CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Ebit Lew hadiahkan 100 tablet kepada pelajar memerlukan

  [Copy link]
Post time 22-1-2021 05:39 PM | Show all posts
serious tak pernah setuju bagi terus gadget ini kat orang free-free. Sbb tu ramai yg mintak. Sepatutnya kena bagi sebagai pinjaman macam buku text. Hujung tahun kena pulangkan, kalau rosak sampai tak boleh diselamatkan kena ganti baru. Kalau rosak sikit2 kena bayar untuk servis. pastu check history penggunaan , if guna utk games or kegiatan lagho, ban the whole family from applying anymore.

Semua orang patut ada kebertanggungjawaban. Bila bagi free , percayalah banyak yg akan take it for granted.
Bila ada terms, hanya yg benar2 perlukan yg akan memohon dan akan jaga elok2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 05:46 PM | Show all posts
he is giving without judging at all
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Ni aku share ttg prepaid unlimited yg aku check.
Paling value adalah Umobile RM35 + 6Mbps

Utk celcom dan maxis,  RM45 utk 6Mbps.  

Sebulan free 30GB (kena redeem utk celcom)  + 50 gb (unlimited cap 50gb)

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk tablet under 600 yg bagus utk online class.. Boleh cari Teclast....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 22-1-2021 09:15 AM
ada tab takde wifi pun susah juga..

Ada slot simkad dah ok. Kad prabayar seperti YES ada tawarkan pakej pendidikan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni memang terkilan tengok yb2 diam tak terkutik. Beli 635 bijik tong plastik cat kaler tahik skali logo state rege rm1k boleh pulakkk... dari bazir duit tu bagus set up pusat tenet kemudahan bebudak pdpr contohnya kat rumahpanjang. Pembangkang sponsor satelit pandai pulak kau buat bunyi langau dgn cybertrupet kata sapa nak biaya data etc. haih lanak! Happening in swk hurleh just in case ko nak tahu. Iols dah habis hangen ni. Yes! Deyols still distribute tong air ke kpg2  tgh pandemik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 09:14 PM | Show all posts
          terim ksih
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo 100 saja... Mmg xcukupla.. Kat fb die ramai mengadu WA x di balass... Mestila x balas dah sampai puluh ribu WA... Tp knowing EL die nak org kaya lain buka mata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
43,000 perlukan ‘Tab’ untuk belajar, Ebit Lew mohon maaf tak dapat bantu

Oleh MALAYSIA DATELINEJanuary 22, 2021 5:52 pm0


“Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya,” luah Pendakwah terkenal Ebit Lew di media sosialnya susulan menerima 43,000 mesej dari orang yang memerlukan Tab untuk anak belajar.

Katanya, dalam separuh hari sahaja beliau menerima 43,000 mesej dari orang yang mana terdiri daripada orang kelainan upaya, tiada pekerjaan, anak yatim, dan mereka yang bekerja tetapi bergaji kecil.

“Semua bangsa ada dari semua negeri,” katanya.

Ebit Lew juga meluahkan bukan setakat Tab untuk kemudahan belajar yang belum sempat diberikan bahkan sebanyak 8,000 buah kerusi roda masih diperlukan lagi,

“Ambulan dan van jenazah setiap hari bergerak.

“Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” ujarnya.

Status yang dikongsi itu turut mendapat respons para warganet yang menyifatkan pendakwah terkenal itu tidak perlu memohon maaf kerana tugas yang digalas Ebit Lew ketika ini adalah tugas kerajaan.

Malah ada dalam kalangan warganet membidas kerajaan yang sukar untuk bertindak seperti beliau ketika pelajar yang kurang berkemampuan sedang bergelut dengan pembelajaran dalam talian.

Ada yang cuba membandingkan wang ringgit yang dikeluarkan Ebit dengan pembinaan dewan bernilai RM35 juta di Parlimen Pagoh.

“Dewan kt parlimen Pagoh tu kalau cancel boleh bantu kesusuhan ni katakan 1 unit tab RM1,000X43,000 orang baru RM43 juta sahaja. Dewan yang entah apa keutamaan pada waktu ini sudah RM35 juta,” kata Man Qus yang memberi komen di status Facebook Ebit Lew.

Ada juga yang mendesak kerajaan bertindak segera menyediakan bantuan untuk anak-anak yang memerlukan memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan kaedah PdPR secara optimum pada tahun ini.

“43k rakyat tiada gajet untuk kelas online! Kerajaan tolong adakan bantuan utk anak2 yang memerlukan,” kata Emma Rosmah yang turut meletakkan tanda pagar untuk Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri Malaysia.

Netizen turut mempertikaikan pihak kerajaan yang seolah-olah tidak peka dengan usaha yang dilakukan Ebit Lew dan mendakwa pemerintah terlalu sibu dengan memikirkan kesusuhan dan krono mereka sahaja.

“Mengapa pehak berwajib tidak peka dgn apa yg Ustaz Ebit usahakan…mengapa ust tidak disokong berterusan kearah yg lebih baik oleh pemerintah..atau adakah mereka terlalu sibuk memikirkan ‘kesusuhan’ keluarg dan kroni2 mrk shj,” tulis Adam Jadda.

“Sepatutnya JKM, ahli parlimen, tunaikan tanggungjawab beri bantuan pda golongan yg susah, jgn asyik berpolitik, mkn gaji buta masa pkp…ustaz ebit lew tidak berpolitik terus bgi bantuan, tahniah,” kata Mohd Ariffin Wahid.

Ada juga meminta ihsan daripada 70 menteri yang ada sekarang dengan gaji puluhan ribu ringgit dan segala kemudahan ditanggung memperuntukan 20 peratus dari gaji mereka bagi membantu rakyat di peringkat kawasan masing-masing.

“Agak2lah tebal manalah muka 70+ menteri yg ada sekarang…dgn gaji pulohan ribu…elaun…segala kemudahan kerajaan tanggung…langsung tidak membantu…apa salah di kala rakyat sedang hadapi kesukaran mereka peruntukan 20 peratus dari gaji mereka bantu rakyat kawasan masing-masing… ada kalanya peruntukan tidak sampai kepada rakyat sebab projek banyak untuk syarikat kroni,” ujar Awin Misai
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Android? @dino tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 24-1-2021 07:07 AM
Android? @dino tersenyum sinis

haha... obsolete
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:47 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 27-1-2021 10:55 AM



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 10:59 AM | Show all posts
alhamdulillah

lobai ebit liew sudah mula memikat hati para etis dan liberal

itulah kejayaan dakwah agama yang benar yang dijayakan lobai ebit liew

jelas sekali kekayaan merupakan satu dakwah yang berkesan di mata para etis dan liberal aurora graviti. mereka kini mula tertarik dengan LOBAI

syabas lobai ebit liew

churchill di sini sentiasa mendoakan kejayaan lobai ebit liew

amin
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.131687 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list