CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 10

[Tempatan] Pelajar SPM mohon doa rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 18-2-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode


https://www.utusan.com.my/rencan ... oa-rakyat-malaysia/

SAUDARA PENGARANG,

SAYA dan rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bermula 22 Februari ini memohon doa daripada rakyat Malaysia agar permudahkan urusan dalam menjawab peperiksaan ini.

Hentikanlah suara-suara yang mendesak menangguhkan peperiksaan SPM dan sebagainya kerana kami telah membuat persiapan sejak 26 bulan lalu.

Ibu bapa dan guru juga banyak berkorban untuk mengajar tidak mengira hari cuti atau waktu malam untuk berkomunikasi dan memberi latih tubi supaya kami lebih bersedia.

Google Meet, WhatsApp dan Telegram digunakan untuk kelas tambahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan ekoran pandemik Covid-19.

Latihan dan bimbingan sejak setahun lalu memberi harapan dan semangat kepada kami untuk menduduki peperiksaan nanti.

Bagi kami, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puau Nyior Jitra, Kedah walaupun berada di luar bandar, persiapan dan usaha yang dijalankan oleh guru-guru sudah menjadikan kami sudah cukup bersedia.

Bacaan, latihan, ujian dan perbincangan semuanya telah dilakukan dan kami tidak sabar untuk berada di garisan permulaan untuk memulakan larian (peperiksaan).

Doa daripada ibu bapa, guru dan semua rakyat negara ini diperlukan bagi mengiringi kami untuk bertempur dalam peperiksaan SPM nanti.

NUR SAKINAH SAMSUDIN
Pelajar SPM 2020

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2021 06:03 PM | Show all posts
doa la sndiri

haaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak berdoa agar graf turun
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni macam sesetengah achik2 kurang kasih sayang & perhatian la... anak2 nak exam, ko pulak berjela minta maaf, minta halal itu ini dan kemudian minta doakan anak2 yang nak exam tu...

Kalau anak tak exam tak payah minta maaf, tak payah minta halal itu ini ke? Boleh sesuka hati buat dosa dan tunggu raya baru minta maaf eh...

Doa sendiri la... apa hal nak minta2 orang doakan? Orang lain tau la nak berdoa macam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berjuang adik-adik! Ingatlah, SPM bukan permulaan ataupun pengakhiran hidup..Jadi kakak doakan kamu semua dipermudahkan segala urusan di sepanjang jalan kehidupan..Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 06:20 PM | Show all posts
Kalau semua orang berdoa, then siapa yang Allah akan kasi fail?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la 'BEBUDAK' spm(17 tahun)......sb tu jgn naikan umur mengundi kpd 18.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2021 06:24 PM | Show all posts
habis thread ni dicemari mat ponen pedo punat bottom tk puas hati doa dia nk tumbuh faraj tak makbul

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 06:28 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 18-2-2021 06:07 PM
Ni macam sesetengah achik2 kurang kasih sayang & perhatian la... anak2 nak exam, ko pulak berjela mi ...

iyeee... anak/menantu/laki/binisambut hari jadi pun sibuk pnjg berjela ajak org berdoa

doa atas sejadah la deiiii
tapi klu tak berdoa nnt org ckp tak islamik pulaksss


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:27 PM | Show all posts
Punat_button replied at 18-2-2021 06:20 PM
Kalau semua orang berdoa, then siapa yang Allah akan kasi fail?

astaghfirullah al azim

apa lah cakap camni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 18-2-2021 05:07 PM
Ni macam sesetengah achik2 kurang kasih sayang & perhatian la... anak2 nak exam, ko pulak berjela mi ...

Ekzekli. iols xpaham konsep minta halal makan minum dari makbapak minta halal air susu dari mak minta halal ilmu dari cikgu. Benda dibuat atas tanggungjawab, tak buat mereka berdosa. Apa pula nak kena minta halal bila dibuat. Siap ada majlis minta restu dari cikgu sebelum exam. Bini pun sama disuruh minta halal makan minum dari suami. Gila.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.304249 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list