Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
621
View
9
Reply

[SARAWAK] Covid 19 03/02/2021

[Copy link]

Author: FanTasyCreaTioN       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-2-2021 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Kuching (1), Miri (1) dan Sibu (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 42 kes.

Manakala terdapat 148 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (48), Bintulu (15), Dalat (15), Beluru (14), Miri (12), Kapit (8), Kanowit (8), Sebauh (7), Song (7), Sri Aman (5), Bau (3), Kuching (1), Lundu (1), Tatau (1), Subis (1), Selangau (1) dan Sarikei (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 4,824 kes.

A. Kes Kematian Baharu COVID-19

I. Kes Kematian Ke-40.
Kes kematian ke-40 merupakan kes ke-2,282 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 40 tahun yang telah mendapat saringan ujian rT-PCR di klinik kesihatan pada 17 Januari 2021 disebabkan mengalami gejala sakit tekak dan kehilangan deria rasa. Kes didapati positif dan mengalami ketidakselesaan pada dada dan sesak nafas.
Pada 01 Februari 2021, kes didapati tidak sedar diri dan disahkan meninggal dunia.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung dengan sejarah kemasukan ke hospital pada tahun 2020, darah tinggi dan dislipidemia.

II. Kes Kematian Ke-41.
Kes kematian ke-41 merupakan kes ke-3,770 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah dimasukan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakit kanser sel darah putih. Kes mengalami gejala demam dan peningkatan kadar pernafasan beberapa hari selepas rawatan berkenaan.
Saringan ujian rT-PCR yang dijalankan adalah positif COVID-19. Keadaan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 2 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit Hepatitis B.

III. Kes Kematian Ke-42
Kes kematian ke-42 merupakan kes ke-2,584 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) yang berumur 74 telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu apabila saringan bagi kontak rapat dengan kaedah ujian rT-PCR adalah positif. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 03 Februari 2021. Kes terlantar sejak 10 tahun dahulu dan mempunyai ko-morbid penyakit cerebrovascular dan dementia.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli anggota mangsa.

B. Kes Baharu COVID-19

I. Daerah Sibu (48 Kes)
a) 16 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 14 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Sibu.
c) 10 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu.
d) 6 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
e) 2 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di daerah Sibu.

II. Daerah Bintulu (15 Kes)
a) 6 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Bintulu.
b) 3 kes yang melibatkan kluster Rakut.
c) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
d) 2 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Bintulu.
e) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
f) 1 kes saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19 melibatkan warganegara tempatan. Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Pahang.

III. Daerah Dalat (15 Kes)
a) 10 kes merupakan individu yang disaring dalam kawasan
berisiko jangkitan COVID-19 di daerah Dalat. b) 5 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

IV. Daerah Beluru (14 Kes)
a) 13 kes yang melibatkan kluster Pasai. b) 1 kes yang melibatkan Kluster Rakut.

V. Daerah Miri (12 Kes)
a) 4 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 4 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Miri.
c) 2 kes melibatkan saringan petugas kesihatan di Daerah Miri.
d) 1 kes yang melibatkan kluster Pasai.
e) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Miri.

VI. Daerah Kapit (8 Kes)
a) 8 kes yang kluster Pasai.

VII. Daerah Kanowit (8 Kes)
a) 7 kes yang melibatkan kluster Pasai.
b) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

VIII. Daerah Sebauh (7 Kes)
a) 5 kes yangmelibatkan Kluster Pasai.
b) 2 kes yang melibatkan Kluster Bukit Sekubong.

IX. Daerah Song (7 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.
b) 2 kes yang melibatkan kluster Pasai.

X. Daerah Sri Aman (5 Kes)
a) 5 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XI. Daerah Bau (3 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan kluster Tabong.

