CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 10

[Dunia] YouTube gantung Donald Trump seumur hidup

[Copy link]
Post time 27-1-2021 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2021 07:52 AM

YouTube gantung Donald Trump seumur hidup

Januari 27, 2021 @ 2:33pm

Youtube menggantung Donald Trump daripada platform itu seumur hidup. - Foto AFP



SAN FRANCISCO: Youtube menggantung Donald Trump daripada platform itu seumur hidup.
Syarikat itu juga menegaskan akan turut menghalang peguam kepada bekas presiden berkenaan, Rudy Giuliani daripada mendapat keuntungan melalui klipnya, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu dikenakan seminggu selepas syarikat gergasi sosial itu mengesahkan akan melanjutkan larangan ke atas saluran Trump yang memiliki kurang daripada 3 juta pengikut, bergabung dengan platform sosial lain, dalam usaha menghalang akaun sosialnya, berikutan rusuhan di Capitol pada 6 Januari lalu.

Syarikat milik Google kini berdepan beberapa kritikan rentetan maklum balas lembab berhubung keganasan di Washington, selain penyebaran teori konspirasi di platform itu.


Di atas keprihatinan mengenai potensi keganasan yang berlaku, saluran Donald J Trump akan tetap digantung," menurut jurucakap Youtube.
Syarikat itu dalam kenyataan berasingan, berkata akaun Giuliani akan disekat daripada Program Partner yang membolehkan pencipta memperoleh keuntungan daripada video mereka, selepas berulang kali melanggar dasar dengan menyiarkan maklumat mengelirukan mengenai pilihan raya AS.

Pemilik akaun berusia 76 tahun itu menyiarkan video berjudul "The Biden Crime Family's Payoff Scheme" dan "Election Theft of the Century" di salurannya yang memiliki 600,000 pelayar.

Sekatan menjana pendapatan daripada klipnya itu dibuat ketika bekas datuk bandar New York itu, berdepan tuntutan saman berjumlah $1.3 bilion (RM5.26 bilion) daripada Dominion Voting Systems selepas mendakwa di media sosial kononnya, firma berkenaan terbabit dalam penipuan pilihan raya.

Berdasarkan peraturan Youtube, Giuliani akan diberi peluang membuat rayuan ke atas keputusan itu dalam 30 hari dengan syarat masalah utama diperbaiki. - AFP








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak kan sebenarnya puak liberal yg lagi strict bab kebebasan bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-1-2021 07:58 AM
Nampak kan sebenarnya puak liberal yg lagi strict bab kebebasan bersuara

Strict tentang kebebasan bersuara?.... Unless hatred speech itu pun bukan semua di banned.... 1st time dengar strict tentang kebebasan bersuara...buang saja 1st amendment
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm besar sangat apa yg penyokong trump buat.. bukan. rosak pun capitol tu

nampak sangat yahudi ka sapa belakang semua media sosial ni benci trump
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 27-1-2021 10:29 AM
mcm besar sangat apa yg penyokong trump buat.. bukan. rosak pun capitol tu

nampak sangat yahudi  ...

Depa ingat trump supporters savage seperti  supporters democrat... Lebih 2 tahun protest on streets vandalized private dan public property...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat ummah Amerika penyokong hak kebebasan bersuara?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
President us tapi subscriber 3 juta je?

Budak berhingus gegirl Nastya pun 68 juta subs..



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
so trump dh xde, huawei dh blh pakai google balik ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 09:23 AM | Show all posts
wow..so many purge hatred hypocrisy pada 1 orang oleh organisasi2 sedunia
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 09:25 AM | Show all posts
sekngucing replied at 28-1-2021 02:29 AM
mcm besar sangat apa yg penyokong trump buat.. bukan. rosak pun capitol tu

nampak sangat yahudi  ...

sia sia trump bekap israel kawkaw
apalagi yahudi mau?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 09:30 AM | Show all posts
instead of youtube dengan isu trumpnya, baguslah FB tak gantung Najib

populariti beliau makin meningkat saban hari

antara ahli politik dengan pengikut FB paling ramai
dalam dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062069 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list