CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1618|Reply: 5

Kajian Klinikal Vaksin COVID-19 Untungkan Malaysia

[Copy link]
Post time 31-1-2021 10:59 AM | Show all posts |Read mode


Berita Harian

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 digerakkan di sembilan hospital milik Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah kelolaan pusat kajian klinikal (CRC) masing-masing, bermula 21 Januari lalu.

Ia disusuli pelancaran rasmi kajian klinikal oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis minggu lalu.

Difahamkan kajian klinikal ke atas vaksin COVID-19 yang pertama dilakukan di Malaysia dan kita antara negara pertama di luar China terpilih menjalankan ujian itu yang dijangka membabitkan lebih 30,000 sukarelawan dari pelbagai negara.

Malaysia akan mengendalikan 3,000 sukarelawan khusus sebagai kohot pertama kajian klinikal ini.

Calon vaksin tidak aktif COVID-19 untuk kajian klinikal ini dibangunkan Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS) sejak Februari 2020 yang berpangkalan di fasiliti kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kunming di China.

IMBCAMS ialah sebuah agensi penyelidikan vaksin milik Kerajaan China di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Kesihatan China dan mempunyai lebih 50 tahun pengalaman membangunkan vaksin sejak 1958.

Antara vaksin dibangunkan dan dipasarkan, termasuk Inactivated polio, bivalent live attenuated polio, live attenuated polio, Enterovirus dan Hepatitis.

Pusat kajian vaksin ini juga dilengkapi kemudahan makmal Kabinet Biokeselamatan Tahap 3 serta mempunyai lebih 400 pakar dan saintis.

Calon vaksin tidak aktif COVID-19 ini diuji secara klinikal melalui Fasa 1 dan Fasa 2 sejak Mei tahun lalu membabitkan lebih 1,500 sukarelawan.

Keputusan awal daripada kedua-dua fasa ini mendapati tahap keberkesanan dan data keselamatan adalah menepati kriteria untuk diuji ke peringkat Fasa 3 kajian.

Berdasarkan protokol kajian klinikal vaksin dan mematuhi piawaian antarabangsa, Fasa 3 adalah perlu dilakukan dengan jumlah sukarelawan lebih ramai dan mereka seharusnya berasal dari pelbagai negara dan latar belakang berbeza.

Ini penting untuk memastikan tahap keselamatan terus terjamin dan jika kesan sampingan berlaku, pihak penyelidik klinikal perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan.

Kajian klinikal calon untuk Fasa 3 terlebih dahulu mematuhi semua keperluan regulatori, termasuk kelulusan etika daripada Jawatankuasa Penyelidikan dan Etika Perubatan (MREC) dan akhir sekali, Lesen Import Kajian Klinikal (CTIL) daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) diperoleh pada 8 Januari lalu.

Proses evaluasi awal ini sebagai prasyarat untuk memastikan data awal yang diperoleh ketika fasa praklinikal, Fasa 1 dan Fasa 2 klinikal terbukti selamat untuk terus diuji ke fasa berikutnya.

Kita bertuah kerana KKM melalui agensi di bawahnya, iaitu Pusat Klinikal Kebangsaan (ICR) dan Clinical Research Malaysia (CRM) serta kebanyakan hospital utama kerajaan di setiap negeri mempunyai fasiliti untuk menjalankan kajian klinikal juga dikenali sebagai CRC.

Pusat ini memainkan peranan penting memastikan implementasi kajian oleh pasukan penyelidik klinikal dan sukarelawan terbabit mematuhi piawaian antarabangsa seperti mana dinyatakan dalam dokumen 'Amalan Klinikal Baik' (GCP).

Tujuan pertama menjalankan Fasa 3 kajian klinikal ialah mengkaji tahap keberkesanan vaksin ke atas sukarelawan yang menepati kriteria kajian.

Keberkesanan ini bermaksud vaksin mampu merangsang imuniti badan bertindak dengan menghasilkan antibodi secara spesifik yang akan menghalang dan melawan virus itu sebelum boleh membiak dan merosakkan sistem tubuh badan.

