CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2216|Reply: 5

Cara Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

[Copy link]
Post time 2-2-2021 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Cara Vitamin C Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Antara saranan yang perlu diambil ialah dengan meningkatkan pengambilan vitamin C secara harian.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan jangkitan penyakit.

Bagaimana vitamin C boleh membantu menguatkan sistem imun? Berikut adalah 7 cara bagaimana vitamin C dapat meningkatkan sistem imun tubuh kita.


Vitamin C Membantu Pengeluaran Sel Darah Putih


Sistem peredaran darah manusia terdiri daripada 4 komponen utama iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.

Sel darah putih atau leukosit ini hanya mewakili 1% kandungan dalam darah, tetapi ia mempunyai impak yang sangat tinggi kepada sistem pertahanan tubuh dan memainkan peranan utama dalam sistem imun manusia.

Stem sel di dalam sum-sum tulang adalah tempat asal dimana sel darah putih dihasilkan. Lebih kurang 80 – 90% sel darah putih tersimpan di dalam sum-sum tulang.

Salah satu sebab mengapa ramai daripada kita gemar mengambil suplemen vitamin C adalah untuk membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Ini kerana vitamin C memainkan pelbagai peranan dalam sistem imun dari segi mempertingkatkan pengeluaran dan fungsi sel darah putih serta melindunginya daripada cepat rosak akibat tekanan oksidatif.

3 komponen utama dalam sel darah putih yang menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sistem imun tubuh adalah limfosit, granulosit dan monosit.


Vitamin C Menyokong Pengeluaran Antibodi


Limfosit merupakan salah satu komponen sel darah putih yang mempunyai peranan tersendiri dalam sistem imun tubuh manusia.

Limfosit terdiri daripada 3 kategori: B-Limfosit, T-Limfosit dan Sel Pembunuh Semulajadi (NK – Natural killer).

B-limfosit mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan antibodi tertentu dengan fungsi spesifik bagi menghalang dan memusnahkan antigen.

Antibodi atau Immunoglobulin adalah sejenis protein berbentuk-Y yang berfungsi menangkap antigen yang masuk ke tubuh manusia dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk memusnahkannya.

zjadi, keperluan vitamin Cadalah sangat membantu fungsi kerja limfosit untuk menghasilkan antibodi dan membantu melambatkan kerosakannnya akibat kesan tekanan oksidatif.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2021 11:16 PM | Show all posts
Vitamin C Menyokong Aktiviti Fagositosis



Fagosit adalah sejenis dalam sel darah putih yang mempunyai keupayaan untuk memerangkap, menelan dan menghadam patogen & partikel berbahaya serta memusnahkannya secara enzimatik.

Proses ini dinamakan fagositosis, yang merupakan salah satu cara bagaimana sistem imun bekerja dan bertindakbalas terhadap bendasing yang memasuki tubuh untuk membawa risiko penyakit.

Neutrofil dan monosit dalam granulosit sel darah putih memiliki keupayaan fagositosis yang istimewa ini. Mereka dikatakan sebagai sel-sel imun yang pertama sekali datang ke kawasan kejadian yang dikesan terdapat berlakunya jangkitan.

Vitamin C dikatakan dapat membantu secara tidak langsung terhadap fungsi sel fagosit ini. Tekanan oksidatif akibat proses peneutralan patogen berbahaya sudah tentu boleh menyebabkan sel-sel fagosit lebih cepat musnah dan mempunyai jangkahayat yang lebih pendek.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 11:17 PM | Show all posts
Vitamin C Menyokong Pengeluaran Interferon

Interferon (IFN) adalah sejenis protein yang terlibat secara langsung dalam fungsi sistem pertahanan tubuh. Ia dikeluarkan secara automatik apabila sistem imun dapat mengesan kehadiran partikel berbahaya atau patogen yang masuk ke dalam tubuh.

Patogen seperti virus, bakteria, fungus, parasit dan sel tumor akan sentiasa cuba masuk untuk menyerang dan merosakkan sistem tubuh. Jadi, sistem imun akan menghasilkan interferon sebagai tindakbalas perlindungan menghalang serangan dan memusnahkan patogen tersebut.

Patogen adalah organisma dalam tubuh yang menyebabkan penyakit (agen jangkitan). Terdapat 4 jenis patogen iaitu virus, bakteria, fungus dan parasit (protozoa & cacing).

