CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1708|Reply: 13

[Dunia] Serangan bom di Bali dan Jakarta: Setelah 18 tahun, Hambali dan 2 warga Malaysia

[Copy link]
Post time 22-1-2021 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Hambali, 2 warga Malaysia berdepan tuduhan rasmi AS

https://www.malaysiakini.com/news/559978

Diterbitkan 22 Jan 2021, 9:56 am



GLOBAL | Selepas hampir 18 tahun ditahan, tiga lelaki yang didakwa terbabit dalam serangan bom di Bali pada 2002 dan Jakarta - setahun kemudian - sudah berdepan pertuduhan rasmi di mahkamah AS.

Menurut kenyataan Pentagon hari ini, tentera AS sudah memfailkan dakwaan tersebut di tribunal tentera.

Ia didedahkan pada hari pertama Joe Biden memulakan tugasnya secara rasmi sebagai presiden AS.

Lelaki terbabit ialah warga Indonesia, Riduan Isamuddin - atau lebih dikenali dengan nama samaran Hambali - yang menjadi salah seorang pemimpin kumpulan Jemaah Islamiyah.

Dua lelaki lain ialah rakyat Malaysia, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin, yang juga orang kepercayaan Hambali dan pernah mendapat latihan di bawah kendalian kumpulan al-Qaeda.

Laporan AFP menyebut ketiga-tiga mereka berdepan pelbagai tuduhan termasuk melakukan konspirasi, membunuh dan terbabit dalam kumpulan pengganas.

Untuk rekod Hambali, Nazir dan Farik ditangkap di Thailand. Mereka kemudian ditahan lebih 14 tahun di Guantanamo Bay, Cuba.

Mereka dituduh melakukan pengeboman kelab malam di Bali yang mengakibatkan 202 orang maut pada 12 Okt 2002.

Mereka juga didakwa melakukan serangan bom di Hotel JW Mariot di Jakarta pada 5 Ogos 2003. Serangan itu menyebabkan 12 orang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Tidak dapat dipastikan mengapa AS mengambil masa begitu lama sebelum tribunal tentera AS di Guantanamo mengumumkan pertuduhan tersebut.

Pada 2016 Hambali pernah cuba mendapatkan pembebasan dari kem tahanan tentera AS itu namun ditolak kerana pendakwa berhujah, dia masih "menjadi ancaman signifikan kepada keselamatan AS".


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2021 11:10 AM | Show all posts
AS fail pertuduhan terhadap Hambali, 2 rakyat Malaysia

https://www.hmetro.com.my/global ... i-2-rakyat-malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 10:50 AM

AFP


Riduan Isamuddin atau Hambali

Washington: Pendakwa raya tentera Amerika Syarikat (AS) memfailkan pertuduhan rasmi terhadap ekstremis Islam Indonesia dan dua lagi individu yang terbabit dalam pengeboman Bali pada 2002 serta serangan di Jakarta pada 2003.

Pentagon berkata, pertuduhan itu difailkan hampir 18 tahun selepas ketiga-tiga tertuduh ditangkap di Thailand dan dikurung dalam penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba, lebih 14 tahun.

Pertuduhan pertama membabitkan ketua kumpulan jihad Indonesia Jemaah Islamiyah (JI) yang juga wakil kanan Al-Qaeda di rantau Asia, Riduan Isamuddin yang lebih dikenali sebagai Hambali.

Kumpulan terbabit mendalagi insiden pengeboman kelab malam di Bali pada 2002 yang membunuh 202 individu, dan serangan di hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003 mengorbankan 12 nyawa.

Menurut dokumen kes Guantanamo, dua pertuduhan lagi membabitkan rakyat Malaysia, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin, yang menjadi orang kanan Hambali dalam JI dan dilatih Al-Qaeda.

"Pertuduhan itu membabitkan konspirasi, pembunuhan, cubaan membunuh, dengan sengaja mendatang kecederaan, keganasan, menyerang orang awam, menyerang dan memusnahkan harta, serta melanggar undang-undang perang," kata Pentagon dalam satu kenyataan.