Pencapaian sekurang-kurangnya 50 peratus tahap keberkesanan seperti kriteria pematuhan vaksin adalah perlu, sebelum sesuatu vaksin itu boleh diterima pakai dan didaftarkan pihak berkuasa kesihatan.

Tujuan kedua pula untuk merekod maklumat berkaitan tahap keselamatan terhadap penerima vaksin. Keselamatan di sini bermaksud vaksin seharusnya tidak menyebabkan kesan mudarat serius seperti penyebab kecacatan, kerosakan organ penting badan, alahan akut dan juga kematian.

Secara umumnya, pasti ada kesan sampingan boleh dikategorikan sebagai ringan dan boleh dirawat dengan segera. Semua kesan sampingan itu perlu direkodkan sebagai rujukan pihak berkuasa kesihatan nanti.

Kajian klinikal calon vaksin tidak aktif COVID-19 di Malaysia membuka sejarah baharu di mana negara mampu menjalankan kajian dengan jumlah sukarelawan teramai pernah diadakan.

Ini satu penghormatan oleh pihak luar dengan adanya fasiliti kajian klinikal dan pasukan penyelidik klinikal yang terlatih dalam bidang vaksin ini.

Peluang pakar Malaysia untuk belajar daripada pihak luar, terutama IMBCAMS terbuka luas dan IMBCAMS bersedia untuk berkongsi maklumat kajian praklinikal vaksin, serta maklumat berkaitan Fasa 1 dan Fasa 2 klinikal yang dijalankan sebelum ini.

Ini satu kelebihan dan sesuatu yang menguntungkan Malaysia serta mereka yang terbabit. Di samping dapat memberi maklumat klinikal berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin, maklumat berkenaan kesesuaian vaksin juga mampu memberikan kelebihan kepada Malaysia.

Maklumat ini sangat berguna kerana akhirnya boleh digunakan ketika pendaftaran vaksin dengan pihak berkuasa Malaysia menerusi NPRA.

Justeru, penyertaan aktif KKM serta agensi di bawahnya dan 3,000 rakyat Malaysia secara sukarela dalam kajian klinikal vaksin ini perlu diberi penghargaan tinggi.

Demi memastikan kajian klinikal ini dipantau lebih rapi, penyertaan syarikat tempatan, iaitu The Organic Pharmacy Sdn Bhd (TOPSB) dan pasukan penasihat teknikal sangat dialu-alukan.

Ini memberi kelebihan kepada TOPSB untuk berhubung rapat dengan pihak penganjur IMBCAMS dan koordinasi ini mengeratkan hubungan dari segi saintifik dan teknikal.

Seperti semua pihak sedia maklum, vaksin ini dibangunkan sebagai satu kaedah rawatan pencegahan awal untuk memastikan wabak COVID-19 terkawal dengan sebaiknya.

Namun, tahap keseluruhan keberkesanan vaksin sangat bergantung jumlah penduduk di Malaysia menerima vaksin itu nanti. Sekurang-kurangnya 60 hingga 70 peratus rakyat Malaysia perlu menerima vaksin supaya imuniti kelompok dapat terbentuk dalam masyarakat dan penduduk amnya.

Diharapkan kajian klinikal ini yang akan membabitkan ramai pihak tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama, memberi sinar harapan supaya wabak COVID-19 di Malaysia dapat dikawal sebaiknya.

*Prof Dr Azizi Ayob: Timbalan Pengarah Pusat Kajian, Inovasi dan Pembangunan (IRDI), International Medical University (IMU) dan Timbalan Presiden IMEDIK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 07:08 PM | Show all posts

Kira-kira 80 peratus populasi rakyat Malaysia bakal menerima suntikan vaksin Covid-19. –

PUTRAJAYA – Kira-kira 75,000 rakyat dijangka mene-rima suntikan vaksin koronavirus setiap hari di 600 pusat vaksinasi di seluruh negara apabila program vaksinasi Co-vid-19 kebangsaan bermula Mac ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sasaran awal kerajaan adalah 75,000 suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh sehari dan sasaran seterusnya sebanyak 150,000 suntikan sehari meliputi dos kedua.

