CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6742|Reply: 80

[Dunia] Khazanah kita di bumi asing. Manuskrip alam Melayu termasuk surat rasmi raja-raj

  [Copy link]
Post time 24-1-2021 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Khazanah kita di bumi asing
MyMetroUtama



Oleh Muhammad Saufi dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ribuan manuskrip alam Melayu dikatakan bernilai puluhan juta ringgit tersimpan di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Antaranya ialah di British Library, London, United Kingdom; Muzium Topkapi, Istanbul, Turki; Muzium Leiden, Belanda selain Portugal.

Manuskrip alam Melayu ini terdiri daripada pelbagai kategori, antaranya hikayat cerita Melayu, undang berkanun ketika era kegemilangan Melaka sehingga kepada surat rasmi raja-raja.

Menerusi arkib digital di British Library, wartawan menemui lebih 100 naskhah manuskrip pelbagai bidang termasuk kanun bertulis, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah serta surat daripada kesultanan Melayu kepada pembesar luar.

Arkib digital berkenaan kini boleh diakses secara percuma dengan memasukkan kata kunci 'Jawi' dan semua bahan manuskrip berkenaan ditulis dalam bahasa Jawi dan ada juga dalam bahasa Arab.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah berkata, semua manuskrip berkenaan tersimpan di beberapa negara dan ia cukup terpelihara.

Menurutnya, tahap nilai sesebuah manuskrip itu diukur menerusi isi kandungannya, siapa pengarangnya dan usia manuskrip berkenaan.

Beliau berkata, setiap manuskrip itu akan memberi gambaran kepada kehidupan masyarakat, teknologi serta pengetahuan ketika ia ditulis.

"Kebanyakan manuskrip ini berusia antara 200 hingga 700 tahun termasuk manuskrip besar seperti Sejarah Melayu serta kitab-kitab awal berkaitan agama Islam.

"Kitab-kitab berkaitan hukum hakam agama ini kebanyakannya ditulis oleh ulama Nusantara sebelum manuskrip berkenaan dibawa ke negara luar untuk simpanan serta kajian.

"Saya kira, terdapat ribuan manuskrip alam Melayu masih berada di beberapa negara seperti United Kingdom dan Belanda ketika era kolonial dahulu," katanya kepada Metro Ahad.

Dr Mohd Syukri berkata, wujud juga simpanan manuskrip yang besar di Muzium Topkapi kerana alam Melayu mempunyai pertalian sejarah dengan kerajaan daulah Uthmaniyyah.

"Sebenarnya, terdapat ribuan lagi manuskrip Melayu yang masih tersimpan dan tidak keterlaluan jika saya menganggarkan puluhan ribu.

"Ada manuskrip yang masih belum dikatalogkan lagi oleh penyimpan seperti muzium di sesebuah negara. Pengkaji tempatan memerlukan kaedah khusus untuk melaksanakan kajian terhadap khazanah kita.

"Jika ada rundingan di peringkat kerajaan kepada kerajaan (G2G), pastinya kita dapat membawa pulang sebahagian besar manuskrip ini namun kita tidak begitu agresif ke arah objektif berkenaan," katanya.

Gesa wujud Pusat Manuskrip Melayu

Pusat Manuskrip Melayu perlu diwujudkan bagi memartabatkan sejarah warisan bangsa sekali gus menyangkal dakwaan bahawa bangsa Melayu lemah dan ketinggalan.

Itu cadangan Pengerusi Majlis Penasihat Peradaban Melayu, Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar berhubung ribuan manuskrip alam Melayu yang bertebaran di seluruh dunia.

Abdul Latiff berkata, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu institusi khusus yang mengumpul, menyimpan serta melaksanakan kajian berhubung manuskrip lama.

"Saya sendiri pernah melihat beberapa manuskrip alam Melayu yang tersimpan di beberapa negara luar dan ia satu perasaan yang amat menggembirakan apabila melihat ketinggian warisan Melayu suatu ketika dulu.

"Wujud beberapa kaedah untuk kita bawa pulang manuskrip ini, antaranya jika tidak boleh kita ambil manuskrip asal, mungkin kita boleh buat salinan atau menerusi simpanan digital.

