CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7389|Reply: 95

[Tempatan] Masih ada penjawat awam 'terkandas' di kampung. Ketua Jabatan diarah check secar

  [Copy link]
Post time 26-1-2021 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam - Mohd Khairul Adib
Januari 26, 2021 @ 11:26pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata masih terdapat lompang yang perlu diperbaiki dalam sistem itu dan yakin ia berjaya diatasi segera.

"Kalau masa PKP fasa pertama yang dilaksanakan kerajaan pada Mac 2020, masa itu musim cuti sekolah, ramai ibu bapa berada di kampung dan kita perlu uruskan supaya mereka dapat kembali semula ke stesen kerja masing-masing.

"Tetapi dalam keadaan sekarang ini, PKP terbaharu yang diumumkan pada 11 Januari lalu bukan pada musim cuti sekolah. Bagaimanapun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk lari ke kampung, jadi kita minta semua ketua jabatan untuk buat pemeriksaan rambang," katanya dalam program Bicara Naratif: Norma Baharu Perkhidmatan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Mohd Khairul Adib berkata bagi memastikan penjawat awam berada di kediaman masing-masing dan boleh segera hadir bertugas apabila diminta ketua jabatan, beberapa kaedah seperti menunjukkan lokasi keberadaan mereka dan membuat panggilan video turut digunakan.

Beliau berkata meskipun penjawat awam dibenarkan bekerja dari rumah (BDR), ketua jabatan pada bila-bila masa boleh mengarahkan mereka hadir bertugas di pejabat.

"BDR ini adalah perubahan baharu dalam persekitaran cara bekerja sektor awam. Petugas boleh BDR apabila mendapat arahan daripada kerajaan atau mendapat arahan atau kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing," katanya. – BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 11:41 PM | Show all posts
kalau malas sangat berhenti sahaja

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran aku cikgu. Tapi tak nampak bayang hidung pun kat rumah. Balik kmpung hujung tahun lepas..pelik betul sebb setakat aku tahu...cikgu kena ada di stesen masing2
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 26-1-2021 11:57 PM
Jiran aku cikgu. Tapi tak nampak bayang hidung pun kat rumah. Balik kmpung hujung tahun lepas..pelik ...

Cuti bersalinkah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dengki dengan staf gomen. Ini privilege kami. Korang yg keje swasta nasib la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 26-1-2021 11:59 PM
Cuti bersalinkah?

Mengandung pun tidak. PJJ ngan husband. Anak darjah 5 dan tgkt 2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 27-1-2021 12:23 AM
Mengandung pun tidak. PJJ ngan husband. Anak darjah 5 dan tgkt 2

ermmmm sedehhh org ckp pasal cikgu2
nak senang hidup je ...

apa ko ingat org lain pon x susah ke masa pkp


dah la masa dulu x de pandemik asik ngulor je dlm staff room

pastu , bila ada report kena hantar terus memekak kat FB laksana dia paling byk keje ...


meluat betul
org takpernah pon dengki dgn kerjaya kau as cikgu

org marah sbb keje x seberapa memekak je lebih

keje ko je ada privilege cuti lelama tapi
still bila hari keje ko memekak macam lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak data dgn mysejahtera...chexk kt mana last check in...hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat satu apps untuk setiap hari depa rekod kedatangan kerja bagi wfh dengan meletakkan gps depa di mana sewaktu merekodkan kedatangan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:30 AM | Show all posts
mikasa replied at 26-1-2021 11:57 PM
Jiran aku cikgu. Tapi tak nampak bayang hidung pun kat rumah. Balik kmpung hujung tahun lepas..pelik ...

alasannya takde tiket flifght sebab PKP. tiket kene cancel. tp ade je tiket wei semggu ada 2 kali. bole je balik cumanya itulah.. alasan tak munasabah.
tiket mahal. kan ke tiket gomen bole tukar fre????
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:38 AM | Show all posts
rbmy replied at 27-1-2021 07:30 AM
alasannya takde tiket flifght sebab PKP. tiket kene cancel. tp ade je tiket wei semggu ada 2 kali. ...

Tukar pertama kali je free kalau tak silap I. Lepas tu dah kena charge if tukar. Sebabnya kawan kawan I cerita diorang tak dapat balik sebab flight asyik bertukar tarikh. And masing masing taknak keluar duit sendiri beli tiket flight baru. Dah la ujian rtk dengan pcr pun nak minta free. Kadang kadang I tepuk dahi juga melihatkan kelaku macam ni. Semua benda nak free dan nak murah. Kecewa pun ada menengoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:39 AM | Show all posts
baik bukak je semua opis gomen time2 PKP ni..asik mengular je jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:05 AM | Show all posts
kalau kt swasta dah kena buang..lebih kalau penjawat awam tu dah sampai tempoh pencen awal..suh je pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:15 AM | Show all posts
cikgu2 buat hal pemalas keje kuat komplen, sudahnya habih semua penjawat awam lain terpalit sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:19 AM | Show all posts
isseliparjepun replied at 27-1-2021 07:38 AM
Tukar pertama kali je free kalau tak silap I. Lepas tu dah kena charge if tukar. Sebabnya kawan ka ...

kalau tak kasi balik kg. memasing meroyan lama tak jumpa family. pastu bila kasi balik begini la pulak..patut sendiri kena fikir.. jgn balik dulu smpai lah keadaan tenang. nak buat camana dah keadaan covid ni mcm ni kan.
MAS mcm kasi free tukar date tu. ikut yg dorang kasi la. kalau ikut yg kita mmg kena bayar.
tapi masalah guru / kakitangan kerajaan yg kandas ni mereka nak ikut kepala mereka.

haaa jgn kecam ye .. iols pun gomen juga tpi itulah kena fikir diri sendiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai naw penjawat awam yang makan gaji buta. Sila jawab kat akhirat nanti ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
setakat 2,3 minggu x mai kerja tu jgn risau x kena buang punya. beratus ari x mai pun x kena buang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sekolah naik 20hb ke? 11hb dah consider bukan cuti sekolah? Aku balik kg kut 8hb. sebab ingat nak shopping baju sekolah and stuff.

Jangan nak buat2 lupa, pkp umum Isnin petang rabu 12:00 malam nak pkp. Selasa tu aku kelam kabut balik. Piyem kasi tempoh kurang 48 jam rentas negeri. Aku drive 9jam hari selasa tu. Sampai rumah dekat 10 malam. Esoknya rabu tengah hari MKN kasi SMS, boleh rentas negeri sampai Jumaat. Mcm gampang!!!



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:37 AM | Show all posts
tak jeles punnnn dgn staff gomen....
tapi dah nama pun keje.... tanggungjawap kot....
tak sedar ke ko dapat gaji nak bagi anak bini mak bapak makan...
masa bukan zaman pendamik pun ko dah ada hobi mengular kannnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersepah je geng Cikgu sskjp kelik kampung waktu pkp ke pkpb ke...padahal pihak atasan suruh ada kat station masing2...ni kisah benar2 Cikgu sskjp Kat sebuah sekolah pinggir bandar di Pahang..aku tau sbb staff sokongan sekolah tu member aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.082741 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list