Menurutnya, kerajaan menjangkakan program vaksinasi terhadap 27 juta penduduk atau 80 peratus populasi negara ini dapat diselesaikan menjelang Mac 2022 atau secepatnya hujung tahun ini.

“Kita mahu berusaha melaksanakan vaksinasi untuk orang ramai sebanyak mungkin pada suku kedua, ketiga dan keempat.

“Kerajaan sudah mengenal pasti 600 tapak (pusat vaksinasi) bagi pelaksanaan program ini. Kita juga sedang mengenal pasti kawasan seperti stadium atau lokasi acara yang luas bagi tujuan itu,” katanya dalam wawancara bersama CodeBlue, Isnin lalu.

Khairy Jamaluddin turut yakin bahawa sasaran kerajaan itu mampu dicapai berdasarkan penyediaan fasiliti mencukupi termasuk tempoh operasi pusat vaksinasi selama 24 jam sehari.

“Saya fikir, jika kita pertimbangkan dalam 75,000 orang sehari, dengan kombinasi 600 pusat, ditambah kawasan vaksinasi luas yang saya sedang aturkan, jika rancangan ini berjalan lancar, kita boleh selesaikan pa-ling cepat pada Disember (ini),” ujarnya.

Sebanyak 600 pusat -vaksinasi itu antaranya melibatkan hospital kerajaan, hospital swasta, hospital universiti, hospital Ang---katan Tentera Malaysia, klinik kesihatan dan klinik swasta.

Khairy Jamaluddin berkata, perbincangan perlu diadakan di peringkat kerajaan negeri dengan klinik swasta bagi melihat kapasiti vaksinasi dan lokasi masing-masing.

“Kadar vaksinasi di klinik swasta, kita unjurkan tidak akan terlalu tinggi, ini lebih kepada kemudahan kepada golongan ter-tentu seperti warga emas.

“Jika mereka tinggal di kawasan tertentu yang mungkin jauh dari hospital atau pusat berkenaan, mereka boleh pergi ke klinik swasta dengan merujuk senarai dalam laman web serta aplikasi MySejahtera untuk membuat janji temu,” katanya.

Ujar beliau, kerajaan juga akan menanggung kos vaksinasi Co-vid-19 jika dibuat di klinik swasta supaya orang ramai boleh mendapatkannya secara percuma.

Khairy Jamaluddin turut memaklumkan bahawa kerajaan akan menambah jumlah kakitangan vaksinasi daripada 7,000 kepada 10,000 orang, bergantung kepada bilangan pusat vaksinasi.

Selain doktor yang tergolong sebagai petugas vaksinasi, beliau berkata, pembantu perubatan, jururawat, penyelia jururawat, pelajar perubatan, sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan juga akan terbabit sama.

“Kita bukan hanya mengge-rakkan mereka dalam perkhidmatan kesihatan, malah komuniti sukarelawan seperti Bulan Sabit Merah, St. John Ambulance dan seberapa ramai mungkin untuk turut sama terlibat,” jelasnya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga peka dengan kemungkinan berlaku masalah kelewatan perolehan bekalan membabitkan vaksin yang dibangunkan Pfizer dan AstraZeneca selain yang dihasilkan firma China serta Rusia.

“Portfolio vaksin akan terus diimbangi dan disesuaikan supaya kita mampu memperoleh bekalan dalam jumlah sepatutnya sehingga suku keempat tahun ini.

“Dalam tempoh sebulan (selepas program bermula) atau kurang dari itu, kerajaan akan memperoleh jangkaan memuaskan tentang tempoh program vaksinasi ini boleh diselesaikan de-ngan mengambil kira kese-diaan bekalan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 07:44 AM | Show all posts
Hampir setahun pandemik COVID-19 melanda dunia dan hingga saat artikel ini ditulis, lebih 103 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus Korona dan seramai 2.2 juta telah meninggal dunia.