XII. Daerah Kuching (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XIII. Daerah Lundu (1 Kes)
a) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

XIV. Daerah Tatau (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19.

XV. Daerah Selangau (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di
pusat kesihatan di Daerah Selangau.

XVI. Daerah Sarikei (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sarikei.

XVII. Daerah Subis (1 Kes)
a) 1 kes saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Subis.

C. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat 12 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:

I. Kluster Bintang Daily, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 53 individu telah disaring dimana, 5 negatif dan 40 masih menunggu keputusan makmal.

II. Kluster Jalan Pengiran, Matu : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 8 kes. Sejumlah 75 individu telah disaring dimana, 67 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

III. Kluster Tabong, Bau : terdapat penambahan 3 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 125 negatif dan 30 masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Indah Riang, Kuching :tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 20 kes. Sejumlah 180 individu telah disaring, dimana 135 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

V. Kluster Bedayan, Serian : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan 17 kes. Sejumlah 1,088 individu telah disaring, dimana 1,068 negatif dan 3 masih menunggu keputusan makmal.

VI. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 4 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 144 kes. Sejumlah 500 individu telah disaring, dimana 356 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : terdapat penambahan 2 kes hari menjadikan jumlah keseluruhan kekal 33 kes. Sejumlah 330 individu telah disaring, dimana 288 negatif dan 9 masih menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Jelita, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 55 kes. Sejumlah 332 individu telah disaring, dimana 255 negatif dan 22 masih menunggu keputusan makmal.

IX. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 49 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,050 kes. Sejumlah 23,000 individu telah disaring, dimana 20,450 negatif dan 500 masih menunggu keputusan makmal.

X. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XI. Kluster Bah Sayap, Miri : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 96 kes. Sejumlah 1,047 individu telah disaring, dimana 951 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

XII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

D.Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 108 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (58), PKRC di bawah Hospital Kapit (18), Hospital Umum Sarawak (14), Hospital Bintulu (8), Hospital Miri (8) dan Hospital Sarikei (2).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 3,092 orang atau 64.10% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,673 orang dimana:
• 875 kes di Hospital Sibu;
• 333 kes di Hospital Miri;
• 155 kes di Hospital Umum Sarawak;
• 147 kes di Hospital Bintulu;
• 135 kes di Hospital Kapit (PKRC Kapit);
• 23 kes di Hospital Sarikei;
• 4 kes di Hospital Limbang; dan
• 1 kes di PKRC Sipitang, Sabah.

Dengan penambahan tiga (3) kes baharu kematian akibat jangkitan COVID-19 pada hari ini, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada 42 orang atau 0.87% dari jumlah keseluruhan kes psitif COVID-19.

Hari ini, 222 PUI baru telah dilaporkan dan 86 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Beluru telah kembali ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan sejumlah 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Daerah Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,893 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan (8) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bau, Lundu, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 102 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sarikei, Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 151 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala sembilan (9) daerah yang lain masih kekal berstatus Hijau.

2. LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN
Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 16 kompaun di daerah Kuching (5), Samarahan (4), Padawan (4), Sarikei (1), Miri (1) dan Sibu (1) kerana telah melanggar SOP.

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 119 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu MPP (35), SMC (25), DBKU (22), BDA (16), MD Marudi (13), MD Serian (6), MD Sarikei (1) dan MD Lawas (1).

Sekreteriat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 3-2-2021 07:52 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-2-2021 08:12 PM | Show all posts
PKP Kapit: 16,000 families will be assisted starting this Thursday gradually at all State Assembly in Kapit Division.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-2-2021 08:13 PM | Show all posts
Notis penutupan operasi Market Teresang/ Night Street Market/ Tamu Belakang Pejabat Pos adalah ditutup bermula 4/02/2021 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Kapit . Segala kesulitan amatlah dikesali.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:25 AM | Show all posts
oohh TVS tu TV sarawak la ye
i see
ada tv system sendiri sana ya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-2-2021 09:54 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-2-2021 01:25 AM
oohh TVS tu TV sarawak la ye
i see
ada tv system sendiri sana ya
ha`ah ...

di lancarkan Oktober 2020

TV Sarawak (TVS) dilancarkan


KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini melancarkan stesen televisyen milik kerajaan negeri Sarawak, TV Sarawak (TVS), malam ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap di majlis pelancaran tersebut berkata, pelancaran itu merupakan satu lagi sejarah kejayaan untuk Sarawak dan satu mimpi jadi kenyataan untuk semua rakyat Sarawak.