"Semua manuskrip ini perlulah diletakkan di suatu institusi khusus dan untuk itu saya berpandangan bahawa kewujudan Pusat Manuskrip Melayu adalah sangat penting," katanya.

Beliau berkata, pusat berkenaan perlu juga mendapat kerjasama daripada Perpustakaan Negara (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memiliki kepakaran dalam pengkajian manuskrip.

Menurutnya, setiap manuskrip ini mempunyai nilai tersendiri termasuklah cerita rakyat yang turut tersimpan di negara luar kerana setiap ciri berkenaan memberi gambaran kehidupan masyarakat ketika itu.

"Saya juga amat yakin, banyak lagi manuskrip yang mungkin tidak dikatalogkan di beberapa muzium utama dunia seperti di Belanda, Itali dan United Kingdom.

"Kita bukan mahu menubuhkan pusat ini untuk berbangga dengan sejarah lalu, namun sejarah lalu memberi gambaran siapa kita pada hari ini.

"Malah, dengan kewujudan satu pangkalan data manuskrip Melayu itu, ia akan menguatkan nilai jati diri anak bangsa supaya tidak mudah diperlekeh kononnya kita ketinggalan sedangkan manuskrip berkenaan adalah bukti keupayaan kita suatu masa dulu," katanya.

Bawa pulang warisan negara

Usaha untuk membawa pulang manuskrip alam Melayu termasuk kaedah untuk menyimpan salinan berkenaan, perlu dilakukan kerana ia adalah khazanah penting negara.

Aktivis Kebudayaan dan Pengasas Pusaka, Eddin Khoo berkata, negara asing sangat berminat dengan manuskrip ini kerana mereka boleh mengetahui adat budaya Melayu termasuk latar belakang sejarah suatu ketika dulu.

Beliau yang juga anak kepada Tokoh Sejarah Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, khazanah negara ini perlu dibawa pulang untuk kajian mendalam berhubung pelbagai bidang.

"Kita sudah mempunyai kepakaran dalam aspek penyimpanan arkib lama malah kita juga boleh melaksanakan dokumentasi digital bahan ini.

"Bagaimanapun, kita seakan kurang agresif untuk membawa pulang manuskrip ini dan hanya menilai manuskrip itu hanya buku-buku lama sedangkan terdapat ilmu pengetahuan yang bernilai di dalamnya.

"Jika ia sekadar buku lama, pastinya negara barat tidak berminat untuk menyimpannya malah banyak naskhah manuskrip alam Melayu yang dikaji oleh sarjana barat," katanya.

Menurutnya, ia memberi gambaran bahawa manuskrip ini mempunyai nilai yang tersendiri dan pengkaji tempatan perlu diberikan ruang untuk mengkaji khazanah negara ini.

"Apa yang saya tahu, kebanyakan manuskrip ini disimpan di British Library hasil koleksi beberapa tokoh sarjana barat seperti Stanford Raffles dan beberapa orang lain," katanya.

"Jika ada ruang yang diberikan oleh kerajaan untuk berunding dengan pihak beberapa muzium, pasti kita dapat membawa pulang manuskrip ini atau mempunyai salinan digital yang boleh digunakan untuk kajian lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 7:30 AM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 12:34 PM | Show all posts
yups, itu belum di Leiden etc


sebenarnya tamadun melayu atau alam melayu nusantara bukan tamadun yg rendah tarafnya.

actually dalam kumpulan manuscripts tu ada surat , dokumen sphyragistics
yg merangka format surat kiriman...ada rangka asasnya...

now i faham kenapa masa darjah 4 surat kiriman rasmi ke tidak rasmi ada format tertentu dan pilihan kertas jenis kertas juga ada makna..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 12:37 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 24-1-2021 12:34 PM
yups, itu belum di Leiden etc

ko dah try akses tak digital library ni?

tepek la sikit kat sini nak tengok...


