Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
442
View
3
Reply

[SABAH] PKP Di Sabah, Enam Negeri Dilanjut Hingga 4 Feb C Ismail Sabri

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-1-2021 07:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Feb ini.

Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian COVID-19.

Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga 20 Jan, Selangor mencatat kes kumulatif COVID-19 sebanyak 50,636 kes, Sabah (45,008 kes), Kuala Lumpur (19,411 kes), Johor (14,539 kes) dan Pulau Pinang (6,540 kes).

Sementara kes kumulatif di Kelantan sebanyak 2,387 kes, Melaka (2,370 kes), Labuan (1,919 kes) dan Putrajaya (637 kes).

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor ditamatkan mengikut jadual esok.

Beliau berkata sepanjang tempoh PKPD di tempat berkenaan sejak 26 Dis lepas, sebanyak 1,585 penghuni disaring dan daripada jumlah itu 682 penghuni dikenal pasti positif COVID-19.

Penilaian dilakukan Kementerian Kesihatan dalam tempoh berkenaan juga mendapati trend menunjukkan penurunan dan kes akhir dikesan adalah pada 15 Jan lepas dan tiada lagi sampel yang menunggu keputusan setakat ini, katanya.

Ismail Sabri juga berkata Jabatan Peguam Negara akan mengkaji dan meneliti perundangan yang boleh dilaksana sepanjang tempoh darurat, contohnya menaikkan kompaun kepada majikan atau individu yang ingkar SOP.

Saya harap ia akan dipercepatkan supaya kita boleh laksana segera kerana saya lihat banyak syarikat yang ambil mudah, kompaun RM1,000 terlalu rendah bagi mereka, katanya.

Selain itu, beliau berkata mana-mana majikan yang menyembunyikan status kes positif COVID-19 pekerja masing-masing akan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Beliau berkata arahan itu juga terpakai bagi mana-mana individu yang positif COVID-19 namun tidak dilaporkan kepada pihak hospital.


Mengenai operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata polis menahan 577 individu semalam atas kesalahan ingkar SOP dengan 545 dikompaun dan 32 individu direman.

Melalui Op Benteng, 12 pendatang tanpa izin ditahan dan lima kenderaan darat dirampas. Op Benteng turut mengesan 115 bot dan kapal menerusi satu aktiviti penglihatan berdekatan perairan negara, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-1-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang dah dijangka pun... Nasib baik la belum beli barang sekolah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-1-2021 07:59 AM | Show all posts
Megikari replied at 22-1-2021 07:57 AM
Memang dah dijangka pun... Nasib baik la belum beli barang sekolah
yang dah beli pun takpa ...
biar kita rugi duit ...
dari kerugian anak2 tercinta ...

kalau FC ada anak ... walaupun sekolah d buka ... memang tak la nak bagi anak2 ke sekolah dulu kecuali yang dah besar dan reti ikut SOP seperti yang akan ambik exam ...


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:19 AM | Show all posts
kalo makin naik memang kena buat pkp

laa ni lebih baik duk rumah daripada kuar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list