Beliau berkata, TVS merupakan stesen televisyen pertama milik kerajaan negeri di negara ini dan akan menjadi platform kepada pencipta, penerbit dan artis Sarawak untuk menunjukkan hasil kerja mereka, dan menjadi medium komunikasi yang efektif menerusi buletin berita, program ehwal semasa dan pelbagai jenis bicarawara.

Saya berharap, ini (pelancaran TVS) akan membuka lebih banyak pintu kepada Sarawak untuk ditampilkan ke seluruh dunia, katanya dan menambah TVS akan disiarkan secara percubaan di Saluran 122 Astro untuk tempoh tertentu, bagi memastikan kestabilan teknikal dan gerak kerja yang mencapai standard industri.

Beliau berkata, TVS akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak untuk cemerlang dalam pelbagai bidang menerusi kandungan dan dalam masa sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk menyumbangkan lebih banyak hasil dalam ekosistem ekonomi digital.

Abang Johari berkata, TVS bukan sahaja menjadi platform untuk komuniti mendapatkan berita rasmi, tetapi juga menggalakkan penyatuan nasional oleh pelbagai bangsa dan budaya yang perlu dikekalkan ketika negeri Sarawak terus maju ke hadapan. - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 09:17 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-2-2021 09:54 AM
ha`ah ...

di lancarkan Oktober 2020

i see
best la sarawak, ada system tv sendiri
boleh promote culture dan update issues yang relevant to area setempat

kita dok pasir mas dok risau pasal peniaga terpinggir kerana pasar dipindahkan, tetapi suratkabar dan news kat TV dan kat internet dok heboh pasal jejantas tak selamat di Puchong,.. sungguh tak relevant pada org pasir mas

bagus sarawak.. push for its own communation systems

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-2-2021 10:04 PM | Show all posts
ipes2 replied at 21-2-2021 09:17 PM
i see
best la sarawak, ada system tv sendiri
boleh promote culture dan update issues yang releva ...
Sarawak masih banyak yang boleh d teroka ...

masih banyak ruang untuk meningkatkan kekurangan yang ada ...

sistem tv sendiri ... hanya salah satu dari banyak perancangan yang sedang dan akan d adakan ... akan d buat ...

berharap jalan raya kat Sarawak ni dapat d pertingkatkan ... kalau tak sebagus kat Sjung ... kurang2 tak berlobang lobang sampai membahayakan pengguna jalan raya ...

berharap cepat siap jambatan jambatan yang menghubungkan daerah ke daerah ... semoga tiada lagi kemalangan jiwa seperti yang berlaku baru2 ni...


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 07:35 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-2-2021 10:04 PM
Sarawak masih banyak yang boleh d teroka ...

masih banyak ruang untuk meningkatkan kekurangan y ...

geographically sarawak sgt best
dan kekal fresh
jika datang ''kemajuan'', selalunya destructive dan meroskkan alam
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-3-2021 06:13 AM | Show all posts
ipes2 replied at 28-2-2021 07:35 AM
geographically sarawak sgt best
dan kekal fresh
jika datang ''kemajuan'', selalunya destructive  ...
Setuju ...

serba salah juga ...


dulu .. takde jalan darat dari bandar2 besar lain ke sini...
kurang xcdent ...
takde kes rompakan ...
takde kes Covid - Kapit antara daerah yang sentiasa dalam zone hijau masa tu ...
senang cita la ... payah nak dengar kes pelik2 kat Kapit ni...

semenjak ada jalan darat ...
macam2 kes berlaku ...
kemalangan jalan raya makin menjadi2 ...
sekarang Kapit zone merah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list