CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7572|Reply: 12

“Ketam nipah halal dimakan” – Majlis Fatwa

[Copy link]
Post time 3-2-2021 04:02 PM | Show all posts |Read mode
“Ketam nipah halal dimakan” – Majlis Fatwa

Ramai yang sangsi akan status halal haram ketam nipah untuk dimakan.

Banyak pihak telah pun memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah HALAL dan ketam nipah bukanlah haiwan dua alam.



Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam BATU yang memang benar hidup dua alam.


Ketam Nipah

Untuk itu biarlah kita lihat keterangan yang lebih sahih akan hal ini agar tidak lagi timbul lagi was was.  Satu artikel berkaitan hal ini ada dipaparkan di laman web Fatwa Kebangsaan.

Walaupun hal ini telah lama diputuskan. Namun, beberapa faktor kekangan teknologi maklumat pada masa itu mungkin membantutkan edaran maklumat penting sebegini.


Ketam Batu




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2021 04:03 PM | Show all posts
Edited by piao at 8-2-2021 08:35 AM

HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:



Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.

Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama;

a) Menurut jumhur ulama, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.

b) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus

(Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru.

Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.)
Sumber : https://www.umpan.com.my/ketam-nipah-halal-dimakan-majlis-fatwa/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2021 04:04 PM | Show all posts
Edited by piao at 4-2-2021 09:43 AM



Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis krustasea iaitu sama golongan dengan udang dan kerang.

Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut.



Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah haiwan yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga

hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air.



Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat.

Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.

(sumber: e-fatwa.gov.my)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 3-2-2021 04:48 PM

Nak beza keram nipah n batu tgk kaki yg last tu..,kalau ketam nipah kaki last tu leper mcm paddle / pendayung

Pic yg first tu ketam nipah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketam nipah ni, yg bila bersalin kulit jd ketam lembut tu kn..aku pnh beli dgn member 4 ekor kecik 99rm..tu 1st time beli lah terasa mhl giler..tanya besar mana ketam.tu dia kata size xxl..sekali dpt kecik ye..suami suka sgt sbb puas mkn puas ati x de cengkerang..lps tu  byk jumpa org jual merata2 ketam lembut tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 09:33 AM | Show all posts
piao replied at 3-2-2021 04:03 PM
HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH – MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebang ...
a) Menurut jumhur ulama, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dua alam.

b) Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus

(Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru.

Terima kasih atas maklumat khilaf ulamak berkenaan a) dan b).

Boleh kah diterangkan juga, apakah dalil yang digunakan oleh ulamak tersebut?  Untuk lebih terperinci, apakah dalil yang mengharamkan atau menghalalkan haiwan dua alam?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2021 09:39 AM | Show all posts
ibnur replied at 4-2-2021 09:33 AM
Terima kasih atas maklumat khilaf ulamak berkenaan a) dan b).

Boleh kah diterangkan juga, apa ...

kena call UAI atau EBL ni tuk jelas kan...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 09:40 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 3-2-2021 04:47 PM
Nak beza keram nipah n batu tgk kaki yg last tu..,kalau ketam nipah kaki last tu leper mcm paddle /  ...

Untuk makluman ketam nipah tak sama dengan ketam pusu dan ketam batu. Perbezaan tengok pada kaki. Kalau ketam nipah dia mempunyai kaki dan pengayuh di belakang, sama dengan ketam laut. kalau ketam batu dan ketam pusu dan juga ketam angin dia tak mempunyai pengayuh dibelakang. Ketam nipah tak akan naik kedarat. kecuali kita yg angkat, dan dia boleh hidup beberapa jam di darat seperti ikan haruan, puyu dan keli. Ketam nipah hanya akan duduk pada gigi air untuk cari makan dan tak akan naik ke darat. Pada sapa2 yg biasa mencari ketam nipah pd waktu malam akan tau cara hidup ketam nipah. Mungkin Ust. Azahar tidak tau sepenuhnya tentang ketam nipah. Ketam nipah lebih sedap dpd ketam laut. Ketam nipah dia tinggal dalam lubang yg mmpuyai air dan akan keluar cari makan apabila air pasang. dan akan balik kelubangnya sebelum air surut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2021 09:42 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 3-2-2021 05:44 PM
Ketam nipah ni, yg bila bersalin kulit jd ketam lembut tu kn..aku pnh beli dgn member 4 ekor kecik 9 ...


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:10 AM | Show all posts

Terima kasih atas perkongsian.  Walau bagaimanapun, tidak disebut dalilnya.  Hanya kata khilaf ulamak.  Masih menjadi soalan saya, atas dalil apa, samada hadith atau quran, yang dikhilafkan itu? Hadith riwayat mana atau ayat quran yang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 08:30 AM | Show all posts
TT - mohon pautkan rujukan ,asal. molek untuk memberikan kredit pada penulis asalnya. Thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 08:36 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 8-2-2021 08:30 AM
TT - mohon pautkan rujukan ,asal. molek untuk memberikan kredit pada penulis asalnya. Thanks

Done MOD

Comments

Thanks, cool.  Post time 8-2-2021 06:04 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.143349 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list