CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 0

'Faizal, Jangan Jual Proton Persona Itu' - Dr Zulkifli

[Copy link]
Post time 23-1-2021 12:59 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Faizal bagi membiayai kos rawatan isteri di hospital di kediamannya di Klang. FOTO ihsan Twitter Dr Zulkifli


Harian Metro

Samadi Ahmad
am@hmetro.com.my

Putrajaya: "Kereta ini sudah pasti banyak kegunaan dan terus digunakan, tidak perlu dijual," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Melalui ciapan di Twitternya hari ini, Zulkifli berkata, beliau berkesempatan bertemu dengan Mohd Faizal Wahid, 40, di kediamannya di Klang bagi menyampaikan bantuan.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan dan negeri sentiasa bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan.

Katanya, beliau mengetahui mengenai hasrat Mohd Faizal untuk menjual Proton Personanya bagi menampung perbelanjaan rawatan isterinya di hospital.

"Saya sudah arahkan Skuad Jejak Asnaf Baitul Mal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuat tinjauan bagi mengesan keluarga ini semalam," katanya.

Turut hadir pada penyampaian sumbangan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP Ahmad Shukri Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP Zabidi Nasan.

Harian Metro semalam melaporkan, Mohd Faizal memuat naik hantaran melalui Facebooknya mahu menjual Proton Persona miliknya bagi menampung kos pembedahan isteri, Siti Hawa Alias, 39, yang menghidap barah di Hospital KPJ Selangor Specialist Medical Centre, Shah Alam, Selangor.

Siti Hawa dijangka menjalani pembedahan pada Isnin ini dengan kos kira-kira RM22,000.

Setakat ini, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyumbang RM10,000.

Zulkifli berkata, memandangkan Mohd Faizal tinggal di Klang, laporan itu sudah dipanjangkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk tindakan susulan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu pejabat MAIWP dan LZS atas tindakan pantas membantu keluarga berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.317348 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list