CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2731|Reply: 20

[Tempatan] Dr Mahathir tak setuju kuarantin kendiri buat pesakit Covid-19

  [Copy link]
Post time 22-1-2021 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Dr M tak setuju kuarantin kendiri buat pesakit Covid-19

https://www.malaysiakini.com/news/560025

Diterbitkan 22 Jan 2021, 2:49 pm


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menasihatkan kerajaan supaya mempertimbangkang semula arahan supaya pesakit positif Covid-19 yang tidak bergejala menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.

Katanya, tindakan itu adalah tidak efektif untuk membendung jangkitan berkenaan dan memberi situasi bahawa seseorang pesakit mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjangkiti ahli keluarganya yang lain.

“Jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti. Maka lebih ramailah yang terjangkit. Sepatutnya mereka dimasukkan ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga.

“Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah,” katanya dalam satu catatan di blognya hari ini.



Dr Mahathir yang merupakan seorang bekas pengamal perubatan menceritakan bagaimana seorang daripada ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19 tidak dapat dimasukkan ke hospital kerana tidak mengalami gejala yang teruk.

Individu tersebut diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah. Namun dia dimasukkan ke hospital apabila keadaannya menjadi teruk sehingga sukar untuk bernafas.

“Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli (keluarga lain) di rumah.

“Saya percaya dia tidak dapat dimasukkan (ke) hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4,000 dikesan,” katanya yang merujuk kepada kes positif baru sejak kebelakangan ini yang beberapa kali melepasi 4,000 kes.



Pada 20 Januari, kes positif mencatatkan 4,008 kes baru iaitu angka harian kedua tertinggi selepas 4,029 kes pada Sabtu lalu.

Arahan kuarantin kendiri bagi individu tidak bergejala itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada hujung Disember lalu susulan masalah kekangan katil.

Ia berikutan peningkatan kes yang mencecah empat angka setiap hari.

Mengulas lanjut, Mahathir yang juga adalah ahli parlimen Langkawi berkata terdapat banyak cara yang mengurangkan kes jangkitan di negara ini.

Katanya, berdasarkan gambar yang diperoleh menunjukkan jarak katil yang saling berdekatan di tempat kuarantin akan turut menyebabkan jangkitan merebak.



“Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan. Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai kerajaan.

“Khidmat ketua pengarah kesihatan amat dihargai. Tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 03:21 PM | Show all posts
semua x setuju dia ni. apa masalah dia ea... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi betul gak....contohnya...kluster pasai tu...drp 1ore...dh dkt 1000 dh positif(takat smlm)....dgn 1 kematian.Nampak tak betapa...bahayanya...dan ada benarnya perkara ini...dan amat2 perlu diteliti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:35 PM | Show all posts
Dia nak mintak kerajaan sewakan bilik or hotel la tu.. macam memula dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:45 PM | Show all posts
Klu tak setuju pun bg lah cadangan yg boleh digunapakai...kata ada cara lain. Idea pun nak berkira ke..

By the way aku pun agak tak senang hati tgk jarak katil yg agak rapat kat pusat kuarantin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata kalo dah sama sama positif dah tak boleh saling mengjangkiti..so kat pusat kurantin tu x kisahlah brp byk katil sumbat kan semoga kita semua dijauhi dr covid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 04:19 PM | Show all posts
yusryimran replied at 22-1-2021 03:21 PM
semua x setuju dia ni. apa masalah dia ea... hahaha

then kau tgok lah apa jd pd negara skrg gara2 setuju dgan gomen PN... kes makin menurun ka ??? yg psal kena kuarantin kt rumah tu mmg betul sgat 99999% pun... kalau kena kuarantin sebelum tggu result covid ok jugak, ini dh confirm positif covid pstu kena kuarantin kt rumah sendiri... kalau tggal sorg xpela jugak, ini nk bg covid berjangkit pd ahli keluarga lain ke ?? akal ada ke KKM n MKN under gomen PN ni ???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku dah hilang respek ngan org tua Ni, part ni aku setuju.. byk kluster mmg Dr dia org nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 22-1-2021 05:07 PM
Walaupun aku dah hilang respek ngan org tua Ni, part ni aku setuju.. byk kluster mmg Dr dia org nih. ...

ala dulu masa kita suh sekat kedatangan pelancong china
dia kata tak boleh
depa tu ramai nak sumbat kandang lembu kaaa


jgn buat2 lupa pulak ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke pakai macam gps tracker dekat yang positif. Keluar je rumah polis call, kalau tak de alasan kukuh kena denda. Aku tengok korea dulu buat macam tu. Handphone jadi gps tracker. Kena on 24/7. Kalau letak himpit2 di maeps pon macam susah dan bahaya.
Kem2 plkn tu tak nak dijadikan pusat kuarantin je?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik2 makcik2 memang sukar sangat nak kuarantin kendiri. Terutama yang tak bergejala tu. Rasa diorang sihat, result swab tu salah. Yang muda2 pun sama jua.
True story.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tuh....dah kuarantin dlm umah anak peluk mak, mak peluk laki, tidur 1 bilik....yg +ve elok dok umah yg contact rapat bertaburan sebar covid kt org lain plk
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt pusat kuarantin tu ada ekon x? Hazabnya kalo panas nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 22-1-2021 07:59 PM
ala dulu masa kita suh sekat kedatangan pelancong china
dia kata tak boleh
depa tu ramai nak s ...

