CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 6

Seramnya...

[Copy link]
Post time 24-1-2021 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Monica Green bersama anaknya. FOTO Agensi


Harian Metro

Sydney: Seorang ibu berdepan situasi menyeramkan selepas mendapati ada individu tidak dikenali tinggal di atas loteng rumahnya selama tiga minggu .

Kejadian berlaku ketika Monica Green dari Rockhampton, Queensland, menyedari sesuatu yang tidak kena di rumahnya.

Ia selepas dia mendapati sistem keselamatan rumahnya tidak berfungsi seperti biasa dan barangan anaknya hilang.

Awalnya dia menganggap ia mungkin kerana rasa bimbang namun selepas pulang daripada janji temuj doktor, dia mendapati ada sesuatu yang berlaku.

Ketika masuk ke dalam rumah, ibu kepada tiga orang anak ini mendapati penyaman udara dipasang, pintu belakang rumahnya terbuka dan nuget ayam sudah dimasak separuh.

New York Post melaporkan, Green memaklumkan perkara itu kepada polis yang kemudiannya mendapati loteng rumahnya terbuka dan ia seperti didiami seseorang.

"Saya rasa seperti ruang peribadi saya diceroboh.

"Saya berasa terkejut, takut. Ia seperti sebuah filem seram," katanya.

Katanya, dia bertanggungjawab memastikan perlindungan kepada anak-anak dan merasakan dirinya sudah gagal.

Green juga percaya individu itu mencuri masuk menerusi loteng, mencuri kunci untuk masuk ke dalam rumah.

Disebabkan itu, dia kini menukar kunci rumahnya.

"Apa yang dilakukan orang ini di dalam rumah ketika saya tiada," katanya kepada media tempatan.

Kes itu masih disiasat pihak berkuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 02:54 AM | Show all posts
macam cerita korea...  dia dan anak duduk rumah orang senyap2 pastu dia bunuh n curi identiti...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 04:12 PM | Show all posts
ada anak jiran depan rumah iols. masa tu dia sekolah rendah lagi. taktau macam mana dia boleh dapat kunci rumah kitorang
adik i pun ada mengadu kunci rumah hilang. takpela, mungkin dia lalai.

taktau macam mana boleh kantoi.
rupanya waktu pagi time semua orang pergi sekolah/kerja, rumah takde siapa, dia masuk rumah kitorang and rileks tengok tv. ponteng sekolah taktau pergi mana, so dia melepak dalam rumah kitorang. jadi, mak bapak dia ingat dia pergi sekolah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mistri mona ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 05:29 PM | Show all posts
Mcm filem parasite Kor Sel..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 06:41 PM | Show all posts
eyansss replied at 25-1-2021 02:54 AM
macam cerita korea...  dia dan anak duduk rumah orang senyap2 pastu dia bunuh n curi identiti...

asyik tengok cerita korea sahaja

bilanya nak maju?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2021 07:27 PM | Show all posts
Churchill replied at 27-1-2021 06:41 PM
asyik tengok cerita korea sahaja

bilanya nak maju?

sejak bila pulak tengok drama tak maju abam oiiii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.065354 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list