CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3849|Reply: 0

Cara Terbaik Menjerat Ikan Belida Bintik

[Copy link]
Post time 12-2-2021 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Cara Terbaik Menjerat Ikan Belida Bintik



Selain lombong atau sungai, tali air atau terusan perairan merupakan lokasi sesuai untuk memburu spesies ini. Untuk mengesan sesuatu lubuk itu dihuni belida, sila perhatikan kelibat spesies ini bermain di permukaan air. Ia memerlukan pengamatan yang konsisten. Jika ada terlihat, sah terdapat lubuk di kawasan berkenaan.


Untuk berjaya memancing belida bintik di ban atau tali air ini, anda perlu sedikit ilmu dan panduan yang kami peroleh daripada pakar-pakar pemburunya.

Umpan

Pemancing perlu ada lebih dari satu variasi umpan. Antaranya anak udang, ikan sepat, ikan seluang. Pastikan pula umpan-umpan tersebut segar dan diperoleh di lokasi yang sama untuk memancing belida tersebut.


Selain teknik pancingan dasar atau bottom, ikan belida juga boleh ditewaskan melalui kaedah mengilat atau casting. Terpulang kepada korang untuk memilih dan mengaplikasikannya. Kalau nak aplikasi kedua-duanya boleh.




Peralatan & teknik

Set joran tidak perlu keras, gunakan set sederhana saja. Jika memancing di ban atau tali air ini saya sarankan gunakanlah tali tangsi atau mono filament. Memadai 8lb hingga 15 lb sahaja.


Jika kawasan itu berarus, boleh gunakan batu ladung saiz yang bersesuaian. Kalau boleh gunalah ladung yang paling kecil. Perambut pula tidak terlalu kasar. Guna saja perambut tangsi biasa.


Bila ikan belida memakan umpan, joran perlulah disentap kuat, agar mata kail benar-benar tertancap kuat di mulutnya. Jika lewat membuat sentapan, ikan ini mampu untuk meluahkan umpan yang sudah dimakan.




Waktu & spot

Belida bintik di habitat asalnya adalah haiwan noktunal atau aktif mencari makan pada waktu malam. Oleh yang demikian ia kurang sesuai dipancing ketika matahari panas terik. Untuk kejayaan, anda perlu memancing pada waktu malam. Jika ingin memancingnya pada siang hari, waktu awal pagi atau lewat senja disarankan.


Belida bintik menjadikan kawasan berstruktur seperti ruang luas di bawah reba dan rimbunan tumbuhan air sebagai kawasan rehatnya. Untuk casting atau menggunakan umpan alami, sebaiknya anda melontar umpan di kawasan-kawasan tersebut.




Sumber : https://www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048378 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list