View: 1305|Reply: 12
|
[Tempatan]
Top Glove buka tawaran 9,000 jawatan kosong
[Copy link]
|
|
Top Glove tawar 9,000 kerja untuk rakyat Malaysia tahun ini
Bernama
Januari 22, 2021 12:20 MYT
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menawarkan sebanyak 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan sepanjang 2021 bagi membantu menangani pengangguran di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut berharap dapat mencapai sasaran tersebut menerusi kempen pengambilan pekerja selama setahun yang dimulakan dengan Pameran Kerjaya Top Glove Secara Maya, esok (23 Januari).
"Program itu bertujuan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang baharu tamat pengajian universiti, institusi vokasional selain pekerja am di Malaysia.
"Ini membabitkan masing-masing sebanyak 4,000 jawatan untuk pekerja tempatan; 2,300 jawatan untuk lulusan baharu universiti dan vokasional teknologi; 2,000 pelatih latihan industri dan pelatih serta 700 pekerja yang berpengalaman, " katanya.
Menurut Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow, program tersebut diharap dapat membantu mereka yang sedang mencari kerja untuk mendapatkan kerjaya yang memberi manfaat.
"Kami juga berbangga dapat membantu serta menyokong rakyat Malaysia dengan menawarkan pekerjaan ini yang turut menjadi antara usaha penting bagi membolehkan ekonomi dan sosial negara kembali pulih daripada pandemik ini," katanya. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kluster tempat kerja himpit2 sesak sardin dasar kapitalis.
|
|
|
|
|
|
|
|
4000 tu jwtn operator la ye? |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak kaver staff TG yg sesak napaih sbb cobid..
TG tu kena samak dulu 7 kali, baru orang berani nak pegi kut..
virus tu dah berumah tangga kat serata kilang TG |
|
|
|
|
|
|
|
cari rezeki vs cari penyakit.... |
|
|
|
|
|
|
|
TG kena buat syarat nak kerja kena vaksin dulu |
|
|
|
|
|
|
|
hah..mana yang bising2 TG amik pekerja asing ri tu...pergi la apply. aku nak tgk, larat ke tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Buat2 nak nampak suci ke ni bagi derma la bagi peluang pekerjaan la |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul....dah la siap ada kluster sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi sesiapa yang tengah mencari kerja, boleh cuba kerja dengan TOP Glove, pengilang sarung tangan no. 1 dunia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Layanan dan benefit cantik tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
Naik la saham tg next week ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|