CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1586|Reply: 15

[Tempatan] Najib perlu nafi terlibat agenda nak jatuhkan PM - Pemimpin Bersatu

[Copy link]
Post time 22-1-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Najib perlu nafi terlibat agenda nak jatuhkan PM - Pemimpin Bersatu

https://www.malaysiakini.com/news/559950

Diterbitkan 21 Jan 2021, 10:49 pm
Dikemaskini 21 Jan 2021, 11:09 pm



Bekas perdana menteri Najib Razak "perlu berlaku jujur" apabila mempersoalkan kenapa darurat di Malaysia melibatkan penggantungan Parlimen, bidas Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu Hashim Suboh.

"Berhentilah berpura-pura tidak tahu, terus membaling batu sambil menyembunyikan tangan.

"Beritahu rakyat Malaysia di negara manakah ada ahli-ahli parlimen yang 'gila' nak menjatuhkan PM dan kerajaan sendiri 'segila' sebilangan ahli-ahli parlimen di Malaysia tanpa mengira waktu," soal Hashim pada hantaran di media sosial hari ini.

Hashim mengulas 'cabaran' Najib kepada Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam yang meminta menteri kewangan menamakan sebuah negara dalam dunia yang menggantung parlimen atas alasan mahu menghadapi Covid-19.

"Perlu jujur, bro. Rugilah negara-negara lain tak gantung parlimen jika benar bahawa langkah ini boleh kuatkan ekonomi," kata Najib.

Dalam pada itu, Hashim menyoal sekiranya Najib terbabit dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu itu.



"Sejujurnya, bolehkah Dato Seri (Najib Razak) menafikan penglibatan Dato Seri dalam sebahagian agenda untuk menjatuhkan perdana menteri ketika kerajaan sedang fokus berdepan dengan pandemik Covid-19 ini?

"Apakah rasional untuk memaksa peralihan kerajaan atau pilihan raya umum diadakan ketika Covid-19 ini sedang menggila?

"Saya yakin Dato Seri juga tidak berlaku jujur kepada rakyat dan negara pada ketika ini," dakwa pemimpin Bersatu itu.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

Kata Najib semalam, Malaysia satu-satunya negara dalam dunia menggunakan alasan Covid untuk gantung parlimen.

"Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung parlimen (bukan tunda sesi parlimen) selama tujuj bulan," kata bekas perdana menteri lagi.

Sebelum darurat, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 9 Jan mengesahkan majlis tertinggi (MT) parti itu baru-baru ini bersetuju pada dasarnya untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Bersatu.



Pendirian itu, kata Zahid akan dimuktamadkan dalam perhimpunan agung Umno (PAU) pada 31 Jan ini.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 189 daripada 191 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU ke-15 dan usul ini bakal dibahas pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang mana sebelum proklamasi darurat dijadual bakal berlangsung hujung Jan ini.

Setiausaha agung BN yang disingkir, Annuar Musa kemudian menyangkal angka itu dan mendakwa berdasarkan maklumat yang diterimanya, hanya 99 bahagian yang membuat keputusan itu.

Bagaimanapun, dengan pelaksanaan darurat dan PKP, PAU ditunda ke satu tarikh lain dan ini menangguhkan pendirian Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Pada 12 Jan lalu, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nazri mengikut jejak langkah dua ahli parlimen Umno MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan MP Machang Ahmad Jazlan Yakob yang dilapor menarik sokongan terhadap PN.

Nazri hari ini mempertahankan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang mengutus surat menggesa ahli parlimen parti itu mendesak agar sidang khas parlimen diadakan.

Kata Nazri ketika ini negara ditadbir oleh kerajaan minoriti. Justeru katanya segala keputusan yang dibuat parti perlu dipatuhi semua ahli parlimen Umno dan BN.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 10:53 AM | Show all posts
Bodonya la Malaysiakini ni

apa perlunya dia nak nafi ka ngaku ka

atok saka pun sampai sekarang tak pernah nak ngaku
dia jatuhkan Najib guna fitnah dan menipu

bodo yang amat
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:06 AM | Show all posts
dizekni replied at 22-1-2021 10:53 AM
Bodonya la Malaysiakini ni

apa perlunya dia nak nafi ka ngaku ka

Najib dijatuhkan melalui pilihanraya lah dijek oiiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:10 AM | Show all posts
najib pun kena la jujur psl 1mdb.........psl bg surat kt agong nk jatuhkan abah kau......
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:26 AM | Show all posts
axl_bach replied at 22-1-2021 11:06 AM
Najib dijatuhkan melalui pilihanraya lah dijek oiiiii.....

Pilihanraya jadi alat je

dah puluh tahun dirancang macam2 nak jatuh
guna cara jahat

zeti masih belum mula disiasat

banyak lagi belum disiasat
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tau nampak sangat jibby dan zahid takut dgn kes mahkamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 11:49 AM | Show all posts
Nampak sgt nak lepas kan tengkuk masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
desakkan utk melepaskan tengkuk dan mengenyang perut politaik. Yg mengerakkan semuanya ada cerita buncitkan perut, yg tukang ikut tu aku x paham... nak kata benak, sekolah bertingkat2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dah najib yg pecat muhyidin dulu. ganti pulak dgn zahid.
jd, skrg gigih dua2 nk jatuhkan muhyidin sekali lg.
semua nk tunggu kesudahan kes mahkamah najib dan zahid.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 03:39 PM | Show all posts
muhyiddin & kabinet pn mmg patut dijatuhkan pun.

dah berapa lama pkp, pkpb, kes aktif covid dah 45k, hospital covid penuh, yg positif pun kena duduk rumah jaga diri sendiri, ada yg inform kkm pun tak dilayan, kes kematian tiap2 hari, ada yg mati bunuh diri katanya sbb positif covid, pergi bank nak withdraw duit utk rawatan dkt private hospital, blablabla

hujung2 pm lulus peruntukan utk dewan org ramai dkt johor sana

ada lagi yang nak membacking kerajaan lahanat ni?

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarla..bukan dia suruh demonstrasi bagai pon  dia nak jatuhkan pm melalui parlimen. mmg negara amal demokrasi berparlimen pun...lainla dia ajak raykat turun dijalanan golek golek guling guling
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 04:25 PM | Show all posts
Makcik Zett wajib disiasat. Jangan adik2 ingat apabila memakai baju kurung saja tidak pandai bebuat  tidak baik,..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 04:27 PM | Show all posts
Sudah darurat pun masih tidak mampu menurunkan jumlah angka kovid.. selayak dijatuhkans saja ketajaan PN itu.. Hanya tahu bermain nombor yang boleh dicipta sesiapa saja.
Pilih saja angka apa yang bertuah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 22-1-2021 11:06 AM
Najib dijatuhkan melalui pilihanraya lah dijek oiiiii.....

Sapa ckp jibun kalah pilihanraya? MP pekan org bersatu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-1-2021 10:07 PM
Sapa ckp jibun kalah pilihanraya? MP pekan org bersatu ke?

Hahahaha, dijatuhkan dari jadi kerajaanlah maksudnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:46 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 23-1-2021 03:39 PM
muhyiddin & kabinet pn mmg patut dijatuhkan pun.

dah berapa lama pkp, pkpb, kes aktif covid dah  ...

saja nak bagi peringat kat parti pelupa.

kes 2019 masih pending walaupon dah jelas lagi nyata.
cuma abah pengkhianat blom nak trigger je.

>baca sini kenapa umngok layak dibubarkan<

itu last choice.
opkos abah akan buat cara lembut pujuk ahli2 umngok
serap masuk bersatu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.303230 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list