Pada 2016, usaha Hambali untuk dibebaskan dari Guantanamo ditolak kerana menurut pendakwa raya, militan itu masih ancaman kepada keselamatan AS.

Pertuduhan itu diumumkan pada hari pertama pentadbiran penuh Presiden baharu AS, Joe Biden.

Dalam perkembangan sama, tiada maklumat mengenai status 40 banduan lain yang masih ditahan di Guantanamo.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:23 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2021 07:27 PM

Syaitan nusantara sembahan lobai wannabe bbnu di waktu kegemilangan dia orang ni.

Untuk kes ini Ada beberapa orang Islam dikafirkan oleh lobai kerana mengkritik perbuatan jahanam dia orang ni.

Btw...mungkin sekarang lobai lobai tu semua juga telah sedar dan mereka juga akhirnya menjadi kafir sepertimana orang Islam yang pernah di kafirkan oleh lobai di waktu itu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:07 PM | Show all posts
Edited by zjen at 22-1-2021 08:11 PM

si bidin naik je terus datang berita camni  

weols kene berhati hati  ...   komander baru kulit hitam yg bidin lantik ni niat nak perang sgt garang


Lloyd Austin

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:10 PM | Show all posts
Tidak dapat dipastikan mengapa AS mengambil masa begitu lama sebelum tribunal tentera AS di Guantanamo mengumumkan pertuduhan tersebut.


Trump punya parting gift?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah start dah.....  If you know what i mean. Bau2 instigate.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-1-2021 11:23 AM
Syaitan nusantara sembahan lobai wannabe bbnu di waktu kegemilangan dia orang ni.

Untuk kes ini A ...

iols ingat dulu iols dikafirkan dgn dasyatnye sbb simpati dgn mangsa2 teroris lobai2 ni..dgn geng2 dlm forum kimarrkk ni la, lately dah kurang dah puak2 ni dlm forum cari ni, nmpk ramai da sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:40 PM | Show all posts
minyak dah tak laku... boleh angkut soldier2 balik dan focus electric car pula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 22-1-2021 04:07 AM
si bidin naik je terus datang berita camni   

weols kene berhati hati  ...   komander baru kuli ...

Tidak mahu join militan lawan yahudi?....Kata mahu perang
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 05:42 PM | Show all posts
Edited by zjen at 23-1-2021 05:49 PM
Dwdrum replied at 23-1-2021 01:51 AM
Tidak mahu join militan lawan yahudi?....Kata mahu perang

Trump ada chan lagi ...  tadi sedara iols bagitau ada penyokong dia wat citer ... sumpah presiden si bidin aritu tak sah,  cuma rakaman bideo je,   pasal takut angkatan riot Trump dtg serang lagi,  so just buat bideo lebih awal kat tempat lain dan bagi CNN wat citer palsu

sama spt dulu amerika wat bideo dlm studio tipu deols berjaya mendarat di bulan ... padahal sampai kang masih xde telor 'mendarat'  kali ke dua  

wlpon putar belit ... tapi kalu omputih mogok berkali kali sampai last berjaya tawan parlimen amerika,   citer ni dah boleh jadi 'sah'

semoga omputih teruskan perjuangan sampai titisan darah terakhir  

rampas balik jawatan komander dr tangan kulit hitam



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 08:01 PM | Show all posts
DAP PKR Amanah tak nak kasi tolong kaa sama mcm dia org "NAK" tolong geng LTTE.....geng 36,21,08, 24,04,Apachee, 18 ??
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:20 PM | Show all posts
Berharap jangan balik ke Malaysia lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:21 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 22-1-2021 04:35 AM
iols ingat dulu iols dikafirkan dgn dasyatnye sbb simpati dgn mangsa2 teroris lobai2 ni..dgn geng2 ...

Lobai mana cerdiknya, tetapi mereka mau semua orang menjadi seperti mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:34 PM | Show all posts
zjen replied at 22-1-2021 04:07 AM
si bidin naik je terus datang berita camni   

weols kene berhati hati  ...   komander baru kuli ...

Baguslah semoga dia sapu bersih semua pengganas yang tunjuk alim ni ..membunuh orang ramai kerana ingin Shortcuts ke syurga!

Bodoh punya pengganas!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069284 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list