Antara negara yang kini berada dalam top 5 jangkitan dan kematian tertinggi akibat COVID-19 adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom dan Rusia.





Namun, disebalik kes jangkitan dan kadar kematian semakin meningkat setiap hari, masih ada lagi pihak yang mendakwa COVID-19 sebenarnya tidak berbahaya dan hanya seperti selsema biasa sahaja.


Malah ada yang mendakwa bahawa vaksin yang dibekalkan untuk mencegah jangkitan adalah lebih berbahaya dari virus COVID-19.


Memandangkan isu ini kerap tersebar di laman sosial  dan sering menjadi perdebatan dikalangan warganet hingga mengundang pergaduhan dan kekeliruan, seorang doktor tampil mengulas mengenai isu panas ini.


Dalam perkongsian video siaran "live" berdurasi satu jam dua belas minit dilaman Facebooknya, seorang doktor yang dikenali sebagai DrMan Ttdi menjelaskan perkara sebenar mengenai COVID-19 dan juga vaksin.


Menurut DrMan, kita tidak perlulah bergaduh mengenai bagaimana virus ini wujud sama ada ia dicipta oleh sesuatu pihak, mungkin hanya propaganda, mungkin juga diturunkan dari langit atau bermacam-macam lagi teori konspirasi yang tersebar. Perkara yang perlu kita tahu adalah bahawa Allah telah turunkan ujian ini sama ada virus ini benar atau pun tipu.


"Kalau tuan-tuan dan puan-puan pergi tengok sendiri dihospital, dan tidak hanya baca di Facebook atau maklumat yang tersebar di Whatsapp group sahaja, kita akan tahu Covid memang benar-benar wujud dan bahaya. Jangan sekadar tengok maklumat di Google dan kita telan bulat-bulat".


"Kita pergi tengok sendiri di wad-wad, tengok sendiri bagaimana doktor bertugas dan bagaimana pesakit sesak nafas dan ada yang meninggal." katanya.


DrMan memberitahu rakan-rakannya sendiri yang juga dikalangan doktor telah ramai dijangkiti dan ada yang meninggal dunia disebabkan Covid.


"Kawan saya sendiri, Doktor Usman Sani pakar Patologi Hospital Kangar meninggal dunia disebabkan oleh kuman Karona dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki".


"Sebenarnya, selagi mana kita tak nampak, tak rasa, tak kena..kita akan kata kuman Covid ini tipu dan juga propaganda. Orang yang tak jadi doktor, tak jadi nurse, tak jadi frontliner, dia tak rasa bagaimana sengsaranya."


"Sekarang ni,dekat hospital berlambak-lambak kes doktor dan nurse yang sudah dijangkiti dan telah dikuarantin."


"Kita jangan dok kata propa saja melalui bacaan selagi kita tak kena, anak kita tak kena, isteri kita, suami kita, mak ayah kita atau saudara mara kita tak meninggal disebabkan Carona, selagi tu lah kita tak percaya."


"Yang terbaru, sahabat kita yang femes Dr. Azizan Osman dan 31 orang keluarganya juga dijangkiti Carona hinggakan mak mertuanya meninggal dunia. Kamu ingat Dr Azizan saja-saja nak pakai tiub, banyak lagi kerja lain dia nak buat" tambahnya.


Mengulas mengenai vaksin, DrMan menjelaskan bahawa vaksin adalah bukan ubat untuk merawat Covid tetapi vaksin adalah dihasilkan dari partikel kuman untuk mencegah jangkitan Covid.


"Tuan-tuan, kita ada dua cara untuk menjadikan kita imun dari kuman Corona. Nombor satu, kita terkena jangkitan kuman Corona maka badan kita akan ada antibodi yang kuat setelah kuman itu negatif"


"Nombor dua, kita bagi kuman yang bukan original yang dinamakan vaksin yang sama seperti kuman original tapi kuman yang telah dilemahkan. Jadi secara tak langsung bila kita cucuk vaksin, badan kita akan melawan kuman tak original itu seterusnya menghasilkan antibodi".