Keperluan vitamin C amat penting untuk membantu penghasilan interferon. Interferon sangat membantu sistem komunikasi antara sel-sel tubuh supaya dapat menghalang patogen (virus, bakteria dan fungus) daripada masuk dan melakukan proses replikasi di dalam sel.

Kekurangan vitamin C secara tidak langsung akan menyebabkan sistem pertahanan tubuh menjadi lemah dan sel tubuh menjadi lambat untuk bertindaklabas terhadap kehadiran serangan dan ancaman patogen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 11:18 PM | Show all posts
Vitamin C adalah Antioksidan yang Sangat Kuat

Antioksidan bermaksud sejenis bahan yang boleh menghalang atau melambatkan kerosakan sel yang disebabkan oleh kewujudan radikal bebas iaitu molekul tidak stabil yang dihasilkan oleh tubuh akibat persekitaran dan tekanan oksidatif.

Kewujudan radikal bebas berpunca daripada elemen persekitaran luaran seperti pencemaran, sinar UV & asap rokok; dan juga daripada apa yang kita makan & minum setiap hari.

Jumlah radikal bebas yang terkawal akan menyebabkan proses penuaan berlaku kepada manusia secara normal.

Terlalu banyak radikal bebas dan tidak terkawal akan menyebabkan risiko lebih buruk kehadiran penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Terdapat 3 jenis antioksidan yang utama, salah satunya yang paling kuat ialah Vitamin C (selain Vitamin E dan Beta-Karoten).

Kebolehupayaan antioksidan meneutralkan radikal bebas sangat membantu kekuatan serta ketahanan sel.

Jadi secara tidak langsung, kehadiran vitamin C yang mencukupi juga sangat membantu sistem imun melawan radikal bebas dan meningkatkan kerintangan tubuh terhadap ancaman jangkitan, virus dan penyakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 11:18 PM | Show all posts
Vitamin C Menggalakkan Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat dalam tubuh manusia. Ia adalan komponen utama dalam struktur pembentukan kulit.

Kolagen pada kulit berperanan untuk menguatkan jalinan antara sel, elastisiti dan juga mengekalkan hidrasi supaya ia kekal sihat dan kuat. Jadi, vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan, keanjalan dan kulit yang gebu.

Namun, kulit juga memiliki fungsi sistem pertahanan tubuh yang utama. Ini adalah kerana, kulit merupakan barisan pertama dalam mekanisme sistem pertahanan tubuh. Ia bertujuan menghalang serangan bendasing, patogen dan partikel berbahaya daripada dapat masuk ke dalam tubuh.

Mikroorganisma termasuk patogen pembawa penyakit yang hidup diluar kulit tidak akan dapat masuk ke dalam tubuh kita kecuali jika ia rosak, terbuka atau luka.

Kulit yang sihat dan normal mengandungi konsentrasi kandungan vitamin c yang tinggi. Vitamin C ini berfungsi merangsang proses sintesis kolagen

Apabila kulit luka, vitamin C akan sangat aktif dipindahkan ke lapisan epidermis dan dermis untuk membantu penghasilan kolagen bagi menjalankan tujuan pembaikpulihan sel dengan lebih cepat.

Luka yang terbuka akan menjadi pintu masuk dan meningkatkan lagi risiko jangkitan penyakit kepada tubuh. Jadi, fungsi vitamin C menjadi sangat penting untuk membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2021 11:19 PM | Show all posts
Kelemahan Vitamin C Yang Sungguh Tidak Disangka-sangka
Begitu banyak kelebihan dan manfaat vitamin C terhadap kesihatan tubuh manusia, terutamanya dari segi membantu meningkatkan mekanisme sistem imun tubuh.

Ralatnya, ia mempunyai satu kelemahan. Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri dalam tubuh manusia!.

Ini bermakna kita memerlukan sumber luar untuk membekalkan Vitamin C ke dalam tubuh kita. Faktor pemakanan seharian adalah jalan masuk utamanya.

Sumber vitamin C perlu ada dalam diet pemakanan kita setiap hari. Terdapat banyak sumber makanan terutamamnya buah-buahan dan sayuran yang sangat kaya dengan kandungan vitamin C.

Namun, pengambilan suplemen juga amat digalakkan bagi memastikan keperluan vitamin C kita setiap hari adalah mencukupi  bagi menyokong kecekapan dan keberkesanan fungsi sistem tubuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082687 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list