CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1806|Reply: 3

Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser?

[Copy link]
Post time 16-2-2021 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Kurkumin Dalam Kunyit Yang Mampu Mencegah Kanser?

Berdasarkan laporan oleh Google 2016 Food Trend Report, carian tentang kunyit (turmeric) atau curcumin meningkat sebanyak 56% daripada November 2015 hingga Januari 2016, menunjukkan minat masyarakat dunia kepada bahan curcumin yang terkandung dalam kunyit.





Berdasarkan laporan oleh University of Maryland Medical Centre menyatakan, WHO telah membuat anggaran bahawa 80% penduduk dunia mula bergantung kepada ubat-ubatan herba dalam perubatan primari mereka.

Di Jerman, lebih kurang 600 ke 700 ubat-ubatan berasaskan tumbuhan herba boleh di dapati dipasaran dan 70% daripada di berikan preskripsi oleh doktor-doktor disana.

Di USA juga sejak 20 tahun yang lepas, akibat ketidakpuasan hati masyarakat di sana dengan ubat preskripsi biasa maka terdapat ramai masyarakat disana telah mula menggunakan ubat-ubatan herba.

Bahan aktif didalam kunyit adalah 'kurkumin' (curcumin) iaitu sejenis bahan anti oksidan dan anti radang yang kuat. Disamping itu kunyit juga mengandungi mineral seperti manganese, zat besi, vitamin B6, kalium, vitamin C, magnesium dan serat yang tinggi.

Keradangan atau inflammasi adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti obesiti, kanser, sakit jantung, darah tinggi, sindrom metabolik, pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan penyakit Alzheimer.

Komponen utama dalam kunyit adalah 'kurkumin' yang merupakan bahan anti keradangan dan pengambilan kurkumin daripada kunyit boleh membantu melawan dan mencegah pelbagai penyakit kronik ini.

Kurkumin bertindak sebagai agen anti keradangan di peringkat molekul dengan menghalang molekul NF-κB masuk ke bahagian nukleus dalam sel yang akan mengaktifkan gen yang berkaitan dengan keradangan atau inflammasi.

Kajian terkini juga menunjukkan kurkumin boleh membantu dalam penyakit-penyakit akibat keradangan seperti penyakit keradangan usus besar (IBS), keradangan sendi rheumatoid, bengkak sendi dan mengurangkan sakit sendi dan urat.

Kurkumin juga didapati boleh menurunkan paras kolesterol, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan masalah penghadaman dan meningkatkan fungsi hati.

Masyarakat moden hari ini sentiasa terdedah dengan pelbagai kerosakan akibat radikal bebas daripada pencemaran udara, air dan makanan disamping faktor stres dan merokok.

Antioksidan

Kajian membuktikan radikal bebas adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, kardiovaskular dan sebagainya dan Kurkumin adalah bahan anti oksidan yang melawan kesan radikal bebas dengan meneutralkan radikal bebas yang menyerang sel-sel di otak, buah pinggang, hati dan jantung.

Menurut laporan oleh Institute Linus Pauling di Oregon State University, kurkumin yang diambil secara oral akan mencapai kepekatan yang mencukupi dalam gastro usus kita untuk menentang radikal bebas yang menyebabkan kesan oksidatif kerosakan DNA pada lapisan mukosa usus.

Disamping itu, kurkumin juga mencetuskan ekspressi Fasa II enzim anti oksidan termasuklah 'glutamate-cysteine ligase' (GCL) dan enzim untuk sintesis glutathione (GSH).

Glutathion ini adalah anti oksidan semulajadi dalam sel-sel tubuh kita yang sangat penting untuk sel-sel tubuh menghadapi stres atau tekanan.

Kajian menunjukkan curcumin meningkatkan ekspressi GCL dengan mengaktifkan pelbagai laluan isyarat dan lain-lain enzim detoksifikasi.

