CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1468|Reply: 1

Sakit Pada Tapak Kaki, Ini Masalah Yang Sering Berlaku

[Copy link]
Post time 30-1-2021 09:25 AM | Show all posts |Read mode

Masalah sakit pada tapak kaki boleh menyerang sesiapa saja. (Gambar Rawpixel)


FMT

Kita menggunakan kaki untuk pelbagai aktiviti dan kaki sendiri mempunyai 26 tulang, menjadikan ia salah satu bahagian tubuh yang paling rumit.

Sakit tapak kaki boleh merangkumi kecederaan hingga keradangan dan beberapa jenis kesakitan lain.

Artikel ini bakal mengupas beberapa masalah kaki yang seringkali berlaku dalam kalangan masyarakat berserta puncanya.

1. Kematu (corn)

Lingkaran bulat daripada kulit yang menebal di jari kaki atau tapak kaki anda boleh menjadi kematu.

Tahukah anda, tubuh kita sebenarnya membentuk kematu dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya lecet di kaki? Ya, benar dan ia bersifat tidak menyakitkan.

Hammer toe, bunion, atau faktor kasut yang tidak bersesuaian mungkin menjadi antara penyebab kematu. Lama-kelamaan, ia boleh bertambah parah dan memerlukan rawatan.

Rawatan over-the-counter (OTC) seperti plaster kematu boleh mengurangkan tekanan dan membantunya cepat sembuh. Doktor mungkin juga mengesyorkan pembedahan untuk membuangnya.

2. Plantar fasciitis

Plantar fasciitis boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian bawah tumit atau pada bahagian tengah tapak kaki.

Ia disebabkan oleh inflamasi yang terjadi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki pada tapak kaki.

Tambah lagi, ia mungkin berlaku apabila ligamen plantar fascia menjadi tegang disebabkan sokongan kasut lemah, kerap berdiri, menyertai larian jarak jauh, kenaikan berat badan, atau masalah kaki yang lain.

Selain itu, kondisi ini boleh bertambah parah dari masa ke masa, dan rasa sakit berbeza-beza daripada ringan hingga sakit menyucuk.

Antara pilihan rawatan rumah yang ada termasuk menggunakan ais, mengambil ubat anti radang, dan meregangkan kaki setiap hari.

Doktor juga mungkin dapat meredakan kesakitan dialami dengan suntikan kortikosteroid, terapi fizikal, ortotik, atau pembedahan.

3. Sakit tumit (heel spur)

Sakit tumit ini disebabkan oleh lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit.

Ia boleh terjadi apabila anda memakai saiz kasut yang tidak betul, banyak berjalan dan postur badan yang tidak betul atau melakukan aktiviti fizikal seperti berlari.

Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri.

Sesiapa yang mempunyai tapak kaki yang rata juga cenderung untuk mempunyai heel spur yang menyakitkan.

Heel spur boleh didiagnosis melalui rasa sakit yang dirasakan pada tumit atau akibat kondisi kaki lain, seperti fasciitis plantar.

Anda harus merehatkan kaki, menilai semula kasut yang sering dipakai, dan menemui doktor sekiranya ada mengalami sakit tumit.

Usah risau, sakit tumit ini selalunya dapat dirawat menggunakan kompres sejuk, ubat-ubatan, terapi fizikal, atau mungkin pembedahan.

4. Kaki atlet (kaki makan air)

Kaki atlet juga dikenali sebagai Tinea Pedis, adalah jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki.

Bukan hanya terhad pada kawasan kaki, ia juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

Di samping itu, kaki atlet disebabkan oleh pelbagai jenis kulat yang dikenal sebagai dermatophytes atau moulds.

Keadaan kaki yang sentiasa tertutup, panas, atau dalam persekitaran lembap akan menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan kulat.

Hati-hati, penyakit ini boleh berjangkit! Sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau memakai pakaian tercemar dan tidak dibersihkan berisiko menyebarkan jangkitan.

Antara lokasi yang berisiko mendedahkan terhadap jangkitan ini adalah tempat awam seperti sekolah, kolam renang dan pusat kecergasan.

Oleh itu, pesakit harus sentiasa menjaga kaki agar kekal bersih dan kering. Pilihan lain, sapuan ubat anti kulat sama ada dalam bentuk semburan atau losen boleh digunakan untuk merawatnya.

5. Lepuh

Gelembung dipenuhi cecair yang berlaku pada kaki dikenali sebagai lepuh.

Melepuh adalah masalah umum, terutama bagi pejalan kaki, pelari, mereka yang memakai kasut tidak sesuai atau mempunyai kaki berpeluh.

Umumnya, lepuh bukanlah satu kondisi serius dan boleh dirawat hanya di rumah.

Cuba biarkan lepuh anda sembuh secara semula jadi dan letakkan pembalut di atasnya untuk keselesaan.

Ingat, hanya keringkan lepuh anda apabila perlu dan lakukan dengan peralatan yang sudah disteril dengan betul.

Sekiranya anda memilih untuk mengeringkan lepuh, pastikan juga menutupnya dengan pembalut dan krim antibiotik.

6. Stone bruise

Masalah sakit tapak kaki ini juga disebut metatarsalgia. Ia boleh muncul apabila anda melakukan senaman berimpak tinggi atau pemakaian kasut yang tidak sesuai.

Kawasan antara jari dan lengkungan kaki mungkin berasa kebas dengan sesekali terasa sakit menyucuk seolah-olah anda sedang memijak batu. Simptomnya turut berisiko bertambah buruk dari masa ke masa.

Rawatan lazim untuk kondisi ini adalah rehat, meletak kompres sejuk, atau mendapatkan kasut yang lebih sesuai.

Namun, jika kesakitan tidak bertambah baik atau semakin parah, temui doktor dengan kadar segera.

7. Ketuat plantar

Ketuat plantar (verruca) sering muncul di tapak kaki, biasanya di kawasan yang menampung berat badan seperti tumit, dan merebak ke kulit kerana tekanan daripada aktiviti berjalan dan berdiri.

Sekiranya ketuat pada kaki ini muncul dalam kelompok, ia dikenali sebagai kutil mosaik yang bersifat keras, tebal, dan leper.

Ketuat plantar juga mungkin mempunyai bintik-bintik hitam di atasnya, sama seperti kutil yang biasa.

Virus HPV yang menyebabkan pertumbuhan ketuat plantar biasanya tumbuh subur di persekitaran yang hangat dan lembap.

Bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti, pilih kasut yang lebih terbuka seperti sandal terutamanya apabila anda pergi ke tempat yang basah seperti kolam renang, bilik persalinan dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
No 2 ni lately..thanks aking!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048588 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list