CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3559|Reply: 0

Bagaimana Mengenal Ikan Terboi

[Copy link]
Post time 8-2-2021 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Mengenal Profil Ringkas Ikan Terboi

Ada yang memanggilnya ikan terbol atau terbul tetapi lebih ramai yang lebih senan panggil terboi saja. Ikan terboi merupakan ikan natif atau ikan asal perairan air tawar negara kita. Nama umum bagi ikan ini ialah bonylip barp dan tergolong dalam keluarga kap atau Cyprinidae.

Dalam pecahan keluarga yang lebih kecil atau genus, terdapat dua spesies ikan terboi di dalam genus Osteochilus iaitu O. vitatus dan O. hasseltii. Dipercayai spesies O. vittatus ini merujuk kepada ikan terboi yang memiliki titik atau tanda hitam pada kaudal pedunkal atau pangkal ekornya.




Manakala O. hasseltii pula merujuk kepada ikan terboi yang tidak memiliki tanda hitam. Hanya kehadiran titik hitam ini sahaja yang membezakan kedua-dua spesies terboi ini. Kedua-dua spesies ini terdapat di negara kita hanya spesies terboi bertanda hitam lebih mudah ditemui.

Ikan terboi merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini. Ikan terboi hanya terdapat disekitar sungai air tawar di Asia Tenggara, Sungai Mekong dan sekitar sungai-sungai Chao Phraya. Ikan ini hanya mendiami kawasan sungai berarus, tasik, kolam, paya berarus dan sebagainya.

Dari aspek morfologi, ikan terboi mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan leper tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai, meskipun berkongsi habitat yang sama. Ia mendiami kawasan sungai dengan air yang jernih dan mempunyai arus serta dasar berpasir.

Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.



Ikan terboi merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai. Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terboi berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air.

Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terboi akan berwarna gelap sedikit.

Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkumpulan atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi. Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.

Ikan terboi mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm.

Sumber : https://www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.300532 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list