CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2350|Reply: 19

[SARAWAK] Edisi balasan sebab buat jahat ...?

[Copy link]
Post time 2-2-2021 10:37 AM | Show all posts |Read mode
SIBU - Wanita lumpuh selepas dibelasah adiknya menggunakan penyapu.

Adalah Difahamkan saspek telah meminta wang daripada mangsa.

Mangsa enggan memberi wang kepada saspek tetapi suspek terus mendesak mangsa.

Mangsa naik berang dan mengambil batang penyapu dan seterusnya memukul saspek.

Dalam masa yang sama, saspek bertindakbalas dengan merampas batang kayu penyapu daripada pegangan mangsa dan terus memukul mangsa di bahagian kepala, badan dan belakang beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas.

Semasa badan mangsa dalam keadaan telentang di atas lantai, saspek terus-menerus memukul badan mangsa beberapa kali sehinggalah pengadu (emak) menjerit ke arahnya untuk berhenti memukul mangsa.

Mangsa dengan saspek sudah sekian lama berselisih-faham, sering bertengkar tetapi tiada melibatkan kecederaan fizikal.

Ketua Polis Derah Sibu, ACP Jonathan Stanley Ringgit berkata saspek berusia 44 tahun sudah ditangkap.

Doktor yang merawat mangsa dari Hospital Sibu telah mengesahkan tulang belakang mangsa No. 5 dan No. 6 telah terkehel dan menyebabkan saraf tunjang tertekan kuat.

Kecederaan ini telah menyebabkan mangsa lumpuh dari paras dada hingga ke kaki (tidak dapat bergerak).

Mangsa akan menjalani pembedahan pada tulang belakang pada 3/2/2021 di mana peratusan untuk sembuh adalah tipis (1%).

Untuk mklmn, mangsa adalah wanita yang sama yang di viral memaki pekerja Watson Premier Sibu pada 6/10/2020 tahun lepas kerana ditegur oleh pekerja Watson kerana tidak memakai mask dan memaki pekerja itu dengan bahasa kesat berbau perkauman.

Dia telah dikompaun.


S.U

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2021 10:42 AM | Show all posts
ni kisah wanita / mangsa sblom ni ...

Disaman RM1000 Tidak Memakai Face Mask, Wanita Ini Maki Pekerja Farmasi Di Sibu

Disaman RM1000 Tidak Memakai Face Mask, Wanita Ini Maki Pekerja Farmasi Di Sibu. Tindakan seorang wanita yang tidak mahu memakai face mask ketika berada di sebuah farmasi telah membawa padah apabila dia dikenakan saman RM1000 pada Isnin semalam.

Mengingkari SOP dan PKPP

Wanita tersebut berdegil enggan mematuhi prosedur pengandilan standard (SOP) Perintah Kawal Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 2.30 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Jonathan Ringgit berkata, satu rakaman video yang tular menunjukkan wanita itu memaki seorang kakitangan farmasi tersebut yang terletak di Jalan Kampung Nyabor di sini.

Maki Kakitangan farmasi kerana memanggilnya auntie

Polis yang bertindak berdasarkan rakaman video yang didapati, ianya telah menjalankan siasatan yang menjurus kepada penangkapan wanita yang berusia 48 tahun itu, kata ACP Jonathan Ringgit.

Wanita tersebut juga bengang apabila seorang kakitangan farmasi tersebut memanggilnya dengan pangilan ‘auntie’ sehingga ianya menjadi pertengkaran mulut.

Katanya, wanita tersebut berjaya dikesan susulan satu laporan polis yang diterima pada 2.30 petang pada 5 Oktober.

Suspek bagi alasan insomnia

Suspek juga menyatakan bahawa dia marah kerana dipanggil sebagai ‘auntie’ dan berasa tidak puas hati serta mengaku mempunyai insomnia (sukar tidur malam), katanya.

Jelasnya lanjut, wanita itu juga meninggikan suaranya dan ketawa sendiri ketika disoal siasat.

Katanya, suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) 2020 kerana ingkar SOP PKPP.

