keluarga ni dpt bantuan sewajarnya dari pihak kebajikan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sentap aku bca berita ini, peringatan pada diri aku gak, thanks OCPD PJ
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:54 PM | Show all posts
sedihnya cerita mcm ni
semoga dipermudahkan..

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cian jugak..sudahlah susah ,kurang info pulak Kat bantuan yang ada ..talian nur ada kan..cian anak dia demam ,dia bagi kek
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
napa mencuri 'terlebih dahulu'...berbanding  minta bantuan??..risau gak...risau ada ore 'amik idea ni'.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus polis amik kira orang tu mencuri sbb terdesak sangat. ngo2 selalu je ada bantuan semua tapi mcmn nak pasti sasaran tu tepat? sbb kadang2 ada sesetengah ni tak susah sangat pon tapi dapat sbb rajin amik tau bantuan ape yg ada pastu simpan contact orang ngo. asyik2 dia je duk contact mintak bantuan. yg betul2 susah tak dapat sbb maklumat tak sampai kat pemberi bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:18 PM | Show all posts
ramai yg susah sampai jadi gelandangan, sedih tgk bideo gelandangan kat JB dari star online
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai hati jugak pasaraya tu buat report....coolfever,sosej & cake tak sampai rm20....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:25 PM | Show all posts
kemanakah peranan masjid dan surau?

nasib baik ada manusia mcm ebit liew
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-1-2021 02:28 PM | Show all posts
KPD PJ bantu wanita ditahan curi ubat untuk anak

https://www.utusan.com.my/nasion ... ri-ubat-untuk-anak/

Oleh NURFARAHIN HUSSIN
21 Januari 2021, 1:30 pm


NIK EZANEE Mohd. Faisal (kiri) membawa barangan keperluan untuk disumbangkan kepada seorang wanita yang ditahan kerana mencuri ubat-ubatan dan makanan di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA: Kisah seorang suri rumah yang mencuri ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sakit mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal untuk turun padang bertemu dengan wanita tersebut, hari ini.

Nik Ezanee berkata, ibu kepada tiga anak itu ditahan oleh seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya di daerah ini, semalam kerana mencuri Kool Fever, sosej dan kek.

Atas dasar belas ihsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyumbang barangan makanan dan barangan harian kepada wanita itu.

Saya harap dia dan keluarga terus cekal menghadapi cabaran untuk meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini, katanya.

Ujar beliau, kes wanita itu juga telah diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut. C UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih polis
Mujur tk masuk lokap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list