CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 0

Aaron-Wooi Yik Kecundang Kepada Beregu Russia

[Copy link]
Post time 28-1-2021 06:02 PM | Show all posts |Read mode

Beregu kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada aksi Jelajah Akhir Dunia BWF di Bangkok. - Foto ihsan FB BAM.


Berita Harian

Helmi Talkah
helmi.talkah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memilih laluan berliku dalam misi mara ke separuh akhir saingan Jelajah Akhir Dunia BWF 2020 di Bangkok.

Pasangan nombor sembilan dunia itu yang melakar kemenangan pada aksi pembukaan Kumpulan B, semalam gagal meneruskan momentum apabila tewas kepada beregu Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sonozov 21-19, 21-16 dalam aksi kedua, hari ini.

Kini, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menang ke atas pasangan nombor dua dunia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi terakhir kumpulan, esok untuk layak ke separuh akhir.

Sementara itu, pasangan profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menghidupkan kembali peluang untuk mara kelompok empat terbaik melakar kemenangan dalam perlawanan kedua kumpulan, hari ini.

Mereka yang tewas di tangan pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin dalam aksi pertama, semalam kembali bangkit apabila menundukkan beregu England, Marcus Ellis-Chris Langride 21-19, 21-18.

Bagi layak ke separuh akhir, Ee Yi-Yew Sin perlu menang ke atas satu lagi pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada aksi terakhir kumpulan esok.

Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055007 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list