Dia yang telah diterangkan mengenai kesalahannya tidak mempunyai rekod jenayah lampau diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan pembayaran kompaun di kaunter KKM Sibu, tambah Stanley.

iloveborneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga senang tido la lepas ni.dah lumpuh kannn.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan itu...Maha Kuasa dan Maha Adil...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasatnya edisi cash ni

Memang dia ni ada masalah anger management jgk la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 05:14 PM | Show all posts
Belibis replied at 2-2-2021 11:01 AM
Semoga senang tido la lepas ni.dah lumpuh kannn.
seksa wooo ... kelip2 mata ... ades ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2021 05:15 PM | Show all posts
Skuau replied at 2-2-2021 11:21 AM
Tuhan itu...Maha Kuasa dan Maha Adil...
kan ...

apa perasaan nya pekerja aritu dapat tau berita ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 05:24 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 2-2-2021 07:04 PM
Mina2215 replied at 2-2-2021 11:42 AM
Dasatnya edisi cash ni

Memang dia ni ada masalah anger management jgk la

alasan selalu nya ... bila dah memang takde adab camtu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 05:46 PM | Show all posts

[SARAWAK] Tergamak Pukul Kakak Hingga Lumpuh Kerana Wang


Mangsa yang lumpuh akibat dipukul kini menerima rawatan lanjut di hospital. - NSTP/NORSYAZWANI NASRI


Berita Harian

Norsyazwani Nasri
bhnews@bh.com.my

SIBU: Seorang lelaki disyaki tergamak memukul kakaknya sehingga lumpuh, termasuk dengan menggunakan batang penyapu, kerana berang tidak diberikan wang.

Akibat kejadian kira-kira jam 3 petang 22 Januari lalu di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu, di sini, mangsa berusia 49 tahun terkehel tulang belakang menyebabkan saraf tunjangnya tertekan sehingga wanita itu lumpuh dari paras dada ke kaki.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata insiden berlaku apabila suspek berumur 44 tahun disyaki memukul mangsa kerana tidak diberikan wang walaupun sudah beberapa kali mendesak.

"Berikutan itu, mangsa dikatakan berang dan mengambil batang penyapu lalu memukul suspek.

"Suspek didakwa bertindak balas dengan merampas batang penyapu daripada pegangan mangsa dan terus memukul bahagian kepala, badan serta belakang tubuh wanita itu.

"Ia menyebabkan mangsa jatuh terlentang di atas lantai ruang tamu di tingkat atas.

"Bagaimanapun, suspek didakwa terus memukul badan wanita itu beberapa kali sehingga emaknya menjerit supaya berhenti memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu dan akan menjalani pembedahan tulang belakang, esok, namun dimaklumkan peratusan untuk sembuh adalah tipis.

"Pada hari kejadian, keluarga dikata enggan membabitkan pihak polis tetapi selepas didesak mangsa, laporan telah dibuat, semalam," katanya.

Susulan itu, Stanley berkata, suspek ditahan kira-kira jam 2.10 petang semalam dan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

"Kes akan dirujuk kepada Pegawai Perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ke atas mangsa," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 07:03 PM | Show all posts
tak boleh nak cakap kifarah ke apa. sbb kadang2 dosa kita sendiri menimbun tapi tak insaf2. doakan moga dia sembuh.

peringatan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 06:36 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 2-2-2021 07:03 PM
tak boleh nak cakap kifarah ke apa. sbb kadang2 dosa kita sendiri menimbun tapi tak insaf2. doakan m ...
baik nyer abang ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 07:53 PM | Show all posts

biasa manusia suka judge orang, dosa orang tu tuhan bagi cash dosa sendiri menimbun cm klcc tuhan tak bagi cash cuma tuhan bagi extended warranty supaya insaf.

so jgn hukum orang tu jahat ke baik. ending kehidupan tak tahu berakhir kebaikan atau kejahatan. mungkin dia ni jahat kat kita atau apa kita benci, tapi asbab doa kita mngkn dia berubah. atau apa saja situation dengan izin allah dia berubah jadi lebih baik dari kita. hati manusia ni bolak balik. sentiasa di cucuk syaitan ( bukan spesis vokuru, sbb vokuru hanya hantu kopek)

kita nak hukum orang boleh je kalau dh jobless sgt takde kerja nak jd malaikat raqib atib kerja kira pahala dosa orang.cmne nak cakap ye, orang tu pun ujian di sisi kita pun ujian

kesimpulannya negative positive kaya miskin sihat sakit apa saja ujian. jgn fikir bonus or specialty lucky ke apa. kita kaya ujian kita tolong orang ke tak? pergi rumah allah ke tak?

ujian habis bila nafas habis. thats the ending examination of life.  jd belajar bersyukur kita tak jatuh sakit lumpuh kita sihat kita ada nafas ada orang lagi susah di timpa ujian. belajar belajar belajar bersyukur. thats the way we should view our life.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 08:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-2-2021 07:53 PM
biasa manusia suka judge orang, dosa orang tu tuhan bagi cash dosa sendiri menimbun cm klcc  ...
amboi abang ...
karangan ayat


geram la bang ... punya la dia hanya d tegur sebab tak pakai mask...
tau2 d kutuk maki nya pekerja tu...

idak ler nak menjadi malaikat mengira dosa pahala orang ...
ni nyata2 kes depan mata ...

apa2 pun ...
jager diri bebaik yer ...