Haah, btol tu....sbb tu kes mencanak dekat 200k skang ni, sbb x sekat pelancong PRC lah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
fuyupoktek replied at 22-1-2021 08:30 PM
Kt pusat kuarantin tu ada ekon x? Hazabnya kalo panas nauzubillah

Kan dah ramai share dkt maeps tu sejuk nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 22-1-2021 07:59 PM
ala dulu masa kita suh sekat kedatangan pelancong china
dia kata tak boleh
depa tu ramai nak s ...


Celupar2 mulut dia pun kes makin turun, smpai 11hari xde kes baru time dia jadi pm..now zaman PM abah prihatin berpenjana baca doa syahdu dlm tv new case naik smpai 4k sehari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 22-1-2021 07:59 PM
ala dulu masa kita suh sekat kedatangan pelancong china
dia kata tak boleh
depa tu ramai nak s ...

Walaupun madet ckp macam tu, airline seperti air asia dr awal menyekat penerbangan dr china. Sebab tu masa tu boleh hanya 22 kes utk 2bln tanpa ada kluster utama
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:23 PM | Show all posts
aku syorkan kita kuarantin pesakit corona didalam kandang lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:37 PM | Show all posts

.. saya dah tak admire TDM ni...tapi kali ini apa yg dia cakap 100%  betul ....

rasanya sampai masa kerajaan dan KKM  berbincang dengan  pihak pihak yg boleh memberikan pandangan bernas  ... banyak kepala lebih baikdari 2-3 kepala... tapi janganbanyak kepala sangat laa .....

dah tak terbendung .. bila pesakit dah tak boleh dimasukkan ke hospital utk rawatan sepatutnya, kadar kematian akan meningkat .... dan juga kadar jangkitan akan meningkat laju  ....sesama ahlikeluarga .. dan kepada publik kalau yg +ve tu tak disiplin kuarantin diri ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 22-1-2021 11:03 PM


KKM perlu tukar teknik ujian Covid 19, cadang bekas menteri

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONJanuary 22, 2021 1:38 pm0


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa kerajaan perlu menggunakan teknik Rapid Test Kit (RTK) Antigen atau kit ujian pantas untuk tujuan diagnosa Covid-19 ekoran peningkatan kes yang semakin tidak terkawal.

Beliau berkata, dengan kadar positif yang dijangkakan kurang dari lima peratus oleh WHO, Malaysia perlu meningkatkan kapasiti ujian sehingga 200,000 sehari dengan menggunakan kit pantas RTK Antigen.

Namun menurutnya, kerajaan gagal berbuat demikian kerana masih menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) yang mengambil masa lebih dua hari untuk mendapat keputusan ujian.


“Namun @KKMPutrajaya masih tidak mendapat mesej besar kita.

“Dengan 4000 kes setiap hari, Malaysia perlu meningkatkan ujian. Mengikut kadar positif kes oleh WHO yang kurang dari 5 peratus, kita perlu melakukan 200,000 ujian. Bolehkah teknik PCR lakukan sebanyak itu?

“Bolehkah @KKMPutrajaya buat 200,000 ujian PCR? Tak boleh, dan tak akan boleh sebab kita sedang buat ujian pengawasan dan bukannya diagnosis klinikal. Kita memerlukan RTK-Antigen yang cepat dan murah,” katanya dalam satu siri Tweetnya hari ini.

Dzulkefly berkata, dengan menggunakan kit ujian pantas, orang ramai boleh memperoleh hasil keputusan pada hari yang sama selepas ujian.

Berbanding menggunakan PCR katanya, keputusan akan dapat diperoleh hanya selepas tiga hari.

“Jujur, saya mula curiga mengapa mereka berkeras mahu menggunakan PCR untuk pengawasan. Jika pengawasan menggunakan ujian PCR, maka ini senario dia:

“Hari pertama buat ujian, hari ketiga dapat keputusan. Hari kelima hubungi kes, dan hari ke enam hingga tujuh, jemput pesakit dan asingkan mereka,” tambahnya lagi.

Sementara itu beliau berkata, untuk menangani gelombang ketiga wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan perlu meningkatkan kecepatan keputusan ujian dan menambahkan kapasiti ujian dengan menggunakan RTK Antigen.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.086547 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list