CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7419|Reply: 74

[Tempatan] Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) peningkan ibu bapa

  [Copy link]
Post time 22-1-2021 08:43 AM | Show all posts |Read mode
PdPR peningkan ibu bapa

https://www.sinarharian.com.my/a ... -peningkan-ibu-bapa

MOHAMMAD KHAIRIL ASHRAF MOHD KHALID | | 22 Januari 2021


Muhammad Daniyal Alwafi mengikuti PdPR dengan ditemani datuknya, Ahmad Dzahiri. Gambar kecil: Mohamad Ali

SHAH ALAM - Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mendedahkan terdapat ibu bapa yang mengeluh sejak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Rabu.

Presidennya, Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, antara keluhan daripada ibu bapa adalah tidak dapat menyediakan peralatan yang mencukupi untuk anak-anak mereka apabila PdPR diperkenalkan.

“Contohnya mereka yang ada anak empat. Nak beli (peralatan kesemuanya) nampaknya (peruntukan) tak ada.

“Sebab pada satu ketika, kerajaan kata sebahagian pelajar boleh datang ke sekolah dan sebahagian lagi PdPR. Jadi ibu bapa tidak mempunyai peruntukan sebanyak itu bagi menyediakan peralatan (untuk PdPR) pada masa ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohamad Ali berkata, antara masalah lain dihadapi oleh ibu bapa di luar bandar dan pedalaman pula adalah dari segi talian dan kelajuan internet.

“Masalah ketiga adalah tidak semua buku elektronik telah disediakan dengan sempurna,” katanya.

Namun begitu, beliau menolak sekiranya cadangan sistem pembelajaran berpusat menggunakan televisyen pendidikan dilaksanakan.

“Tidak ada interaksi antara pelajar dan guru. Pelajar hanya mengikut arahan. Tengok televisyen sahaja macam tengok wayang.

“Kita sedia maklum bahawa pelajar mempunyai perbezaan dalam mengkhatamkan pelajaran mereka. Kalau di sekolah secara bersemuka, guru boleh mengetahui reaksi pelajar sama ada mereka memahami atau tidak,” jelasnya.

Menurutnya, penggunaan televisyen pendidikan juga mempunyai masalah lain sekiranya dalam sesebuah keluarga itu mempunyai jadual waktu yang berbeza atau sama.

“Sebagai contoh, katakanlah program (pembelajaran bermula) jam 10 pagi. Murid Tahun Dua nak tengok TV, Tahun Empat pun sama. Apatah lagi Tingkatan Satu. Jadi, macam mana? Ada satu sahaja televisyen di rumah,” katanya.

Sehubungan itu, antara cadangan pelaksanaan dan penambahbaikan dikemukakan oleh Mohamad Ali adalah dengan mewujudkan pusat rujukan yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah bagi menangani masalah yang dihadapi pelajar, ibu bapa dan guru dalam melaksanakan PdPR.

“Pusat rujukan itu perlu juga mempunyai talian hotline untuk dihubungi dan pegawai yang bertanggungjawab khusus mengenai perkara ini,” katanya.

Selain itu, Mohamad Ali berkata, latihan dan pendedahan mengenai pelaksanaan PdPR juga seharusnya diberikan kepada ibu bapa dan guru.

“Guru sekolah rendah dan menengah berbeza PdPRnya. Buku elektronik pun berbeza penggunaan dan penilaiannya.

“Selain itu, saya juga mencadangkan agar pegawai pelajaran didedahkan PdPR di negara-negara yang telah lama menggunakannya supaya dapat diubahsuai dan diambil contoh yang baik untuk kita manfaatkan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah setahun pdpr..takkan mslh2 tuh xlvi dikenal pasti dan diperbaiki? Bongoks
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:19 AM | Show all posts
cikgu pun pening...

hari mula suh buat kenal diri

pastu terus buat keja

patut bagi la silibus dlu, budak2 mana reti nk tgk ebook ka hapa

cikgu malas
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu nak kejar silibus. Kelas online berapa jam saja seminggu berbanding kelas normal
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:28 AM | Show all posts
Kesian dah berbulan2 berlalu hingga nak hampir setahun pun masih tercari2 kaedah mana paling sesuai dan terbaik buat guru, murid dan ibubapa.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:34 AM | Show all posts
dah byk kali aku cakap sblm ni..bg puak2 teknokrat dan keparat ini..PENDIDIKAN TIDAK PENTING DAN NON ESSENTIAL
x caya lagiiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn smp jadi begini..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:16 AM | Show all posts
manehnya replied at 22-1-2021 09:19 AM
cikgu pun pening...

