CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 2

Gajah Masuk Sekolah

[Copy link]
Post time 22-1-2021 08:55 AM | Show all posts |Read mode

Seekor gajah betina dewasa lingkungan usia 30 - 35 tahun dikesan menceroboh kawasan Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik selasa lalu. Gambar ihsan pembaca


Berita Harian

Mohd Rashidi Yusuf.
bhnews@bh.com.my

GERIK: Kerosakan pagar elektrik yang dipasang di sekeliling Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar dekat sini menyebabkan kumpulan gajah liar sering menceroboh ke kawasan sekolah itu sejak lebih sebulan lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Yusoff Shariff, berkata pagar elektrik itu baru dipasang November tahun lalu selepas menerima aduan pihak sekolah mengenai kehadiran kumpulan gajah.

Katanya, sejak pagar elektrik dipasang, kumpulan gajah terbabit berjaya dihalang masuk ke kawasan sekolah berkenaan.

"Bagaimanapun, pagar elektrik terbabit rosak menyebabkan kumpulan gajah berjaya masuk semula ke dalam kawasan sekolah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kehadiran seekor gajah betina dewasa berusia antara 30 dan 35 tahun ke dalam kawasan sekolah itu Selasa lalu.

Yusoff berkata, kehadiran gajah dewasa yang dipercayai hendak mencari makanan itu, sempat dirakam seorang lelaki yang berada dalam kawasan sekolah itu, namun haiwan itu tidak bertindak agresif.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 09:17 AM | Show all posts
gajah pun nak pg sekolah tak tahan belajar online. pandai gajah ni moga dh besar ada phd pisang goreng
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:01 PM | Show all posts
Dah tempat pun dekat dengan kawasan gajah liar nak macam mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.492129 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list