Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
467
View
6
Reply

Tip elak kemalangan semasa hiking

[Copy link]

Author: piao       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2021 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Tip elak kemalangan semasa hiking


Aktiviti rekreasi alam semula jadi seperti hiking ataupun mendaki gunung, mendaki bukit, mandi air terjun atau mandi sungai merupakan aktiviti yang menyeronokkan selain menjadi hobi dan senaman yang sihat, tetapi...

Risiko kemalangan adalah tinggi, lagi-lagi jika anda tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas tentang keselamatan dalam melakukan aktiviti tersebut.

Ini lima tip oleh pendaki berpengalaman, Rexy Lum (@rexylum) untuk anda gunakan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan mana-mana aktiviti itu.


1. Kasut sangat penting



Bagi Rexy yang melakukan aktiviti mendaki lebih daripada 12 kali dalam sebulan, kasut untuk mendaki amat penting untuk mengelak risiko tergelincir, jadi jika tiada kasut, sila batalkan hasrat untuk mendaki. Jangan sesekali pakai selipar.

Sudah tentu kasut yang kalis air dan mempunyai cengkaman adalah terbaik, tetapi jika anda tidak mempunyai kasut khas untuk mendaki, kasut sukan yang mampu menampung berat badan ketika berjalan di jalan berlumpur dan licin boleh digunakan.

Saya yang baru sahaja mendaki bukit ke air terjun Lata Medang, sehari selepas insiden kematian berlaku, memilih untuk memakai kasut Adidas Ultraboost 6.0.

Saya bernasib baik kerana tidak berdepan apa-apa cabaran kecuali berjalan memasuki kawasan sungai kerana kasut itu bukan kalis air atau mempunyai cengkaman yang baik di tempat licin.




2. Pakai baju macam nak mendaki, bukan nak pergi shopping mall



Pakaian adalah penting kerana anda akan mendaki selama beberapa jam.

Jika di Lata Medang, ia mengambil masa dua hingga tiga jam untuk sampai ke puncak.

Oleh itu, anda harus berpakaian selesa dan ringan dan bukan memakai baju cotton yang berat dan tebal.

Tip Rexy ialah, pakai baju berlengan panjang disertakan leggings jika anda tidak ingin digigit serangga.

Juga, pastikan material baju anda adalah yang jenis cepat kering, lagi-lagi jika anda menuju ke arah air terjun atau sungai.



3. Lindungi diri dari matahari, hidupan liar



Jika kulit anda jenis yang sensitif kepada matahari atau anda seorang puteri lilin, sila pakai sunblock dan membawa topi untuk lindungi diri daripada cahaya UV yang boleh menyebabkan pelbagai reaksi.

Kita juga masuk di habitat haiwan dan serangga, jadi pastikan bersedia untuk berdepannya dengan membawa penghalau serangga (insect repellent).



Tip: Jika berdepan dengan ular ketika dalam perjalanan, jangan sesekali cuba untuk melarikan diri.

Sebaliknya, anda harus kekal tanpa bergerak sehingga haiwan itu melintas kerana haiwan itu biasanya tidak akan mengancam manusia dan hanya bertindak balas jika ia rasa terancam.


4. Jangan sombong, daki beramai-ramai



Aktiviti mendaki bukit dan gunung bukan aktiviti yang sesuai dilakukan seorang diri atau berdua-duaan, terutamanya jika anda tidak berpengalaman atau jika anda tidak pernah ke lokasi yang tidak pernah pergi.

Menurut Rexy, apabila dia ingin ke lokasi baharu, dia akan memastikan ada lebih daripada empat orang untuk daki bersama.




Selain itu, mendapatkan informasi dan peta jalan sebelum memulakan pendakian adalah terbaik agar dapat mengurangkan risiko sesat.

Pengalaman saya baru-baru ini ialah saya terlupa untuk mengambil screenshot jalan menuju ke Lata Medang.

Apabila sampai di kawasan bukit, line terputus dan kami sesat beberapa kali, namun bernasib baik kerana hari itu ramai orang lalu-lalang di jalan yang sama jadi kami mampu bertanya arah kepada mereka dan orang asli.


5. Jangan sesekali pergi ke kawasan larangan



Gambar mayat (ditutup) bersama orang berkemah di kawasan berdekatan air terjun Lata Medang.
Foto: Instagram @rexylum

Rexy yang merupakan saksi kepada kejadian kematian di mana seorang lelaki dalam lingkungan 20-an tergelincir dari atas air terjun, Sabtu lalu berkata, ia adalah sangat penting untuk tidak memasuki kawasan larangan.

Insiden Sabtu lalu di air terjun Lata Medang berlaku kerana mangsa tersilap jalan dan naik ke puncak di mana kawasan itu tidak sepatutnya dimasuki orang kerana berbahaya.

Mangsa yang ingin mengambil selfie pada ketika itu tergelincir dan terjatuh ketika melakukan aktiviti di kawasan air terjun.

"Sentiasa berada di kawasan yang selamat bersama orang ramai dan jangan sekali-kali mengambil risiko, lagi-lagi apabila berada di kawasan air terjun. Sentiasa melihat di mana anda berpijak dan jangan hilang tumpuan," kata Rexy kepada Rancak TV melalui mesej Instagram.
Sumber : http://www.rancaktv.com

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 12-2-2021 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu nak hiking

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila buka FB asyik throwback memories hiking trips... rindunya nak masuk hutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2021 07:52 PM | Show all posts
soulskull replied at 19-2-2021 07:18 PM
Bila buka FB asyik throwback memories hiking trips... rindunya nak masuk hutan

jom sungai pisang jom!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 19-2-2021 07:52 PM
jom sungai pisang jom!!

Selalu takut2 nak masuk sungai pisang, sebab masuk harammmm  tkde permit
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2021 08:59 PM | Show all posts
soulskull replied at 19-2-2021 08:12 PM
Selalu takut2 nak masuk sungai pisang, sebab masuk harammmm  tkde permit

aikk ye ke haram.. tgk ramai je.. siap ada laluan lagii







Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 19-2-2021 08:59 PM
aikk ye ke haram.. tgk ramai je.. siap ada laluan lagii

Ni masuk ikut jalan yg benarrr. Kami selalu masuk ikut tepi highway tu. Park tepi, jalan 10 minit dah sampai. Tapi terpacak signboard jabatan hutan punya amaran kalau masuk tanpa permit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list