CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6546|Reply: 30

Jenama Realme Makin Melonjak

[Copy link]
Post time 2-2-2021 09:19 AM | Show all posts |Read mode

Hingga kini realme melangkaui pencapaian hingga 50 juta penjualan.


Harian Metro

Sri Ayu Kartika Amri
kartika@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengeluar telefon pintar realme menerima pengiktirafan sebagai jenama telefon pintar antarabangsa paling pesat berkembang di dunia bagi 2020.

Jenama ini melonjak berbanding syarikat gergasi industri yang lain, sekali gus mengambil kedudukan ketujuh dari segi penguasaan pasaran global.

Syarikat penyelidikan Counterpoint mengumumkan pencapaian ini dalam laporan suku keempat 2020 telefon pintar terbaharunya di mana realme berkembang 65 peratus tahun ke tahun dan mengedarkan 42.4 juta telefon pintar, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (Global) realme, Sky Li berkata, hingga kini realme melangkaui pencapaian 50 juta penjualannya hanya dalam sembilan suku sejak ditubuhkan menjadikannya jenama telefon pintar paling cepat berkembang di dunia.

"Sebaik sahaja negara mula mengehadkan pergerakan, kami meningkatkan perkhidmatan selepas jualan seperti lanjutan jaminan, sokongan dalam talian secara langsung dan masa menunggu dan penghantaran yang lebih pendek untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan yang tinggi kepada pengguna realme.

"Pada hakikatnya, kami menerapkan falsafah kami, iaitu berani memasuki barisan hadapan inovasi, reka bentuk dan nilai produk, sesuatu yang dekat dengan golongan muda," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, realme kini menjadi tumpuan utama dalam industri telefon pintar kerana menggunakan kaedah inovatif dari aspek pengguna dan produk untuk meningkatkan bahagian pasarannya secara agresif.

Beliau berkata, dalam persekitaran ekonomi yang tidak stabil dan hampir semua peneraju industri utama mengalami kerugian, realme adalah satu-satunya jenama telefon pintar utama yang mencatatkan pertumbuhan sepanjang 2020.

"Awal tahun 2020 bermula dengan jualan di 35 pasaran aktif dan realme merekodkan pertumbuhan 100 peratus, kini melonjak ke 61 pasaran aktif pada akhir 2020.

"realme juga sudah meluaskan pangkalan penggunanya sebanyak 100 peratus, dari 25 juta hingga sekarang lebih 50 juta pengguna di seluruh dunia," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 09:52 AM | Show all posts
Antara jenama yang mementingkan innovasi di dalam sesuatu produk mereka
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 10:36 AM | Show all posts
proud realme user here.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:14 PM | Show all posts
subur betul realme ni ye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:16 PM | Show all posts
subur betul realme ni ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiap bulan beranak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2021 07:50 PM | Show all posts
Realme ni mng baik tak mahal sgt lepastu spec semua pun ok
Kalau nak beli, beli jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2021 08:11 PM | Show all posts
main game pakai realme pun no problem walaupun bajet tapi spec tu tak bajet, best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2021 07:25 AM | Show all posts
Cun gak model realme ni ada warna biru terang mcm ni. Berapa harga satu ni geng?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 07:31 AM | Show all posts
Camera phone realme ni kalau mcm pecah2 nampak kabur kena fikir banyak kali sebelum beli. Kang bazir je
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 07:56 PM | Show all posts
Harganya agar berapa? Sedang cari phone utk ibu tapi badget tak banyak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 08:14 PM | Show all posts
grucylu replied at 12-5-2021 07:56 PM
Harganya agar berapa? Sedang cari phone utk ibu tapi badget tak banyak sangat

Realme harga badget jer atau u blh try tengok layak tak utk Jaringan Prinhatin tu blh dpt fon percuma
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:04 PM | Show all posts
whitie replied at 12-5-2021 08:14 PM
Realme harga badget jer atau u blh try tengok layak tak utk Jaringan Prinhatin tu blh dpt fon perc ...

Fon percuma wah baiknya! Tapi ni Jaringan Prinhatin program apa? Contest ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:23 PM | Show all posts
grucylu replied at 13-5-2021 01:04 PM
Fon percuma wah baiknya! Tapi ni Jaringan Prinhatin program apa? Contest ke apa ni?

Selamat Hari Raya!!!
Ni bkn contest lah, ni subsidi kerajaan kat telco, kalau anda B40 dan layak blh dpt fon percuma dgn data murah
telco apa u pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2021 01:33 PM | Show all posts
Maniaso replied at 13-5-2021 01:23 PM
Selamat Hari Raya!!!
Ni bkn contest lah, ni subsidi kerajaan kat telco, kalau anda B40 dan layak ...

Selamat Hari Raya!
I pakai Celcom dah 5 tahun dah. Ni Jaringan Prinhatin Celcom ada tak? Kalau ada tu best la takya tukar telco hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 12:41 PM | Show all posts
grucylu replied at 13-5-2021 01:33 PM
Selamat Hari Raya!
I pakai Celcom dah 5 tahun dah. Ni Jaringan Prinhatin Celcom ada tak? Kalau a ...

Celcom ada Jaringan Prinhatin ni, ada phone realme juga. U check dgn Celcom website atau app dah tau dah layak ke tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 01:13 PM | Show all posts
whitie replied at 14-5-2021 12:41 PM
Celcom ada Jaringan Prinhatin ni, ada phone realme juga. U check dgn Celcom website atau app dah t ...

Dah check dgn website dah, haah layak byknya fon blh pilih Realme pun ada
tapi tu individu dgn isi rumah tu i abit confuse la
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 08:48 PM | Show all posts
Maniaso replied at 13-5-2021 01:23 PM
Selamat Hari Raya!!!
Ni bkn contest lah, ni subsidi kerajaan kat telco, kalau anda B40 dan layak ...

Siyes la dpt free phone realme. Ni sama mcm telco lain ke yg kena beli plan yg mahal baru dpt phone tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 08:52 PM | Show all posts
whitie replied at 14-5-2021 12:41 PM
Celcom ada Jaringan Prinhatin ni, ada phone realme juga. U check dgn Celcom website atau app dah t ...

Nak check kat website celcom mana ni sebab x pernah dgr lgi pasal jaringan prihatin ni. Ada hidden charge pape tak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 08:59 PM | Show all posts
grucylu replied at 14-5-2021 01:13 PM
Dah check dgn website dah, haah layak  byknya fon blh pilih Realme pun ada
tapi tu individu dg ...

Semua model fon realme ke kita boleh pilih ke certain model je. Plan internet tu pun berape GB je dpt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.101050 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list