hari mula suh buat kenal diri

haa ni betul.

patutnya, hari pertama tu buat suaikenal.

satu kelas ada satu group, semua cikgu mata pelajaran perkenalkan diri dlm tu. lps tu kalau cikgu subjek nak buat group lain, terpulang. kat group khas tu boleh terangkan silibus ke apa2 keperluan untuk subjek tu.
pastu bagitau lah nak buat pdpr cara macam mana.


ini tak. cikgu senyap sunyi. bagi jadual. tiba terus hantar link youtube gini2, pastu bagi latihan.

cakap bnyk kang, ada lak yang komen, kau bukan cikgu...tk tau masalah kami..hmm..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 11:25 AM | Show all posts
sebenarnya, kementerian boleh buat perancangan dari awal dah. dari pkp pertama dulu dah buat satu team untuk benda2 gini. buatkah forecast, kalau pandemik ni berlarutan, apa perlu buat, pembelajaran mcmana. plan awal2.  ada plan A, Plan B, Plan C. ini sekali ketuk, sekali jalan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku ank 7 tgh pening kepala
Tolak yg sulung belajar kolej dan yg menengah dah ada hp sdr, yg lg 4 kena share 1 hp
Arini dia nak gi cari laptop plak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:50 AM | Show all posts
setakat ni rasanya yg sekolah menengah xde masaalah
yg masaalah adalah sekolah rendah
kebykan parents mengeluh sbb cg terus bg homework
ada yg xde penerangan
cam sekolah anak kaka 1st day kecoh juga sbb sorg guru kena cover 4 kelas jd ada student x blh joined cam kelas kimia atau bio, bisinglah parents dlm group, kesian kt cg2 sbb diaorg ni bkn aje kena ajar bdk F4 tp F5 utk tahun 2021 tp kena attend bdk2 F5 2020
kaka siap ckp kat anak bujang nsb baiklah muka dia x keluar misai bagai klu x cam brother2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-1-2021 11:25 AM
sebenarnya, kementerian boleh buat perancangan dari awal dah. dari pkp pertama dulu dah buat satu te ...

Cikgu dok pikir cmne nk dapat gred 54 sebelom pencen. Satu kementerian yg ramai gred tggi ptotnya byk otak bole guna tp nan hado hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-1-2021 11:16 AM
haa ni betul.

patutnya, hari pertama tu buat suaikenal.

Cikgu kalut nk pencen gred 54 je. Pastu nk tiktok, nk buat jualan atas talian lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 22-1-2021 10:28 AM
Kesian dah berbulan2 berlalu hingga nak hampir setahun pun masih tercari2 kaedah mana paling sesuai  ...

Ketua pengarah pendidikan pon dok senyap je. Cikgu lagi la senyap. Rugi2, bajet setiap tahun tinggi disebabkn nk bayar gaji cikgu2 je
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 22-1-2021 08:55 AM
Dah setahun pdpr..takkan mslh2 tuh xlvi dikenal pasti dan diperbaiki? Bongoks

So conclusion nye, stop la kasi bajet tggi2 dkt KPM tiap tahun. Tp hasil nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 22-1-2021 11:16 AM
haa ni betul.

patutnya, hari pertama tu buat suaikenal.

Tak boleh sslahkan cikgu jugak. Pihak atasan mungkin ya.. anak sy patut mendaftar 19/1.. notis 3 minggu sblm. Sy pun dah mohon cuti sebab ibu bapa saja yg mendaftar.. 18/1 keluar notis ditangguhkan atas arahan org atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 01:54 PM | Show all posts
zach2008 replied at 22-1-2021 01:42 PM
Tak boleh sslahkan cikgu jugak. Pihak atasan mungkin ya.. anak sy patut mendaftar 19/1.. notis 3 m ...

org atasan memang satu hal lah...benda boleh expect tapi kau diam2 tak buat long term plan.

yg cikgu satu benda simple je aku suruh utk 1st day tu.

suaikenal.

tu je.

kau tau, hari pertama tu ada satu subjek tu cikgu tak muncul2 sampai ke sudah.
ada parent tanya siapa cikgu subjek ni..krik2 je.. ater?


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 02:57 PM | Show all posts
Memang pening kepala, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang bekerja, jawabnya buat latihan yang diberikan oleh cikgu selepas balik kerja
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Susahnya jadi cikgu.
Susahnya jadi mak pak yg anak2 ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada anak 3 org n ksemuanya sekolah. Yg 2 org sek darjah 1 hari 5 hingga 6 subjek blm campo subjek sek agama. Ko ghaseeeee??????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094263 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list