CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1407|Reply: 6

[SARAWAK] Berita gembira buat rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 21-1-2021 04:24 PM | Show all posts |Read mode
KETUA MENTERI ABG JO UMUM BKSS 5.0 BERJUMLAH RM405 JUTA UNTUK BANTU RINGANKAN BEBAN RAKYAT

Memandang kepada penularan COVID-19 yang sedang melanda negara, dan Sarawak tidak terkecuali daripada kesan buruk yang menimpa rakyat, dan tambahan pula baru-baru ini kita telah menghadapi banjir di beberapa tempat yang telah menjejaskan sedikit sebanyak keadaan di tempat-tempat yang terlibat, Kerajaan Negeri Sarawak telah memutuskan untuk membantu rakyat pada keseluruhannya menerusi beberapa pendekatan penting bagi meringankan beban rakyat dalam meneruskan kehidupan seharian.

Seperti dahulu beberapa bantuan dipanjangkan lagi bagi tempoh enam (6) bulan mulai Januari 2021 hingga Jun 2021.

Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

LANGKAH 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK
Pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diberi diskaun 5% hingga 25% ke atas bil elektrik bulanan mulai Januari hingga Jun 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 642,000 isirumah di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM166.2 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.

LANGKAH 2: DISKAUN BIL AIR
Pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diberi diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan mulai Januari hingga Jun 2021. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 568,000 isirumah di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM31.5 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.

LANGKAH 3: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI
Diskaun 50% sewa pasar dan gerai untuk 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Keseluruhan diskaun berjumlah RM1.6 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.

LANGKAH 4: PENGECUALIAN BAYARAN PERMIT DAN LESEN PERNIAGAAN
Kerajaan GPS Sarawak akan mengecualikan bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu. Pengecualian bayaran ini akan mengurangkan beban para peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Sarawak. Langkah ini akan melibatkan kos RM8.3 juta kepada Kerajaan GPS Sarawak.

LANGKAH 5: PENGECUALIAN BAYARAN SEWA KEPADA PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) YANG BEROPERASI DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN MILIK BADAN-BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC NEGERI
Kerajaan GPS Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tempoh 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021.

LANGKAH 6: DISKAUN 25% TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU  
Diskaun 25% akan diberi kepada taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Januari hingga Jun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada 185,000 premis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak. Keseluruhan kos diskaun ini yang dianggarkan berjumlah RM74.6 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS Sarawak.

LANGKAH 7: DISKAUN 50% SEWA SKIM PERUMAHAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN SARAWAK (HDC)
Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mulai Januari hingga Jun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun ini dianggarkan melebihi RM3.0 juta.

LANGKAH 8: DISKAUN 30% CUKAI TANAH
Diskaun 30% untuk pembayaran cukai tanah bagi tahun 2021 akan memberi manfaat kepada lebih 52,400 tempat kediaman, pusat komersil dan industri, perladangan skala besar dan lain-lain kemudahan awam. Langkah ini akan mengurangkan beban rakyat dan akan melibatkan kos berjumlah RM11.8 juta yang ditanggung oleh Kerajaan GPS Sarawak.

LANGKAH 9: PENGECUALIAN PEMBAYARAN LESEN HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN
Pengecualian pembayaran lesen hotel secara one-off atau sekali kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 340 pengusaha hotel dan rumah tumpangan. Ia akan melibatkan kos kepada Kerajaan GPS Sarawak sebanyak RM400,000.

LANGKAH 10: PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM TANAH  
Penangguhan pembayaran premium tanah secara one-off atau sekali sahaja bagi tahun 2021 akan memberi manfaat kepada lebih 1,720 pemilik tanah di seluruh Sarawak yang merangkumi tanah pertanian, kediaman, komersil dan industri serta institusi awam dan swasta.

LANGKAH 11: PENANGGUHAN PEMBAYARAN SKIM PINJAMAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SPIKS)
Sebagai langkah membantu aliran tunai dan mengurangkan beban kewangan para Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Kerajaan GPS Sarawak akan menangguhkan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) selama 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021. Langkah ini akan memberi manfaat kepada 174 peminjam dengan nilai berjumlah RM0.9 juta.

Disebabkan oleh keadaan perniagaan yang tidak menentu yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana, Kerajaan Negeri Sarawak juga memutuskan untuk membantu golongan ini dari sudut bantuan kewangan dan pinjaman yang kita harap dapat membantu mereka meneruskan perniagaan masing-masing.

Kerajaan sedang membuat kajian untuk menentukan kaedah bantuan kewangan dan pinjaman kepada IKS. Kementerian Perniagaan Antarabangsa di bawah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan akan mengeluarkan butiran mengenai bantuan tersebut dalam masa terdekat.

KESIMPULAN
Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan GPS Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat.
Kerajaan Negeri berharap Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 yang berjumlah RM405 juta ini akan membantu meringankan beban seluruh rakyat Sarawak hingga ke bulan Jun dan kita juga berharap dan berdoa agar dengan adanya vaksin, penularan COVID-19 dapat diatasi selepas Jun 2021.

Sekian. Terima kasih.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2021 04:29 PM | Show all posts
1 & 2 jer ...
lain2 untuk ekonomi ... peniaga ...

takpe lah dari takde ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2021 04:32 PM | Show all posts







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2021 04:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 05:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:23 AM | Show all posts
ada diskaun bil api & air ya pun dah syukur deng
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2021 05:49 AM | Show all posts
Vellfire replied at 22-1-2021 08:23 AM
ada diskaun bil api & air ya pun dah syukur deng
aok ya lah tek...

tapi...

hahaha tetap banyak tapi nya deng ...

moga kerajaan Sarawak lebih prihatian lebih2 gik masa Covid tuk


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.139203 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list