CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4868|Reply: 35

[Tempatan] Pemimpin Armada ditangkap miliki 1.5 kg ganja

[Copy link]
Post time 22-1-2021 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-1-2021 08:55 PM

Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar
Hariz Mohd
Diterbitkan 22 Jan 2021, 3:34 pm


Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Dia berkata polis bertindak setelah mendapat maklumat awam dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyebu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama.

"Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

"Kami juga menemui daun kering ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas," kata sumber lagi.

Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM60,000.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama ahli politik ini kecuali dia telah didakwa, memandangkan dia masih sebagai suspek dan tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan.

Suspek juga tidak memegang apa-apa jawatan yang diraih secara undian dalam Bersatu. Dia merupakan ahli lantikan dalam sebuah biro dalam Armada.

Ketika PRU 2018, dia menjadi calon Bersatu di kerusi Parlimen di Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kes ini dan ia di bawah siasatan polis Kuala Lumpur.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin dan sedang menunggu maklum balasnya.

Ini bukan kali pertama seorang tokoh Bersatu disiasat atas kes berkaitan dadah.

Pada Januari tahun lalu, Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah merupakan antara yang ditahan dalam satu serbuan berkaitan dadah di Kuala Lumpur.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada mulanya berkata 16 (daripada 17) yang ditahan di sebuah unit kondominium setelah mereka diuji positif dadah. Dadah jenis ketamine dan ganja turut ditemui di unit tersebut, katanya.

Dua bulan kemudian dan setelah pertukaran kerajaan, pihak berkuasa memaklumkan laporan patologi Adhif mendapati ujian air kencingnya negatif dan Pejabat Peguam Negara mengarahkan semua siasatan diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk jangka apa kalau dari stok mat rempit, bdk club.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 04:35 PM | Show all posts

Ahli perniagaan proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Kumara Sabapatty -
22 January 2021


KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis.

Suspek yang juga seorang ahli politik berusia 35 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di Fraser Business Park, Pudu di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pasukan polis menahan suspek itu sekitar jam 1.45 petang.

Hasil pemeriksaan, polis merampas 40 botol mengandungi 400 milimeter (ML) cecair dadah beserta wang tunai RM250 serta sebuah motosikal.

“Hasil daripada tangkapan itu, kami membuat satu lagi serbuan di rumah suspek yang terletak di Ampang, Selangor sekitar jam 1 pagi semalam dan berjaya membawa kepada penemuan tujuh pokok ganja serta dua anak pokok ganja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Saiful Azly, pemeriksaan lanjut polis turut berjaya merampas 1,500 gram ganja, cecair ganja (3,000 ML), cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja serta sebuah kereta BMW disyaki milik suspek berkenaan.

Tambah beliau, kesemua rampasan di rumah suspek dianggarkan berjumlah RM60,760 melibatkan pokok ganja bernilai RM4,500, ganja bernilai RM3,000 serta cecair dadah bernilai RM53,100.

Hasil soal siasat polis ke atas suspek mengaku terbabit dalam kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu.

“Polis juga difahamkan suspek telah menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran jenis ganja dan ketamin sebelum menjual di luar pada harga RM300 sebotol,” katanya.

Suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 27 Januari ini untuk membantu siasatan lanjut polis di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama.- MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 04:48 PM | Show all posts
sekarang ni melayu ramai tokan dadah...pd pendapat aku, setiap penagih dan pengedar dadah, lebih2 lagi bumiputra, perlu di tarik balik hak2 keistimewaan bumiputra pd individu terbabit...dan di beri IC dgn kaler hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat parti dadah armada ada penampakan kereta menteri sampai ke sudah senyap, sapekah menteri penuh misteri ittew
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 Attorney General Chamber kasi NFA...

Buatkan aku pikir sejenak, sebenarnya bukan masalah polis tak siasat...tapi Jabatan Peguam Negara yag bias...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2021 05:15 PM | Show all posts
sapa dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 22-1-2021 05:08 PM
Hujung2 Attorney General Chamber kasi NFA...

Buatkan aku pikir sejenak, sebenarnya bukan masalah  ...

Idok ler rasanya. Kan Zahid merempan suh PM masuk campur kes dia kat mahkamah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg nama pangkal AA tu keww...xsangka ye muke nerd tp tokan dadah rupenye....hahaha!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2021 06:16 PM | Show all posts
Armada serah pada polis siasat ahli biro ditangkap kes ganja
Diterbitkan 22 Jan 2021, 6:05 pm

Pemuda Bersatu (Armada) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana ahlinya yang didakwa melakukan kesalahan.

Sebarang salah laku di kalangan ahli juga akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib, kata Armada lagi dalam kenyataan hari ini.

Ia susulan laporan berhubung seorang ahli sebuah biro sayap parti itu yang ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

"Armada mengambil maklum mengenai laporan media yang tular berkenaan individu yang ditahan kerana pemilikan bahan narkotik.

"Kami ingin mengesahkan bahawa tiada dalam kalangan 'kepimpinan Armada' telah ditahan seperti dilaporkan.

"Kami dengan ini menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang," kata Armada.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan sumber memberitahu suspek ditahan tengah hari Rabu lalu di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyerbu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama dan turut menahan isterinya dan seorang warga asing dipercayai pembantu rumah.

Menurut sumber lagi, polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu dengan anggaran nilai kira-kira RM60,000.

Ketiga-tiga individu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 22-1-2021 05:37 PM
Yg nama pangkal AA tu keww...xsangka ye muke nerd tp tokan dadah rupenye....hahaha!!!

Azwan Ali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyooooo armadadah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Biro yg mana
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut sumber

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 22-1-2021 06:26 PM
Azwan Ali ke?

Ko sekolah ke tak
Sempudal tu mana reti nk isap dadah ,dia isap konek je kan..haha!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokan dadah bertopengkan pejuang masyarakat.


Jijik sial. Anjing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jijik org2 mcm nie
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau salah, kasi gantung je terus
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
39B kan?.... So kalau sabit kesalahan jawabnya tali gantung lah.... Maid rasanya lepas
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 22-1-2021 07:01 PM
Ikut sumber

Nama bapa sama nama macam pemimpin Amanah je.kat Perak jugak. Ada kena mengena ke atau kebetulan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.084540 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list