CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 1

Betul Ke Madu Boleh Redakan Batuk?

[Copy link]
Post time 29-1-2021 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Madu diketahui mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. (Gambar Rawpixel)


FMT

Madu diketahui mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan, mulai dari menambah kekuatan, merawat kulit, hingga dipercayai dapat menyembuhkan beberapa penyakit, termasuk batuk.

Madu mengandung lebih dari 181 nutrisi dan zat antioksidan, serta berkhasiat sebagai antimikroba yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

Kerana itulah madu cukup berkesan meredakan batuk jika betul cara pengambilannya, samada untuk kanak-kanak mahu pun dewasa.

Madu memiliki sifat anti-radang, anti-bakteria, dan antioksidan yang penting dalam meredakan batuk atau sakit kerongkong.

Batuk boleh membuat radang pada kerongkong (sehingga memerlukan anti-radang), dan masalah pernafasan tertentu seperti batuk yang disebabkan oleh bakteria. Oleh itu, antioksidan diperlukan untuk mengatasinya.

Antioksidan akan membentuk sistem kekebalan yang kuat, yang merupakan komponen penting untuk kekal sihat atau sembuh dari penyakit.

Satu tinjauan menemukan bahawa madu lebih baik dalam meredakan batuk pada kanak-kanak.

Campurkan sedikit jus lemon, dan sedikit madu ke dalam air panas, biarkan sejuk seketika dan minum.

Bukan hanya menenangkan, campuran ini akan melapisi kerongkong untuk membantu meredakan radang dan batuk.

Boleh juga dipelbagaikan dengan menambah madu ke dalam salad atau roti bakar. Namun harus diingat, jangan berlebihan mengambil madu kerana bahan alami ini tetap mengandungi kadar gula yang tinggi.

Harus juga diingat, madu bukanlah ubat, ia hanyalah makanan alami. Jika batuk masih juga belum reda dan menunjukkan gejala yang serius, berjumpalah dengan doktor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 06:28 PM | Show all posts
Teh o limau panas, ayo rendaman nasi semalaman dan ayo gula batu + kembang semangkuk pun elok utk ilangkan batuk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.669767 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list