CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 893|Reply: 0

Baddrol Tekad Julang KDA FC Dalam Piala AFC

[Copy link]
Post time 28-1-2021 10:42 PM | Show all posts |Read mode

Kapten KDA FC, Baddrol Bakhtiar. - Foto ihsan Kedah FA.


Berita Harian

Izzali Ismail
sukanbh@bh.com.my

ALOR SETAR: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar tekad membantu skuad Hijau Kuning melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2021 yang dijadual diadakan secara karnival pada awal Jun ini.

Walaupun menyedari saingan sengit bakal dihadapi dalam kejohanan itu nanti, pemain berusia 32 tahun ini yakin skuad pimpinannya itu mampu berdepan semua pencabar mereka.

Aksi Zon ASEAN dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun ini dengan saingan diadakan mengikut format 'round robin'. Ia menyaksikan KDA FC bakal berentap bersama tiga lagi pasukan dalam Kumpulan H.

Pasukan berkenaan adalah Lion City Sailors FC dari Singapura, Saigon FC dari Vietnam dan satu lagi pasukan yang akan ditentukan menerusi aksi play-off sama ada dari Indonesia, Timor Leste atau Kemboja.

"Saya melihat KDA FC berada dalam kumpulan yang agak sengit sebab diundi bersama kelab Lion City Sailors FC dan Saigon FC. Kita tahu dua pasukan itu adalah kuat dan bertaraf naib juara liga kebangsaan masing-masing.

"Walaupun sekarang ini kita tahu dunia masih dihimpit dengan masalah pandemik COVID-19, saya dan rakan seperjuangan tetap fokus menjalani latihan. Saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Kedah dalam saingan Piala AFC 2021.

"Apa yang paling penting, kami kena anggap tahun ini sebagai satu cabaran sukar. Seperti dimaklumkan AFC, kejohanan tahun ini akan berlangsung secara karnival di venue berpusat, dengan tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari. Sudah tentu keadaan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental," katanya dalam kenyataan menerusi laman media rasmi KDA FC.

Baddrol yang bergelar legenda Kedah dan merangkul Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011 hingga 2020 berkata selain semangat tinggi, sokongan dan doa daripada seluruh penyokong Kedah juga diharapkan untuk mencapai kejayaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.106009 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list