Kurkumin Mencegah Kanser

Kajian menunjukkan kurkumin boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Terdapat juga kajian menunjukkan kurkumin boleh merencat perkembangan dan pertumbuhan sel-sel kanser di peringkat molekul lagi.

Kajian khusus dalam makmal dan juga kepada haiwan menunjukkan kurkumin mencegah kanser kolorektal.

Disamping itu, kurkumin juga menghalang pertumbuhan saluran darah baru (angiogenesis) kepada ketumbuhan kanser dan juga ia membantu menghalang merebaknya kanser atau metastases.

Kurkumin juga boleh membunuh sel-sel kanser secara terus. Satu kajian yang menarik melibatkan 44 orang peserta yang mempunyai ketumbuhan (lesion) dalam usus besar yang boleh berubah menjadi kanser.

Selepas di berikan 4 gram kurkumin selama 30 hari didapati 40% pengurangan jumlah ketumbuhan tersebut.

Kajian lain juga menunjukkan kurkumin boleh mencegah penyakit neurodegeneratif Alzheimer dan tiada rawatan untuk pemulihan penyakit ini dan cara terbaik adalah mencegahnya sebelum terkena.

Kurkumin adalah bahan yang boleh merentasi halangan lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan kajian menunjukkan ia boleh membantu meningkatkan fungsi kecerdasan otak seseorang.

Kajian menunjukkan kurkumin mengurangkan pengumpulan bahan plak beta amyloid, mengurangkan degradasi sel saraf otak, 'chelation' logam berat, mengurangkan penghasilan sel mikroglia, anti keradangan dan anti oksidan.

Secara umumnya didapati kurkumin meningkatkan memori pesakit Alzheimer apabila mengambilnya.

Kajian oleh Stanford University School of Medicine menunjukkan bahan protin beta amyloid merosakkan sinapses saraf sebelum ia bergumpal sebagai plak yang akan membunuh sel-sel saraf. Kerana itulah seseorang pesakit Alzheimer mempunyai masalah ingatan kerana kerosakan.

Cara Pengambilan Curcumin (Kunyit) Yang Betul

Kandungan kurkumin dalam kunyit hanyalah 3% setiap gram berat. Oleh itu ekstrak kurkumin adalah cara terbaik untuk mendapat kesan yang optimum kerana hanya dengan pengambilan melalui makanan seperti kari dan masakan tidak akan mampu mencapai dosage yang diperlukan iaitu melebihi 1 gram sehari.

Kurkumin juga lebih susah di serap ke dalam saluran darah dan cara terbaik untuk meningkatkan penyerapannya adalah dengan pengambilan lada hitam sekali dengannya kerana lada hitam mengandungi bahan 'piperine' yang meningkatkan penyerapan kurkumin sehingga 2,000 peratus.

Kunyit adalah secara umumnya selamat dimakan, tetapi pengambilan yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kembung angin, loya, cirit-birit, reaksi kulit, pedih ulu hati, sakit kepala dan darah cair.

Amalkan pengambilan kunyit setiap hari dalam masakan harian kita dan untuk mendapatkan kesan terbaik, bolehlah mengambil suplemen curcumin setiap hari sebagai satu kaedah menjaga kesihatan kita.

Wallahu a'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 12:19 AM | Show all posts
Geng leluhur suka guna ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 10 Mac 2021 – Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

BY DG OF HEALTH ON MARCH 10, 2021

1.         Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:



2.         Notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

3.         Produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

4.         Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

5.         Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

6.         Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

7.         Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

8.         Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

10 Mac 2021

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Den ada baca klu ambik supplement curcumin ni elok utk reduce inflammation. Dulu my gramms rajin buat air kunyit ni tp fungsinya utk dlmn la. Stress wo klu kena minum ni. Dia siap duduk bersama to ensure den finish the drink (she always do this when she wants me to finish her various traditional concoction) but believe me, whatever she gave me over the years, worked wonders.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.809870 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list