CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2470|Reply: 18

Ratu cantik saman produk penjagaan kulit

[Copy link]
Post time 22-1-2021 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Ratu cantik saman produk penjagaan kulit

https://www.utusan.com.my/luar-n ... t/?utm_source=dable

Oleh HASIF IDRIS
18 Januari 2021, 9:00 am


WAJAH Mariama selepas memakai produk penjagaan kulit dari Switzerland. - AGENSI

MANHATTAN: Bekas pemenang ratu cantik dari Guinea memfailkan saman terhadap syarikat produk penjagaan kulit Swiss kerana didakwa menghancurkan kesihatan kulitnya serta kerjayanya sebagai model.

Oddity Central melaporkan, Ratu Cantik Afrika Barat, Mariama Diallo,25, yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik dunia itu sebelum ini mempunyai kerjaya yang cemerlang sebagai model peragaan.

Diallo pernah menjadi model bagi jenama besar seperti Nike dan Calvin Klein.

Namun, sejak dia mencuba produk penjagaan kulit baharu menyebabkan mukanya dipenuhi parut dan cela.

Sejak itu, dia berdepan kesukaran mencari kerja dan tiada syarikat yang mahu mengambilnya.

“Tiada sesiapa yang mahu mengambil saya dengan wajah sebegini. Ia sangat memberi tekanan. Saya tidak mahu sesiapa melihat wajah saya begini,” luahnya.

Mimpi ngeri Diallo bermula pada Januari 2018 selepas dia berpindah ke Manhattan dan sukar mendapatkan produk penjagaan kulit yang kerap dipakai dari Perancis.

Disebabkan itu, dia beralih ke jenama produk dari Switzerland, Makari De Suisse yang diyakini berkualiti.

Namun, produk yang digunakan itu menyebabkan jerawat teruk timbul pada mukanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 10:36 AM | Show all posts
produk timbang kati versi internasional kah?

tgk ig dia byk pkai model kulit itam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:38 AM | Show all posts
fuh..produk ummah swiss pun ada jd sampai gini eh?ke allergik?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeeiii dasatnya.. cian dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeeiii dasatnya.. cian dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 10:56 AM | Show all posts
Kandang bukan sebab product tapi dia sendiri tak perasan yang dia ada alahan kulit terhadap satu2 product menyebabkan sampai jadi macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
konsep nya know your own skin sistur..orang boleh suggest produk itu ini tapi kita je yang tau kulit kita camne..iols pon tak penah suggest brand instead iols suggest ingredient atau function produk..pandai2 la g cari sendiri nak jenis mana
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu sebelum pakai apa2 produk kena tgk ingredient dia dulu. mahal & branded x semestinya ngam dgn kulit kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ditaja atau pilih sendiri produk tu? Sbb tu setengah produk kena try dulu letak di tgn.. tgk ada allergic reaction tak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian dia
Skincare ni ikut keserasian dgn kulit kita
Mahal murah produk tu bkn penentu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:43 AM | Show all posts
dah macam pakai produk timbang kati...
iols dulu pun macamni la lepas pakai produk timbang kati... masatu takde awareness...

cuma takde la seteruk sheols ni dah macam kata puru
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:47 AM | Show all posts
Siannya muka tu smpi jadi gitu..berapa lama dia guna.. kot sekali guna x kan  terus jadi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. tp ni kira jerawat jenis kecik2 je ni.. nasib baik bukan jerawat batu jenis besar2 tu.. mau berlubang2 muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:33 PM | Show all posts
Kadang ingredient yang hat ni sesuai untuk orang ni, tapi tak sesuai untuk orang tu. Maybe alahan kot. Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 12:53 PM | Show all posts
"Namun, sejak dia mencuba produk penjagaan kulit baharu menyebabkan mukanya dipenuhi parut dan cela."
Ini mesti kes dah ada reaction kat kulit tapi masih pakai juga.. katanya perkara biasa kalau tukar produk baru.. pernah kena dan tak buat akan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kosmetik timbang kati beli dari cina lepas tu klaim produk Bmf ka ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 06:24 AM | Show all posts
Hmm.. skincare ni ikut keserasian kulit. Nak saman tak tau lah valid ke tidak, kecuali kalau produk tu ada kandungan yang tak sepatutnya.

Tapi kalau tahap macam ni dah jadi kulitnya, maknanya dia mungkin ignore initial reaction. Kalau cepat-cepat stop lepas ada reaction tak jadi macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ade mmber y taksub produk Mahal...dia gelak bila Aku bgtau y Aku pkai Garnier, dia kata produk murah, dia bli y rege ratus2 tp muka ttp mnggerutu n jeragat Makin tebal...tp dia xserik...Suh g jupe pakar xnk...mnggu lpas pkai produk lain pulak, dia nih bkn pkai produk international tp produk local y rege yahudi...kalu pkakai y branded international ok lh jgk.
.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli kat sopee agaknya lmaoooo
Akak tgk beribu2 sales produk fake tak tau la nak ckp berani betul acik2 pakai.

Kalau skincare the ordinary, kiehl's, trilogy mmg tak berani nak beli dr seller biasa kat sopee tu. Kalau mall berani la jugak, tp akak beli wardah je lagi murah dr kat watsons.

kalau dah mcm si datok liplip si bida tu  rasa2 dia tau ke menatang apa dia letak dlm produk?  Pengilang oem ni mmg takda etika, tu yg mercury pun ada dlm produk timbang kilo padahal si ponder2 ni bukannya tau ingredients pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.136581 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list