View: 5979|Reply: 68
|
[Tempatan]
Kain rentang desak Ahmad Zahid letak jawatan ‘merebak’ ke Perak. #24,Zahid tida
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 25-1-2021 08:26 AM
Kain rentang desak Ahmad Zahid letak jawatan ‘merebak’ ke Perak
https://www.utusan.com.my/nasion ... n-merebak-ke-perak/
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
25 Januari 2021, 12:47 pm
KAIN rentang mendesak Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan yang ditemukan di bandar Kuala Kangsar, Perak. - MEDIA SOSIAL
IPOH: Kain rentang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO ‘merebak’ ke negeri ini iaitu di Kuala Kangsar dan Tanjung Malim.
Di Kuala Kangsar, dua kain rentang berkenaan ditemukan semalam iaitu di tengah-tengah bandar dan di Padang Rengas.
Satu lagi kain rentang mengandungi tulisan sama ditemukan tergantung di papan tanda pintu masuk ke Felda Besout, Slim River dekat Tanjung Malim.
UMNO Bahagian Kuala Kangsar dan Bahagian Tanjung Malim menafikan memasang kain rentang berkenaan dan membuat laporan polis semalam serta hari ini.
Sebelum ini, kain rentang yang sama ditemukan di sekitar Shah Alam, Selangor.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman berkata, laporan polis dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat pihak yang bertanggungjawab memasang kain rentang berkenaan.
Menurutnya, di lokasi kain rentang yang dipasang di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK).
“Kami minta polis siasat rakaman CCTV berkenaan kerana mereka mempunyai akses untuk mengenal pasti pihak yang memasang kain rentang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Maslin Sham percaya kain rentang di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim serta lain-lain tempat yang temukan sebelum ini dilakukan oleh orang yang sama.
“Ini berdasarkan tali terdapat pada poster yang ditemukan di Kuala Kangsar dan di Tanjung Malim adalah tali sama,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Aziz turut menafikan kain rentang yang ditemukan di Felda Besout dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.
“Ia adalah satu fitnah yang berlaku dan ia dilihat berleluasa dalam masyarakat hari ini. Ini jelas propaganda pihak tertentu,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.
Berdasarkan maklumat di dalam Facebook itu, laporan polis dibuat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River, semalam. – UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kak long gigi tgh ketap gigi tak sabar2 nk mencapub binti ahmad zahid.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah ker dorang nak zahid resign? Report polis kena tangkap ke nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau zahid letak jawatan mungkin kah BN akan menang pru 15? |
|
|
|
|
|
|
|
zulka replied at 25-1-2021 02:08 PM
kalau zahid letak jawatan mungkin kah BN akan menang pru 15?
Ada kemungkinan. Dulu masa undian presiden umno, dah awal2 kena set, suruh perwakilan undi dia..masa tu kalo khairi jamaludin menang, belum tentu umno kalah pru baru2. Again, sapa lagi yg nak dkt jahid ni? Sorry to say |
|
|
|
|
|
|
|
zulka replied at 25-1-2021 02:08 PM
kalau zahid letak jawatan mungkin kah BN akan menang pru 15?
X tau lg. Tp kalo dia x resign cmfrm akan kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami x pasang kain rentang tu tp apa yg kain rentang tu tulis mmg kami sgt setuju. Kata ketua bahagian kawasan kain rentang |
|
|
|
|
|
|
|
setuju..
kalau zahid letak jawatan...
kemungkinan aku akan sokong bn balik..
|
|
|
|
|
|
|
|
bersara lah zahid sebelum dapat malu bila semua cawangan desak suruh resign |
|
|
|
|
|
|
|
ini permainan bersatu sbb zahid letak jawatan hishammudin naik, dan anuar musa naik jd presiden bersatu. jadi nak jinakkan umno dan bersatu supaya umno tak keluar dari pn.
jadi pn kekal berkuasa sampai next pru. dan pas hanya melukut tepi gantang je lepas ni. pas kena check mate. |
|
|
|
|
|
|
|
Mp kangsar ni penyokong abah ko ada jawatan kabinet tebuk tupai kàn... |
|
|
|
|
|
|
|
Gedikla korang.. waktu pemilihan dulu duk pilih dia kan bagus awal2 tolak.. selagi wak ni ada mmg jd liabiliti la pd umno |
|
|
|
|
|
|
|
Masa pemilihan dulu jadi yes man je. Ini baru nak bising. Bodohnya. Ingat senang2 dia nak lepaskan jawatan bergaji besar tu. Kes rasuah masih berjalan pun muka tak malu nak jadi pemimpin. Apa beza zahid pemimpin beragama Islam dan lge? Dua2 salah guna kuasa, muka tembok. |
|
|
|
|
|
|
|
Liat sgt nak letak jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
tomatome replied at 25-1-2021 02:56 PM
Gedikla korang.. waktu pemilihan dulu duk pilih dia kan bagus awal2 tolak.. selagi wak ni ada mmg jd ...
kan...sendiri yg bengap..dulu depa jugak yang naikkan si komedi ni... kenapa x pilih jer calon2 lain masa pemilihan umno dulu |
|
|
|
|
|
|
|
mcm xbiasa dari dulu lagi...adala tu rasaksa yg sponsor from behind
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa org perak x suka zahid |
|
|
|
|
|
|
| |
|