CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1579|Reply: 5

Azhan Rani Bangkit Kesedaran, Dah Derma Darah Sebanyak 35 Kali!

  [Copy link]
Post time 22-1-2021 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Aktiviti menderma darah sudah tidak asing buat pelakon, Azhan Rani. Malah, bintang drama Nur dan Nur 2 ini cukup dikenali dalam kalangan petugas Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur.


Azhan, 44, sudah mula terbabit aktiviti menderma darah sejak 2010. Hingga kini, dia sudah menderma darah sebanyak 35 kali.


Baharu mendermakan darah pada 18 Januari lalu, esok Azhan bersama rakan-rakannya dari kelab pendaki gunung dikenali Summit Attack Resources (SAR) akan melakukan kempen kemasyarakatan ini di PDN


Sebagai selebriti, Azhan berkata, dia sekadar menjalankan tanggungjawab untuk menyuntik kesedaran masyarakat serta mengajak rakan-rakannya yang berminat untuk menderma darah.




Foto: Harian Metro




"Sudah menjadi rutin saya kerap menderma darah di PDN kerana sedar bekalan darah sentiasa diperlukan untuk membantu menyelamatkan orang lain. Bagi saya, ini hanya sedikit sumbangan kecil yang dapat dilakukan.


"Ditambah, saya juga suka menderma darah kerana ia aktiviti yang sangat sihat. Dari asyik duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak boleh keluar bekerja, lebih baik saya ke PDN untuk menderma darah.


"Ada juga aktiviti yang sangat bermanfaat dapat saya lakukan untuk membantu orang yang memerlukan darah seperti menyelamatkan mangsa kemalangan serta mereka yang sakit. Lagi pun, selepas menderma darah saya akan jadi lebih bersemangat dan bertenaga," katanya.


Berbicara mengenai program derma darah akan disertainya itu, Azhan berkata, penting sebenarnya untuk menyedarkan masyarakat serta menggalakkan orang ramai supaya tampil menderma darah terutama dalam kalangan pendaki gunung.


"Malah, daripada maklumat yang saya peroleh memaklumkan sekarang ini pun PDN sangat memerlukan bantuan darah kerana bekalan semakin kurang.


"Selain itu, saya juga nak bantu hebahkan kepada orang ramai yang masih tidak tahu bahawa ketika negara masih PKP ini kita tiada masalah untuk hadir ke PDN bagi menderma darah.


"Apa yang lebih utama, kena pastikan dokumen untuk kebenaran merentas perlu dibawa, termasuk kad temu janji menderma darah. Malah, segala maklumat dikehendaki boleh didapati dalam laman web PDN," katanya.


Menurut Azhan, urusan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian dan sangat memudahkan. Selepas mendaftar, terus dapat slip temu janji untuk tarikh yang dipilih.


Azhan berkata, bagi kempen menderma darah bersama SAR itu, dijangkakan 15 pendaki sudah mendaftar diri untuk menyertainya.


Katanya, pasukan mendaki SAR juga sudah dikenalinya agak lama dan mereka pernah mendaki bersama ke Everest Base Camp (EBC) di Nepal pada Ogos 2019. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 10:59 AM | Show all posts
Pernah jumpa dia ni masa derma darah kat pdn. Dia buat aferesis, ambil platlet dengan plasma.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah tu mudah.. Gi pdn kena isi borang dulu wlpun dah bawa kad, yg buat temujanji kena tercongok jgk tunggu, tunggu plak dekat luar panas. Baik tak payah temujanni klu mcm tu.

Btw buku merah aku sampai ke sudah tak bagi. Dok tangguh2
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dulu rajin gak.pi derma darah
pastu ada penyakit n kena makan ubat tk bole derma dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 22-1-2021 11:37 AM
Ye lah tu mudah.. Gi pdn kena isi borang dulu wlpun dah bawa kad, yg buat temujanji kena tercongok j ...


i baru pergi PDN derma darah, petang Selasa 19/01 around 3pm..dah isi borang dan print siap butiran diri apa semua tu, slip temujanji pun print juga incase ada roadblock. Semuanya okay..mungkin juga rezeki masa tu, tak ramai orang pun, dalam 30 minit settle semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak parking hospital serdang berlapis2 lalu diclamp, maleh nk p
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.089277 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list