Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
15 Februari 2021, 7:40 pm
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas yang dialami di seluruh negara ketika ini dijangka kembali reda bermula pertengahan April ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang berlaku sepanjang bulan Februari sehingga April setiap tahun.
Jelasnya, negara kini juga berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac tahun ini.
“Dalam tempoh ini taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung terutamanya di negeri sebelah utara.
“Taburan hujan yang rendah dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca agak panas terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun kata MetMalaysia, pihaknya tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini.
Mengulas lanjut, MetMalaysia berkata, sehingga kini suhu tertinggi bagi bulan Februari adalah sekitar 36.2°C berbanding bulan sama tahun lalu sekitar 37.4°C yang dicerap sekitar Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
“Dalam keadaan cuaca panas ini, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air.
“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti diluar dan minum air secukupnya,” ujarnya.
Pada masa sama, MetMalaysia turut menyarankan orang ramai agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi MyCuaca dan media sosialnya.-K! ONLINE
Post time 15-2-2021 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masyallah...
Patutle paneh semacam nih... Pasang 4 kipas pun x rasa.. mlm ape tah lagi... Ekon rosak... Hadoiiii bile isinar nak lulus ni... Dah la duk memerap kat umah... Bertabah la...
Post time 15-2-2021 09:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hangguk la jgn buat pembakaran terbuka
Br je pkl 10.30 pagi td, tmn perumahan aku ni dah rupa kena jerebu sebab jabatan kastam kat sblh ni buat pembakaran terbuka
Katanya nak buat pelupusan brg rampasan
Part last skali siap tembak bunga api lg...apooo!
Ajk taman aku ni siap buat aduan rasmi lg pasal ni