CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1084|Reply: 2

All Chicken World Saji Ayam Goreng Korea Sentuhan Malaysia

[Copy link]
Post time 23-1-2021 12:56 PM | Show all posts |Read mode

Pengusaha premis makanan, Amran Abd Hamid


Berita Harian

KUALA LUMPUR: Penangan dan fenomena drama Korea atau K- Drama saat ini bukan sesuatu yang pelik.

Malah sejak sekian lama, daripada pelbagai lapisan umur, boleh dikira semua golongan meminatinya.

Ketika era pandemik ini pun, saat membiasakan norma baharu duduk di rumah, pelbagai judul drama Korea muncul sebagai 'juadah' santapan di pelbagai platform termasuk yang distrim.

Lalu atas paksi berkenaan juga pengusaha premis makanan terkenal, Amran Abd Hamid, 47,muncul dengan jenama ayam goreng sendiri dipanggil All Chicken World (ACW) sejak September tahun lalu.

Mengakui antara peminat setia K-Drama, pemegang sarjana muda Pentadbiran Korporat di ITM Shah Alam ini terdorong memasarkan ACW.

"Tak boleh dinafikan permintaan masyarakat terhadap apa saja dari Korea itu ada di negara kita. Termasuklah dramanya yang mampu merentap emosi dan mencuit hati.

"Barisan pelakon wanita dan lelaki mereka pun memang menawan. Saya ini setakat minat dramanya saja, nak ingat nama pelakon wanitanya nanti isteri pantau pula," selorohnya.

Amran yang terlebih dahulu mengusahakan jenama Penyet Penyet.com (dulu dikenali dengan nama Dapur Penyet) sejak 11 tahun lalu optimis dengan jenama ayam gorengnya itu.

"ACW diinspirasikan daripada ayam goreng dari Korea tapi pastinya dengan sentuhan Malaysia serta diyakini halal. Kita pasarkan drummet ayam sebagai sajian snek ringan.

"Sebelum ini kerisauan saya untuk mendapatkan ayam goreng enak dari Korea di Malaysia timbul kerana belum pasti sama ada halal atau sebaliknya.

"Apabila mengusahakan sendiri, saya boleh pastikan ACW boleh dinikmati tanpa was-was. Ia tidak menggunakan ayam yang diimport atau sejuk beku. Kita gunakan ayam tempatan dan segar yang disembelih di pusat penyembelihan bertauliah," katanya.

Menurut Amran lagi, antara menu tarikan ACW termasuklah Jinjeong Set yang mempunyai lapan ketul ayam penuh limpahan cheese dan pedas.

"Kita juga tawarkan set Daebak Set, Gajong Set, Chingu Set selain Party Set. Jika tekak teringin ayam goreng Korea, pastikan ACW jadi pilihan. Rasanya memang 'terangkat'.

"Tak perlu nak terbang ke Korea untuk menikmati semua ini di rumah. Jimat kos, apatah lagi nak rentas negara pun tak boleh sewenang wenangnya," katanya.

Kata Amran lagi, ketika ini ACW mempunyai dua kios fizikal di Alamanda, Putrajaya. Selain itu, wujud lebih lima tapak 'virtual kitchen' di beberapa lokasi di Ampang, Alam Damai, Alam Sentral dan Batu Caves.

"Seiring dengan norma baharu memang ACW saat ini memberi tumpuan kepada bisnes dalam talian. Dibantu dengan platform dalam talian serta aplikasi penghantaran seperti Food Panda dan Grab Food, makanan yang datang kepada anda semua.

"Biarpun perniagaan sedikit terjejas dengan pandemik semasa, terdapat peningkatan ketara jualan untuk 'online delivery' dengan lebih 30 peratus peningkatan setiap tahun.

"Malah satu kios boleh dianggarkan berjaya mendapat jualan dalam RM90,000 sebulan. Hampir separuh daripada jualan itu datang daripada transaksi dalam talian," katanya yang turut merancangkan mengembangkan ACW ke seluruh negara.

Atas kejayaan kios fizikal di Putrajaya juga menjadi titik tolak untuk pihaknya mengalu alukan pembabitan masyarakat untuk menjana pendapatan ketika dunia sedang diuji.

"Kami mahu mengajak mereka termasuk golongan suri rumah di luar sana menyertai cabang bisnes makanan dengan membuka francais baru. Kita akan sediakan kios lengkap dan ilmu kepada yang berminat dengan modal rendah.

"Ketika ini 'central kitchen' kita di Alam Damai menyediakan bekalan untuk disalurkan ke kios dan 'virtual kitchen'"Bagi yang berminat untuk turut serta boleh ke Instagram @allchickenworldmalaysia atau www.penyetpenyet.com dan tekan butang 'business opportunity'," kata Amran yang turut me-nerima Anugerah BrandLaureate Bestbrands bagi kategori Brandleadership E Branding 2020 bagi perniagaan Penyet Penyet.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 04:58 PM | Show all posts
Banyak sungguh cheese..
Mudah sungguh mencipta makanan di malaysia ini letak saja chesee sehingga tidak nampak makanan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam pedas korea tu senang je buat.tumis garlic dgn butter pastu tuang sos korea adabi.kalau ai tambah madu sbb sos tu pedasss
Sgt senang ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.110095 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list