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kifarah itu ada...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 3-2-2021 08:01 PM
amboi abang ...
karangan ayat  


Cuba fantasy tgk org yg lebih jahat

Perogol, macau scam. Drug kartel . 1mdb

Semua mereka ni musnahkan hidup beratus orang. Xde duit pencen. Musnahkan masa depan anak muda, musnahkan keluarga orang dengan dadah

Ikutkan timbangan dosa mereka lg besar. Tapi kenapa mereka tak lumpuh badan or apa?

Adakah Allah tidur tak bantu hambanya? NO. Allah dh bagitahu dunia ni pentas ujian

Sama juga palestin mangsa perang, syria mangsa perang, covid n mcm2 lg.

Manusia ni suka judge apa dia nampak sahaja. Mungkin perempuan tu rajin sedekah rajin jaga tahajud tp sebab satu kesilapan dan dia lumpuh terus kena mcm2

Sbb tu kaka suka cerita pelacur bg anjing minum masuk syurga. Mungkin dia melacur sbb dh habis daya usaha cari rezeki halal. Dia dtg keluarga susah dan terpaksa untuk survive

Ujian org lain sebenarnya pengajaran bg kita. Contoh kaka ada adik nakal. Mngkn di mata orang adik nakal tu di uji dgn sifat nakal.

Tp org sekeliling nya turut di uji nak marah meroyan atau santuni n doakan baik2

Sbb kaka pernah jatuh. Di hina. Sbb tu kaka prefer sangka baik kt org tu. Xrugi apa pun doakan baik.

Sorry bebel .hihi





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 03:21 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-2-2021 12:28 PM
Cuba fantasy tgk org yg lebih jahat

Perogol, macau scam. Drug kartel . 1mdb
Takde masalah nak bebel ... dah nama nya porum kan ...

Nak kata Tuhan tu tido sebab takde pembalasan untuk yang berbuat jauh lebih baik ...
rasa nya tak betul...
nak kata dunia ni pentas ujian pun 50% jer betul... sebab mengikut kepercayaan Agama ... memana Agama ... mengajar kita buat baik... buat jahat ... ada balasan nya ...tak cepat ... lambat pas mati pun akan dapat balasan.
Ikut pada DIA lah nak bagi balasan nya bila ...

Berbalik pada mangsa dalam Thread ni tadi...
dia pernah buat jahat ... ramai tau ... samada yang berada d tempat kejadian ... atau yang dia kutuk maki tanpa belas ihsan ... atau kita2 ni yang sekadar dapat tahu dengan membaca ...

Simple ... yes... padan muka ... tu la buat jahat lagi.

Adakah tu dugaan untuk dia...? pembalasan untuk dia...? tu bukan kerja kita ...jawapan nya Tuhan jer tau.

kita cuma ambik pengajaran kat situ ... jangan buat jahat ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 03:28 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-2-2021 12:28 PM
Cuba fantasy tgk org yg lebih jahat

Perogol, macau scam. Drug kartel . 1mdb
ah ...

terskip yang ni ...
Sbb kaka pernah jatuh. Di hina. Sbb tu kaka prefer sangka baik kt org tu. Xrugi apa pun doakan baik.

sapa tak pernah terjatuh ke apa ...
bila kita takde wat naya kat orang ... semesti nya orang akan kesian kat kita ... walaupun tak membantu ...

bila kita jatuh terjelepuk ... memang akan ada yang gelak kan kita ... lagi2 kita eksen sungguh petang dah nak senja tapi pakai spek itam... dan akan kata ... padan muka


bila kita jatuh terjelepuk ... sedangkan dah hati-hati ... memang ada yang akan tersengeh2 ... tapi... tapi takde yang akan memadan muka kita ...

itu ... kalau jatuh betul2 jatuh la ...

kalau jatuh / down dalam kehidupan ... orang hina kita ... mesti bersebab ... jarang la orang nak hina maki tanpa sebab kecuali memang jenis hati hitam.



Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
owh meaning that thread duplicate la yg tadi. igt link tu teruih pegi thread watson 2020
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2021 06:35 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 27-2-2021 02:40 PM
owh meaning that thread duplicate la yg tadi. igt link tu teruih pegi thread watson 2020
haha yer ...

tak jumpa update lagi...


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:45 PM | Show all posts
sadis juak nasibnya ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.285724 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list