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah

perkembangan positif untuk pemuliharaan sejarah Tamadun Tanah Melayu

lebih banyak manuskrip serta artifak yang diyakini dibawa ke portugal, di musnah atau disimpan melalui dasar reconquista, yang bercirikan kebencian atas segala unsur Islam dan kemajuannya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 12:59 PM | Show all posts
so bila lagi nak majukan ketamadunan melayu? kalau xmula sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama dicadangkan wujud kementerian sejarah dan ketamadunan Melayu

nak kena DS Najib jugak post dalam fb ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2021 01:17 PM | Show all posts
Mujur ada orang luar tolong simpan.

Kalau mereka tak simpan, sekarang mungkin sudah reput semua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 01:46 PM | Show all posts
dizekni replied at 24-1-2021 01:02 PM
Dah lama dicadangkan wujud kementerian sejarah dan ketamadunan Melayu

nak kena DS Najib jugak pos ...

ce mesej dia. dia kan tgh byk masa free skg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Menariknyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nk tgk?
Ada link x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-1-2021 12:59 PM
so bila lagi nak majukan ketamadunan melayu? kalau xmula sekarang?

Kerabat raja Melayu pulak gigih sambut krismas deko pokok krimas dan rusa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak surat perjanjian batu putih? Ataupun perjanjian air Singapore. Entah2 banyak lagi bahan2 ilmiah serta private and confidential yang Kita punya tanpa kita ketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:06 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 24-1-2021 12:34 PM
yups, itu belum di Leiden etc

kalau tak silap, keturunan Melayu ni adalah 5 keturunan utama terbesar di dunia.

melayu, red-indian, lagi 3 apa lupa pulak...

dan setiap keturunan ni adalah daripada keturunan nabi2 terdahulu..

pastukan, iols merasakan sebab kenapa bahasa Melayu ni macam tak begitu meluas digunakan (maksudnya orang tak berapa gemar guna BM sebab macam low-class) sebab BM ni antara bahasa pengantar akhir zaman sebegitu, jadi dia seakan 'terpelihara'...imaginasi iols je lah so sapa sapa yang tak boleh menguasai BM teramatlah rugi...nusantara kan semenanjung emas...masuk bab akhir zaman lah pulak kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:09 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-1-2021 02:40 PM
Kerabat raja Melayu pulak gigih sambut krismas deko pokok krimas dan rusa.

masalahnya diorang ni memang betul2 keturunan raja yang betul2 raja ke? *soalan noob*. Macam pernah terbaca diorang hanyalah keturunan macam temenggung etc etc...contoh paling jelas, selatan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
andygila replied at 24-1-2021 01:17 PM
Mujur ada orang luar tolong simpan.

Kalau mereka tak simpan, sekarang mungkin sudah reput semua.

kann... istana2 lama kita pun byk yg jahanam menyembah bumi sbb x ada siapa yg nak preserve.  alasan krjn x ada duit.  istana kuning kuala kangsar sampai skrg x repair2.  tunggu masa reput menyembah bumi le tu.  kapal lama yg jumpa lepas banjir hari tu habis semua komponen logam kena curi.  jabatan muzium buat x tau jer.  nak curi curi la.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan nati ada lah yg bermegah kaitkan melayu ni dgn keturunan si polan2 ni dgn siam,jawa ,bugis or mcm2 la...harap thread ni x dicemari dgn bangsa lain!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2021 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 24-1-2021 04:09 PM
masalahnya diorang ni memang betul2 keturunan raja yang betul2 raja ke? *soalan noob*. Macam perna ...

Bukan kan? Brunei tu pun bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:36 PM | Show all posts
ohhhhhhhhhh ok

yawn!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:36 PM | Show all posts
Edited by hyie at 24-1-2021 04:39 PM
...

sori terklik 2 kali katanyehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 04:37 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 24-1-2021 04:25 PM
Bukan kan? Brunei tu pun bukan.

benda2 sensitif gini iols tak berani nak komen lelebih sis...chuols pepaham lah kan namun meols tidak menafikan kenyataan chuols yach yang Brunei tu meols tak pasti sebab tak pernah baca kat memana...

yang sedia ada ni macam lebih kepada nak mempertahankan ketuanan gitulah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.090287 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list