CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1221|Reply: 1

Alasan-Alasan Pelik Klopp

[Copy link]
Post time 13-2-2021 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Klopp sering beri alasan tak masuk akal setiap kali Liverpool kalah.


Berita Harian

LONDON: Tidak dapat dinafikan Jurgen Klopp adalah antara pengurus terbaik di dunia dan mana-mana pengendali pasti ada 'rungutannya' yang tersendiri.

Klopp pernah memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal terutama ketika Liverpool gagal meraih kemenangan.

Berikut adalah antara alasan 'terbaik' Klopp sejak dia tiba di Merseyside:

1. Liverpool 0-1 Southampton: Terlalu berangin

The Reds mendominasi kedua-dua aksi separuh akhir Piala EFL menentang Saints, namun tumbang 2-0 secara agregat.

"Sangat sukar pada babak pertama - tiupan angin begitu pelik dan ia sukar untuk dikendalikan," kata Klopp.

"Anda lihat satu atau dua bola terhenti seketika ketika tiada yang tahu apa yang terjadi. Ia sukar untuk pasukan yang bermain bola sepak."

2. Liverpool 2-3 West Brom: Penyiar televisyen menyebabkan perlawanan menjadi singkat

Pada Januari 2018, Klopp mendakwa penyiar menjadi punca Jon Moss sekadar menambah empat minit masa tambahan dan bukannya 10 minit di penghujung babak pertama.

"Apa yang saya dengar adalah masa tambahan yang sepatutnya pada babak pertama adalah 10 minit. Tetapi hanya empat minit dan saya dengar (penyiar) menyatakan ia tidak boleh lebih panjang daripada empat minit.

"Sudah tentu ini tidak sepatutnya berlaku. Anda tidak boleh memendekkan masa hanya kerana ada perkara lain untuk disiarkan.

"Kalau ia 10 minit jadi sepatutnya 10 minit. Anda tidak boleh katakan yang ia terlalu panjang."

3. West Brom 2-2 Liverpool: Padang terlalu kering

Pada April 2018, The Reds mensia-siakan kelebihan dua gol apabila terikat 2-2 dengan West Brom yang sudahpun tersingkir dan ia jelas tidak menggembirakan Klopp.

"Ia perlawanan yang sukar apatah lagi dengan padang yang semakin kering. Tidak mudah untuk menggerakkan bola dalam situasi itu.

"West Brom jelas tidak membasahkan padang pada separuh masa. Saya tidak gembira dengan padang seperti itu kerana untuk West Brom, mereka tidak perlukan padang basah kerana bola banyak berada di udara."

4. Wolves 2-1 Liverpool: Sekali lagi, terlalu berangin

'Permusuhan' Klopp dengan angin berterusan di Molineux apabila Liverpool tersingkir daripada Piala FA, awal bulan lalu.

Namun, aksi terbabit memang berlangsung dalam keadaan yang agak berangin.

"Angin tidak membantu kami. Pemain bergelut untuk mengawal bola," kata Klopp.

5. Liverpool 1-1 Leicester: Terlalu bersalji

Ketika anak buahnya terikat 1-1 menentang Leicester dalam suasana bersalji, dia mengakui situasi itu memberi kesan dengan corak permainan Liverpool.

"Anda lihat bola tidak dapat bergolek dengan betul. Anda ada penguasaan bola sehingga 70 dan 80 peratus jadi situasi itu sangat tidak selesa buat pemain."

6. Man United 0-0 Liverpool: Kecederaan pemain United

Ini mungkin alasan paling tidak masuk yang pernah dikeluarkan Klopp. Apabila Liverpool gagal menumbangkan United yang berdepan krisis kecederaan, Klopp mendakwa skuad United yang kekurangan pemain menjadi penghalang buat anak buahnya.

"Semua lihat yang kami begitu yakin dan kamu lebih baik berbanding semua pemain United yang ada di atas padang tetapi perlawanan berubah sepenuhnya."

7. Liverpool 1-4 Man City: Gemuruh

Misi Liverpool mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tampak seakan berakhir di tangan penjaga golnya, Allison Becker yang melakukan dua kesilapan besar untuk membantu kemenangan City.

Klopp memberikan alasan pelik apabila mengatakan Allison mungkin melakukan kesalahan kerana dia 'gemuruh.'

"Kami melakukan dua kesilapan yang besar. Mereka gunakan sebaiknya dan ketinggalan 3-1 pada perlawanan ini, sukar untuk kami bangkit.

Tidak ada penjelasan yang tepat mengenainya. Mungkin dia gemuruh? Ia kedengaran kelakar tetapi itu mungkin terjadi. Mungkin dia patut tendang bola keluar tetapi Ali banyak menyelamatkan kita."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 09:01 PM | Show all posts
Biasalah, adat permainan bola sepak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.177485 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list