Menurut DrMan lagi, apabila mengambil vaksin kadang-kadang akan ada orang yang kena kesan sampingan seperti pening, muntah atau mungkin ada yang akan merasa gejala sama seperti terkena Covid-19 namun kesan sampingannya tidak berbahaya seperti terkena kuman Covid yang original yang boleh membawa maut.


Tambahnya lagi, golongan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap kencing manis atau darah tinggi tidak akan diberi vaksin terlebih dahulu dan hanya akan diberi kepada orang yang sihat kerana kerajaan masih belum ada data yang banyak untuk dimonitor.


"Jadi vaksin ini dikatakan keberkesanannya adalah diantara 90% hingga 96% bergantung kepada jenis vaksin. Setiap vaksin akan ada kesan samping tapi kesan samping itu tidak berbahaya seperti dijangkiti virus Corona"


"Dengarlah dan percayalah cakap saya, janganlah percaya dan dengar perkara tahyul dan bukan-bukan" katanya.


DrMan juga menyeru agar orang ramai tidak takut dengan vaksin kerana kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dengan Covid.


"Kita mahu hidup seperti dulu kerana pasti ramai yang rindukan solat berjemaah ramai-ramai, rapat-rapat dimasjid setelah sekian lama bersolat Jumaat berjarak. Bukan saja ramai yang hilang kerja serta anak-anak terpaksa belajar "online", kita juga nak terbang pergi menunaikan haji di Mekah."


" Percayalah, doktor akan buat yang terbaik. Tidak ada mana-mana doktor nak bagi pesakit dia mati."


Diakhir video, DrMan sebak membacakan doa memohon semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dari jangkitan Corona dan keadaan kembali normal.


Untuk info, Covid-19 mempunyai 5 tahap jangkitan.


Tahap 1: Tidak bergejala (assymptomatic)
Tahap 2: Bergejala tanpa radang paru-paru (symptomatic, no Pneumonia)
Tahap 3: Bergejala dengan radang paru-paru (symptomatic, Pneumonia)
Tahap 4: Bergejala, mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen (symptomatic, Pneumonia, requiring supplemental oxygen)
Tahap 5: Pesakit kritikal dengan penglihatan multiorgan (critically ill with multiorgan involvement)


Menurut laporan oleh KKM, sebanyak 88% daripada mereka yang telah dijangkiti berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Ini jelas menunjukkan kebanyakan daripada pesakit jangkitan ini sama ada tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Covid-19 atau hanya menunjukkan gejala yang ringan seperti demam dan batuk.


7% peratus daripada keseluruhan pesakit semasa pula berada pada Tahap 3 dan Tahap 4. Manakala sebanyak 5% daripada baki jumlah keseluruhan pesakit berada pada Tahap 5.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Khairy dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Muhyiddin

Fareez Azman

Februari 4, 202116:54 MYT

Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan program imunisasi ini dilaksanakan dengan teratur. - Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA:Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Perdana Menteri, Jemaah Menteri bersetuju Khairy dilantik mengetuai Pasukan Petugas Khas bagi memastikan program imunisasi ini dilaksanakan dengan teratur.

"Beliau akan mengetuai satu Pasukan Pertugas Khas yang menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi kerajaan.

"Ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan untuk terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang masih menunjukkan trend membimbangkan," kata Muhyiddin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada Khamis.

Dalam pada itu, kerajaan, jelas Muhyiddin akan memulakan pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini hingga April melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan.

BACA SEMUA ARTIKEL BERHUBUNG VAKSIN DI SINI

BACA:Teks penuh penjelasan terkini Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat oleh PM

Sementara fasa kedua pula, jelas beliau, bakal melibatkan 9.4 juta penerima vaksin bermula April hingga Ogos 2021 terutamanya kepada kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 seperti warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas.

"Bagi fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.

"Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atauherd immunitydan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh," katanya lagi.

Tambah Perdana Menteri, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara melibatkan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam, swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti.

"Peruntukan di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan digunakan oleh kerajaan untuk mengambil alih secara sementara dewan-dewan dan kemudahan-kemudahan yang lain bagi tujuan persediaan untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini adalah program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di negara kita. Justeru, saya menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan segala sumber yang ada bagi menjayakan program ini," kata Perdana Menteri lagi.

Sos: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairy-dilantik-sebagai-menteri-penyelaras-program-imunisasi-covid19-kebangsaan-muhyiddin-281278
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 10:46 AM | Show all posts
Whether you've read about it in the news or heard personal accounts from friends and family, COVID-19 vaccines can cause side effects – but there are ways to minimize symptoms.

Dr. Michael Daignault, an emergency physician in Los Angeles, tells USA TODAY that common post-vaccine symptoms shouldn't make people wary of getting vaccinated against the coronavirus.

"The side effects of the vaccine are 100 times better than getting COVID itself," he said. "I've seen firsthand what COVID does to people and does to their body – having symptoms for a few hours or even a day is much more agreeable."
He added having a vaccine reaction is actually a good sign. "It means your immune system is working," he explained.

If you're looking to lessen some of the potential side effects, however, here's how to treat some common symptoms:

How to treat COVID-19 vaccine injection site pain:

One area that may react to the vaccine is the arm where you received the shot. The Centers for Disease Control and Prevention lists injection site pain and swelling as normal side effects. Here are some things you can do:

Pain relievers: Though the CDC and the World Health Organization recommend against the preventive use of over-the-counter pain relief medications such as acetaminophen or ibuprofen, they do allow them if symptoms develop after the shot. Daignault recommends checking with your doctor first, however, if you're already taking other medications.

Cool it down: "Ice is a great treatment for swelling – plus for pain, and it's often overlooked but it's something we all have and it doesn't interact with any medications you have already," Daignault said. Out of ice? The CDC says you can use a "clean, cool, wet washcloth over the area" as well.

Epsom salt baths: "If it's really sore or if you have general body aches," Daignault said, "just take 2 cups of Epsom salt, put it in some relatively warm water and soak in there for 20 minutes, finish with a cold shower and get into bed."

Exercise your arm: "The muscle ache comes from localized inflammation," Dr. Richard Pan, a pediatrician and California State Senator who chairs the Senate Committee on Health, explained to USA TODAY. "So moving the arm around can sometimes make it feel better."

How to treat general COVID-19 vaccine symptoms:

You may also experience symptoms including fever, chills, tiredness and headaches.
Rest up: "I would say rest as much as you can," Daignault said, before advising not to over-do it. "I'm also encouraging people to go about their daily activities... because you always want to maintain the best cardiovascular system as possible."

Drink fluids: The CDC recommends this as a way to "reduce discomfort from fever."
Dress lightly: The CDC also recommends this for fevers.
When should I see a doctor for my vaccine symptoms?
Pan said that if you feel like your reactions are "particularly severe" without relief or "prolonged" – lasting more than the typical few days – you should call your doctor.

COVID-19 vaccine:Jeff Goldblum, Tyler Perry, Queen Elizabeth II, more celebs who got it
Pan also points out that "not everything that happens after you get a vaccine is necessarily due to the vaccine," meaning another illness could be causing more severe symptoms.

"So call you doctor... certainly if you feel like you need medical care," he said. "If you're short of breath, that shouldn't be from the vaccine. So don't think, 'Well, maybe that's just the vaccine.'"

CDC also recommends seeing your doctor if redness or pain at your injection site increases after 24 hours.

Daignault noted the "most severe" side effects people could experience from the vaccine are usually allergic reactions shortly after the shot. For that reason, he asks patients to wait in their car or at their testing center for about 15 to 30 minutes after the injection.
"Usually if you can make it through that without any severe symptoms, the chances of having any severe symptoms hours or days after that are very unlikely," he assured.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.354773 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list